Wednesday, December 31, 2008
Tuesday, December 30, 2008
Black-blueline template (my 1st template)
alam alaik,syukur ke hadrat ilahi kerana masih beri nafas kepada ku dan telah memberi peluang utk aku menyiapkan blog template ini. terima kasih kepada sifu Ein dan rakan2 yang sama2 belajar dengan beliau.
jom tengok template aku ni huhuhu;-

Tuesday, December 16, 2008
Kenduri
alam alaik,
em..Semalam luhur menghadiri satu majlis kenduri di kg. Baru siong,baling,kedah. Kenduri majlis perkahwinan anak saudara kepada abang ipar luhur.
Apa yang ingin luhur kongsikan disini ialah berkenaan adat masyarakat semasa kenduri di sini berbanding di bumi kelahiran luhur kota bharu.
Pertama, semangat gotong-royong yang masih menebal dan dipegang kukuh oleh masyarakat. Segala gerak kerja sepanjang kenduri dilakukan secara beramai-ramai,cume yang paling menyentuh hati luhur dan yang paling ketara dalam majlis ni ialah,tenaga kerja utama ialah dikalangan kaum adam. Memasak,mengemas tempat makan,menghidang semuanya di buat oleh kaum adam, berbeza dengan negeri cik siti wan kembang,kaum adam hanya bertugas untuk menghidang makanan dan mengangkat barang-barang sahaja.
Kedua, cara makan. Masyarakat di baling ni mengamalkan perkongsian makanan, sebagai contoh, satu meja hidangan untuk 4 orang hanya disediakan 2 gelas minuman. Kalau diteliti,konsep ini sama sebagaimana amalan makan dalam talam. Dimana unsur yang diterapkan ialah kerendahan hati dan kesamatarafan sesama insan. Tiada lagi perbezaan antara kaya dan miskin,warna kulit dan etnik.
Dalam menghayati adat masyarakat di baling ini,luhur teringat gelagat ahli keluarga luhur yang cuba menyamakan suasana kenduri di kelantan dengan di baling, mereka tidak cuba menyelami adat di sini,sebagaimana contoh tadi,mereka tidak sanggup berkongsi gelas,dan meminta hidangan yang sememangnya tidak disediakan di baling sebagaimana di kelantan .
Sememangnya,penerimaan di antara perbezaan amalan adat dan budaya sukar di terima tanpa ilmu,iman dan pengalaman. Apabila kita mempunyai ketiga-tiga elemen tadi baru lah kita mudah menerima sesuatu yang dengan hati yang lapang dan terbuka.
Sesungguhnya dijadikan manusia ini dari jenis yang berbeza-beza,bersuku dan berpuak adalah untuk saling kenal mengenali antara satu dengan yang lain.
Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah
Saturday, December 6, 2008
Balik Kampung
hehehe waza waza! sedar x sedar dah sebulan luhur x bukak blog..huhuhu..macam-macam alasan ada dalam kepala ni nak bagi..erm, hari ni luhur nak balik kg. nun di kota bharu yang senantiasa dibanjir air pada hujung tahun begini.
Erm, adik luhur kata air dah surut, nampaknya luhur balik raya haji ni kena cuci rumah la huhuhu nasib badan betul la..
erm, tapi ni baru banjir yang pertama, biasanya kalo banjir mesti 2,3x setahun, so ade chance lagi nak maen sampan :D hehehe
erm, ingat-ingat dalam otak ni, sem depan nak start belajar menulis artikel pendek,hope semangat untuk terus menulis n berbakti kepada agama, bangsa, kerjaya dan negara akan terlaksana.
k la kengkawan, adiosa.. assalamualaikum
Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah
Thursday, November 6, 2008
Ahli Baru
Tanggal 20 oktober 2008 seorang putera telah selamat menjengah ke alam dunia yang penuh noda ini. Tahniah di ucapkan kepada Along dan K.long diatas kelahiran putera mereka. Putera ini telah diberikan nama Aiman Fitri, bersempena dengan bulan syawal saat umat islam merayakan aidilfitri.


Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah
Friday, October 10, 2008
Hari raya dah masuk hari ke-10, suasana raya tahun ni tak semeriah tahun lepas, em, mungkin akan meriah semula bila angah dah pulang dari UK, along dapat balik kg. dan semua adik-beradik berkumpul masa raya.
sejak hari raya ke-6 yang lepas, sesi praktikal untuk semester 5 dah bermula, sem ni Luhur bertugas dekat Hospital Ampang, 2 minggu pertama ni dekat wad 4B paediatrik, kemudian wad medical dan wad surgical.
First time masuk wad paed ni memang terasa lain, maklum lah, wad ni urus dari baby hingga lah pre-schooler. Tiap-tiap hari kena layan kerenah diorang, bukan lah Luhur tak suka, memang seronok bersama diorang, cuma perlu kan perhatian yang sangat rapi semasa memberi rawatan. Maklumlah, diorang tak macam orang dewasa, boleh komplen sakit apa dan kat mana, yang diorang tahu menangis aja.
Tapi, setiap perkara tu ada lebih dan kurangnya, kalau kurangnya pada TANGGISAN diorang, lebih nya plak macam Luhur boleh ilmu untuk mengawal diorang, sama ada semasa menanggis, nak makan ubat, atau pun semasa buat rawatan dekat diorang. Orang dewasa pun ramai yang takutkan ubat dan jarum, apatah lagi diorang, betul tak?
Ok lah, setakat ni dulu tinta Luhur kali ni, selamat hari raya buat semua muslimin dan muslimat.
assalamualaikum.

Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah
Sunday, September 28, 2008
Raya oh raya
dah lama luhur tak menulis dekat blog ni,sepi je kat sini,well,hari ni luhur tak bercadang nak berkongsi apa2 tips masakan atau macam mana nak buat biskut mahupun kek,maklumlah luhur bukannya pakar memasak,tapi pakar memakan hu3..Bila dah dekat raya ni, jalan2 dkt kg. Luhur dah sesak sangat,macam apa entah,kuala lumpur pun tak jem macam ni time raya(maklum la,majoriti rakyat dah balik kg. Masing2 ke3)
Type rest of the post here
Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah
Thursday, September 18, 2008
Upin & Ipin
Pada tahun yang lepas, industri animasi negara telah digemparkan dengan kemunculan satu siri animasi kanak-kanak yang sangat informatif dan mendidik. Cerita ini telah mendapat 5 star rank oleh semua pengemar youtube dan lain2.
sama-sama kita ikuti kisah mereka
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Trailer Setahun Kemudian
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Iklan Colgate
GENG- Extended Trailer 2008
Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah
Mari MenKAJI LANGIT
Bile terpandang bintang-bintang di langit, penulis akan terimbau kembali detik-detik penulis yang penulis harungi ketika zaman persekolahan menengah dulu. Bukan lah terkenangkan kekasih hati atau pun cinta yang tidak bertepuk dua belah tangan, bukan juga denda yang terpaksa ditanggung kerana malas belajar, tetapi terkenangkan semangat yang penulis pernah miliki semata-mata untuk mengintai anak bulan, planet2, bintang2 dan galaksi2 bersama rakan2 dalam Persatuan Falak Syarie MML suatu ketika dahulu.
Pada waktu itu, balik rumah pukul 3-4 pagi tu biasa la, apatah lagi merempat ditepi pantai Mek Mah semata-mata nak melihat hujan tahi bintang. Semuanya sangat indah bila
dikenangkan, lebih2 apabila penulis mula belajar di KL ni, yang memang x pernah berpeluang nak menghayati keindahan alam Langit ciptaan Ilahi.
Namun, cerita ini bukanlah yang penulis ingin kongsikan, penulis ingin kongsikan kembali ilmu2 Falak Syarie yang telah penulis pelajari dahulu dengan sahabat2 sekalian, apalah gunanya ilmu ini jika dibiarkan tidak berkembang biak, lama2 tentu sahaja pupus dari ingatan penulis.
Baik lah, mari kita mulakan;-
Falak Syarie ialah ilmu yang dipelajari bertujuan untuk mengetahui waktu-waktu ibadat seperti sembahyang,zakat dan puasa serta mengetahui arah kiblat.
Ilmu Falak tidak serupa dengan ilmu kaji bintang yang lain seperi astronomi walaupun ramai ahli ilmu yang beranggapan sedimikian.Ini kerana ilmu falak adalah berlandaskan Al-Quran dan As-sunah berbanding ilmu-ilmu kaji bintang yang lain.
Dalam pembelajaran penulis yang lalu, ilmu Falak Syarie ini mengfokuskan kepada tiga elemen penting
1) Ilmu Takwim- mempelajari perbezaan di antara takwim masehi, Hijri, India dan China. Namun, fokus lebih kepada masehi dan hijri
2) Ilmu Waktu Solat- mengajar bagaimana sesuatu waktu solat dikeluarkan, terdapat beberapa pandangan ulama yang digunakan dalam penentuan waktu solat.
3) Ilmu Arah Kiblat - mengajar bagaimana menentukan arah kiblat, ilmu amat penting di mana, menjadi kewajipan bagi setiap muslim mengetahui kaedah mencari arah kiblat yang tepat agar solat kita menjadi SAH dan tidak sia-sia.
cukup dulu setakat ini, nantikan sambungannya, assalamualaikum...
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Yaa sin : 38)
Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah
Sunday, September 14, 2008
Lewat hari ini bermacam-macam perniagaan yang muncul di pasaran, macam cendawan tumbuh lepas hujan, tak kira lah samada berkonsepkan MLM,direct sponsor, investment, profit sharing, internet forex dan macam-macam lagi. semuanya menjanjikan pulangan yang lumayan.
Tapi, semuanya ada agenda tersembunyi, memang betul boleh kaya dengan semua tu, TETAPI pengorbanan yang perlu dilakukan juga perlulah SETARA. Tiada Kejayaan Tanpa Usaha. Namun, bagi orang yang bijak, usaha yang dilakukan adalah sama, tapi hasilnya berLIPAT KALI GANDA. Ini lah yang ingin penulis perkenalkan, Perniagaan BULUHMAS.
Melalui BULUHMAS, kita dilantik sebagai PROMOTER SAMBILAN BERGERAK kepada syarikat, dimana kita dibekalkan STICKER samada motor atau kereta. Dari sini lah, kita di bayar UPAH kerana mempromosikan syarikat.
APA ITU BULUHMAS
BuluhMas …. membawa konsep baru dalam Industri Pengiklanan.
Menawarkan konsep pengiklanan baru ini kepada syarikat-syarikat yang mahu mengiklankan nama atau produk mahupun sebarang bentuk yang boleh diiklankan.
Apa yang membezakan konsep BuluhMas dengan konsep yang telah ada, adalah ianya tidak memerlukan kos yang tinggi dan sistemnya sungguh efektif.
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Buluhmas Enterprise (M) Sdn. Bhd. (SA0043046-M)
NO.35A,
PEGUAM
SAMRY & ASSOCIATES
NO.10/1R,
PERUNDING PERHUBUNGAN PROMOTER
KELAB KEBAJIKAN PENGEDAR JUALAN LANSUNG TANJONG KARANG
NO.35A-1, JALAN 1, TAMAN RADEN JAYA, 45500 TANJONG KARANG, SELANGOR.
KONSEP BULUHMAS
BULUHMAS adalah sebuah syarikat pengiklanan yang mengiklankan dirinya sendiri untuk menjual produk orang lain.
Komisen dibayar berterusan kepada ahlinya dari level 1 sehingga level 4.
BULUHMAS pada asasnya mendapat keuntungan jualan barang tempatan (IKS) dengan pemotongan 15% dari komisen ahlinya.
BULUHMAS mempunyai plan jangka panjang selaras dengan misi dan visinya tersendiri.
Jadi untuk merealisasikan objektifnya, dengan mempunyai ramai promoter, BULUHMAS akan mendapat banyak projek pengiklanan.
Sasaran BULUHMAS adalah mendapatkan PENGIKLANAN DARI SYARIKAT-SYARIKAT GERGASI.
KAEDAH BULUHMAS
BULUHMAS menggunakan kaedah promoter pengiklanan bagi mempromosikan iklan-iklannya.
Kaedah ini sangat efektif dan berjaya kerana , promoter akan :
Menampal pelekat/sticker di kereta mereka.
Sticker syarikat akan tersebar dengan cepat dan dapat dilihat dengan mudah di mana-mana sahaja secara kerap dan berterusan. Ini menjadikan info, produk, laman web dan nama syarikat tersebar dengan luas dan cepat.


Menggunakan produk atau perkhidmatan
Setiap promoter diwajibkan menggunakan produk atau perkhidmatan syarikat. Dengan cara ini, produk akan dapat menembusi pasaran secara meluas, malah pengiklanannya juga dapat di lihat di kawasan-kawasan jarang terdedah kepada konsep pengiklanan biasa. Oleh yang demikian, kadar pelanggan dan pengiklan akan bertambah secara mendadak dan seterusnya keuntungan syarikat akan meningkat.
Konsep “Word of mouth”
Disamping itu, secara tidak langsung, ahli atau Promoter akan menghebahkan info syarikat kepada orang lain secara kaedah ‘word of mouth' yang mana kaedah ini adalah yang paling berkesan. Bagi meningkatkan pendapatan mereka, ahli / Promoter akan mempromosikan BULUHMAS dengan mencari promoter-promoter baru supaya mengiklankan syarikat. Dengan bayaran keahlian yang rendah dan potensi pendapatan yang lumayan, sudah pasti sistem ini akan berkembang dengan cepat dan pantas.
*
*
KOMISEN PROMOTER
Komisen menampal sticker
Setiap promoter akan dibayar RM 1 sebulan dengan menampal pelekat/sticker di belakang kereta mereka
Komisen menampal sticker dari ahli dibawah network anda
Bagi setiap ahli / promoter baru (yang genap sebulan anda perkenalkan), anda akan dibayar RM1. Anda akan menerima komisen RM 1 tersebut bagi setiap ahli / promoter di bawah rangkaian (network) anda dari level 1 sehingga level ke 4. Jumlah ahli bagi setiap level adalah tidak terhad jumlahnya. Bermakna anda boleh menaja seberapa ramai ahli / promoter yang anda mampu. Ini menjadikan pendapatan anda makin bertambah setiap bulan.




Baucer dari pihak BuluhMas.
Produk/baucer ini bersamaan 15% daripada jumlah pendapatan anda setiap bulan.
Ini bermakna anda akan dapat menjimatkan perbelanjaan membeli barangan keperluan anda kerana baucer 15% tersebut seakan-akan anda membeli barangan tersebut secara percuma.
PAKEJ EXPRESS
Pakej diwujudkan kepada mereka yang mempunyai modal yang besar dan tidak berminat mencari downline disebabkan malas, tak pandai sembang atau tiada masa.
Terdapat 3 pakej yang ditawarkan :
PAKEJ 1
Modal RM195,
Setelah di TOLAK 15% VOUCHER , BAKI RM36 anda dapat setiap bulan.
PAKEJ 2
Modal RM1215 ,
Setelah di TOLAK 15% VOUCHER , BAKI RM238 anda dapat setiap bulan.
PAKEJ 3
Modal RM3615 ,
Setelah di TOLAK 15% VOUCHER , BAKI RM714 anda dapat setiap bulan.
*** Voucher barangan IKS - Boleh tukar di BULUHMAS MART ***
TETAPI , bagi ANDA yang RAJIN MENAJA …......
CONTOH :
Anda sertai BULUHMAS dgn modal RM15 (dapat RM1 hingga pencen)
Keadaan 1
Jika anda menaja ahli ( Direct Sponsor )
Pakej 1 - anda dpt tambahan RM 10 hingga PENCEN
Pakej 2 - anda dpt tambahan RM 61 hingga PENCEN
Pakej 3 - anda dpt tambahan RM 181 hingga PENCEN
Keadaan 2
Jika DOWNLINE LEVEL KE 2 anda menaja ahli
Pakej 1 - anda dpt tambahan RM7 hingga PENCEN
Pakej 2 - anda dpt tambahan RM 41 hingga PENCEN
Pakej 3 - anda dpt tambahan RM 121 hingga PENCEN
BAGAIMANA IA DIKIRA ?
Plan BULUHMAS amat mudah.
Sekiranya anda sertai dgn PAKEJ 1 - RM195 …..
sebenarnya anda dah ada 13 Lot kepunyaan anda sendiri di bawah anda
(RM15x13 lot = RM195)
Maka, susunan nya adalah …..
1 LOT di level ATAS,
3 LOT DI LEVEL PERTAMA,
3 LOT di LEVEL KEDUA,
3 LOT di LEVEL KETIGA,
3 LOT di LEVEL KEEMPAT
(KAN JADINYA 13 LOT,TAK PAYAH CARI DOWNLINE,
Maka BONUS pertama ialah BONUS PENCEN kita,
RM1 untuk 13 LOT kita sendiri …. Iaitu ….. 13 lot x RM1 = RM13
BONUS KEDUA IALAH BONUS TAJAAN
Jadi …
BONUS PENCEN + BONUS TAJAAN
RM 13 + RM 30
RM43, TOLAK 15%, ANDA DAPAT RM36
KENAPA PERLU PILIH BULUHMAS ?
Asasnya mudah …..
Tampal sticker dikenderaan anda ….. setiap bulan dapat duit.
Terdapat beberapa faktor yang begitu jelas dan benar berkenaan syarikat buluhmas.
Berikut adalah faktanya :
*
PENDAFTARAN SYARIKAT ( SA0043046-M )
Syarikat ini didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
PEMILIK
Pemilik syarikat ini adalah rakyat Malaysia sendiri ( En. Azmi Ame Hamzah )
PEJABAT
Ada pejabat dan alamat yang dinyatakan adalah benar dan wujud.
LAMAN WEB
Laman web syarikat (http://www.buluhmas.com/) didaftarkan oleh pemiliknya sendiri.
POTENSI
Syarikat pengiklanan tidak pernah mencatatkan kerugian
SERVER
Server laman web buluhmas : Name Servers: ns1.mesradns.net ns2.mesradns.net IP Address: 202.71.109.32 IP Location: Malaysia
KEAHLIAN
Yuran pendaftaran yang minimum iaitu RM15 seumur hidup.
KOMISEN
Pembayaran upah/komisyen yang tinggi kepada ahlinya.
MUDAH
Tugas ahli mudah sahaja, daftar kemudian tampalkan sticker ... memang mudah
PENDAPATAN
Setiap bulan dapat duit walaupun tak taja orang baru.
AKHBAR


TIPS UNTUK BERJAYA
Jika mahukan duit lebih, kami akan mengajar anda teknik-tekniknya. Tetapi rahsia ini hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja. Gerenti dapat 3 digit setiap bulan
Jadi ….. jangan tunggu lagi ….. daftarlah hari ini...
Buatlah pilihan bijak untuk masa depan anda kerana anda mampu mengubahnya...
DAFTARLAH SEGERA
RM15 bukannya banyak sangat.
PELUANG SEDANG MENANTI ANDA ….
ANDA BERMINAT ?
INGIN DAFTAR ?
p/s: bagi yang berada di sekitar jln. klang lama,PJ,puchong,UM,UiTM jln othman boleh berjumpa secara terus.
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Sifat Solat Nabi
apa khabar sahabat-sahabat semua? agak lama penulis menyepikan diri, bukanlah sebab malas nak menulis, tapi kekangan internet dan masa menyebabkan penulis tidak berkesempatan untuk menaip post terbaru.
Hari ini, genaplah 14 hari umat islam menjalani ibadah puasa, iaitu ibadah wajib yang menjadi rukun kepada seseorang yang bergelar "MUSLIM". Di kala ini lah, ramai hamba-hamba Allah berduyung-duyung mendatangi masjid-masjid dan surau-surau untuk menunaikan solat sunat tarawih, kononnya nak mengejar pahala yang berlipat ganda dan berkat pada bulan Ramadhan.
Namun, tidak ramai yang sedar, adakah solat yang dilakukan itu betul atau tidak, menepati sunnah atau tidak dan lain-lain lagi. Penulis bukanlah seorang ustaz, bukan lah nak menunjuk pandai namun ada sedikit info yang penulis perolehi daripada pembacaan yang boleh dikongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian, agar sama-sama dapat kita saling ingat-mengingati antara kita.
Penulis kali ini ingin berkongsi tentang Sifat Solat Nabi, di mana penulis telah membaca terjemahan kitab ini yang di tulis oleh Syeikh Al-albani, dan juga ringkasan daripada Ustaz Yaacob "Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat" dan "Formula Solat Sempurna" oleh ustaz. Zaharuddin. Namun, apa yang ingin dikongsi kali ini bukan lah rumusan daripada buku-buku tersebut, melainkan hanya sebuah video yang penulis temui di dalam youtube.com berkenaan Sifat Solat Nabi yang diterbitkan oleh saudara kita di Indonesia.
Sama-sama kita hayati:-
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Tuesday, August 26, 2008

bersyukur kehadrat Ilahi, kerana masih memberi kesempatan kepada penulis untuk berkongsi serba sedikit pengalaman,pengetahuan dan kemahiran yang telah dikurniakan oleh Nya kepada penulis.
Pada kali ini, penulis ingin berkongsi berkaitan konsep hidup iaitu MENUJU KEJAYAAN. Sahabat-sahabat yang dikasihi, dalam usaha kita menuntut ilmu seharian adakah pernah seketika kita berfikir, Untuk apa kita melakukan demikian? jika di tanya kepada umum, rata-rata akan menjawab 'untuk mendapat kejayaan', 'untuk berjaya dalam kerjaya' dan lain-lain lagi.
Semua insan yang waras mempunyai matlamat atau cita-cita tersendiri untuk dicapai dalam hidup masing-masing. Namun, ramai yang tidak sedar, dalam menuju kejayaan proses yang perlu dilalui bukanlah semudah yang dituturkan

Sahabat yang diredhai Allah sekalian,
5. KEJAYAAN
4. "TIDAK akan datang KEJAYAAN tanpa KASIH SAYANG".
apa yang penulis fahami disini, kasih sayang amat lah penting dan ianya merupakan tunjang utama penentu kepada sesebuah kejayaan. Ini kerana, apabila kita kasih akan sesuatu atau seseorang, kita akan melakukan apa sahaja dengan rela hati semata-mata kerana kasih dan sayang kita kepada sesuatu atau seseorang tadi. Sebagai contoh, seorang ibu tunggal yang mempunyai anak yang ramai, mampu mendidik anak-anak hingga berjaya dengan melakukan pelbagai usaha untuk memastikan anak-anaknya berjaya, semua nya adalah kerana KASIH dan SAYANG nya yang tak terhingga kepada anak-anaknya.
3. "TIDAK akan lahir KASIH SAYANG tanpa KEMESRAAN'
sahabat sekalian, kasih sayang adalah perasaan yang sangat unik, ia tidak lahir dengan sendiri tanpa sebab, apabila ada secebis kasih sayang dalam hati kita, pasti di sebalik kasih sayang terbinanya suatu sebab yang menyebabkan kita berperasaan sedemikian. Yang pasti, kasih sayang akan berputik apabila telah terjalinnya kemesraan. bukankah begitu lumrah alam sahabat-sahabat sekaian?
2. " Tidak berputik KEMESRAAN tanpa SENYUMAN"
Senyuman adalah penyakit yang paling mudah berjangkit, jika sahabat sekalian tidak percaya, cuba perhatikan sekeliling sahabat sekalian, apabila seseorang senyum kepada yang lain, orang yang melihat itu akan turut tersenyum, walaupun tanpa mengenali siapakah gerangan pemberi senyuman itu. Kemudian, dari senyuman itu akan lahirlah setitis kemesraan di sanubari kecil kita.
1. " TIDAK bernilai sebuah SENYUMAN tanpa KEIHKLASAN"
sahabat-sahabat yang di rahmati Allah sekalian, ini lah kunci dalam memperoleh kejayaan. Kita sering kali mendengar ucapan ikhlas ini diucapkan apabila berlaku penolakan, contohnya, apabila seorang lelaki menghulurkan wang kepada seorang teman yang dalam kesempitan, kemudian teman nya itu menolak, pasti lelaki tadi akan menggunkan ayat seakan-akan ini 'terima lah, aku ikhlas ni', maka teman tadi akan menerimanya.
jelas disini, kita amat mementingkan keikhlas dalam setiap perkara yang lakukan, namun, tidak semua dikalangan kita sedar, bahawa IKHLAS ini hanya ALLAH yang menilainya, kita manusia biasa yang lemah sekadar mampu menutur dan bertinta sahaja.
oleh itu teman-teman sekalian, untuk mencapai kejayaan, langkah pertama yang perlu di ikuti ialah IKHLASKAN HATI MELAKUKAN SEGALA URUSAN KERANA ALLAH SEMATA-MATA.
"Tidak akan datang KEJAYAAN tanpa KASIH SAYANG, TIDAK akan lahir KASIH SAYANG tanpa KEMESRAAN, TIDAK akan berputik KEMESRAAN tanpa SENYUMAN, TIDAK akan bernilai sebuah SENYUMAN tanpa KEIHKLASAN"



Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.

Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Thursday, August 21, 2008
lewat kebelakangan ini, penulis sering berbual dengan seorang brother yang otai, abang apai namanya. bile diberi peluang bergaul dengan abg apai ni, penulis banyak disedarkan tentang perkara-perkara yang penulis anggap remeh. tapi apabila bersua dengan abg apai ni, berkongsian yang diberikan membuatkan penulis terfikir apa yang penulis telah lalui setakat ini.
kali ini penulis berminat untuk berkongsi tentang 565, perkara ini memang penulis sedia maklum dan sahabat-sahabat semua juga sedia maklum, namun apa yang ingin penulis kongsi kan di sini ialah berdasarkan apa yang penulis perolehi daripada abg apai.
565... apa agak nya ya..
macam-macam benda boleh di tafsirkan dari 565 ini, apa yang ingin di sampaikan ini ialah antara kunci penting bagi seseorang muslim untuk berjaya di dunia dan akhirat.
dengan berpegang pada kunci 565 ini, seseorang itu akan memperolehi satu kekuatan yang MAHA dahsyat untuk menjalani liku-liku kehidupan yang sememangnya penuh onak dan duri.
apa itu 565?
5 di awal adalah 5 rukun islam iaitu
1. mengucap dua kalimah syahadah
2. menunaikan solat lima waktu
3. berpuasa di bulan ramadan
4. mengeluarkan zakat
5. menunaikan haji(bagi yang mampu)
6 di tengah adalah 6 rukun iman iaitu
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
dan 5 yang di akhir adalah SOLAT 5 WAKTU
benda ini sering diingatkan oleh abg apai kepada penulis, samada ketika berjumpa mahupun ketika berbual dalam telefon. ' jaga 565 insyaAllah MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG akan jaga kita' kata abg apai kepada penulis.
penulis rasa, untuk waktu ini tak perlu lah penulis mengulas dengan lebih dalam lagi, memandangkan ilmu penulis juga tidak lah tinggi dalam ilmu islam ini, cukup lah setakat ini sahaja.
akhir kata, penulis simpulkan di sini, apabila kita melakukan tuntutan rukun islam nan 5, dan kita mengimani dan berserah pada rukun iman nan 6, dan kita menjaga 5 waktu solat supaya tiada yang kurang dari sukatan, insyaAllah, segala usaha kita akan diberkati dan dipermudahkan jalan dalam segala usaha yang dikerjakan. insyaAllah.
sekian.
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Tuesday, July 29, 2008
Musuh Nyata Bagi Setiap Insan
sahabat-sahabat sekalian, Kita seringkali dihidangkan dengan berita-berita tentang pergaduhan antara sesama insan, baik suami isteri, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai apatah lagi antara insan yang berlainan agama, bangsa dan budaya. Hari ini penulis ingin berkongsi tentang satu perkara yang amat penting. Perkara ini selalu juga penulis lupa, jadi untuk bersama kita saling ingat-mengingati, penulis ingin berkongsi tentang SYAITAN.
Dalam Al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia."
(Surah Al-Israa' ayat 53)
inilah amaran yang amat jelas diberikan oleh Allah kepada hambanya agar tidak leka dengan segala nikmat kurniaanNya di dunia ini. Sesungguhnya, Syaitan itu tidak pernah diam dan malas dalam usaha mereka menghasut dan menyesatkan umat manusia sebagaimana yang di gambarkan oleh dalil-dalil berikut :-
Allah SWT telah berfirman:
“…Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-A’raaf, sebahagian ayat 27)
Allah SWT juga berfirman:
“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya . Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Az-Zukhruf, ayat 36-37)
Hadith Rasulullah SAW juga ada disebutkan bagaimana Syaitan merasuki manusia.
Shafiyah binti Huyay RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya Syaitan berpindah pada diri manusia melalui urat darahnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi begitu lah tegar dan nekadnya Si Syaitan dalam menjadikan kita ini hambanya tanpa rasa jemu walau sedikit pun. Bersama ini penulis ringkaskan tentang pintu-pintu hasutan dan juga cara menjauhi syaitan ini.
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakkan Beristighfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakkan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi
Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Sunday, July 27, 2008
Doa bagi sakit anggota dalaman
Jadi pada hari ini, penulis ingin berkongsi tentang satu doa yang pernah penulis dengar daripada pakcik penulis yang mempunyai masalah sakit dalam dada( seingat penulis). ketika itu pakcik penulis berkongsi ilmu tersebut dengan bapa penulis dan penulis hanya mendengar sekadar mendengar tanpa ada keinginan untuk mengamalkannya.
beberapa hari ini, penulis membaca buku "Amalan Hikmat dan Rahsia dari Al-Quran" terbitan Darul Nu'man, dan penulis terjumpa doa yang diajarkan oleh pakcik penulis pada masa lepas.
berikut adalah amalan tersebut:
1. letakkan tangan di bahagian yang sakit
2. baca 'Bismillah' 3x
3. dan baca 7x ---> Ø£َعُوذُ بِعِزَّØ©ِ اللهِ ÙˆَÙ‚ُدرَتِÙ‡ِ Ù…ِÙ† Ø´َرِّ ما Ø£َجِدُ ÙˆَØ£ُØØ§Ø°ِر
-riwayat imam muslim-
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La Ilaha Illallah, Wa anna Muhammadur Rasulullah"
Saturday, May 17, 2008
SEBUAH PERTEMUAN
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
PERMATA YANG DICARI
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com
Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
MALAM
ia muncul setenggelamnya mentari,
ia digantikan bulan yang menyinari,
dan bintang-bintang yang bagai penyeri.
Malam,
penuh dengan seribu satu rahsia,
penuh dengan seriby satu idea,
salah satu ilham kerjaya.
Malam,
menangisi sebuah pertemuan,
menangisi sebuah pertemuan,
meratapi sebuah kematian.
Malam,
pembawa kepada satu ketenangan,
pembawa kepada satu keganasan,
pembawa kepada pengenalan erti kehidupan.
Malam,
memberi seribu satu tafisiran,
pencorak sebuah kehidupan,
pengikat sebuah kesetiaan.

Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
BICARAKU
hargailah apa yang ada disekelilingmu,
kerna apa yang kau miliki kini,
belum tentu milikmu di kemudian hari.
Teman,
ikhlaskanlah hatimu dalam persahabatan,
jujurkanlah perasaanmu dalam percintaan,
lapangkanlah pemikiranmu dalam penilaian,
tenangkanlah jiwamu dengan Al-Quran.
Teman, ikhlasmu semata-mata kerana Allah,
Cintamu padaNya dan Rasulullah,
Lapangmu pada menerima teguran,
Tenangmu dalam meneruskan kehidupan.
Teman,
sukaku ingatkan diriku jua dirimu,
tambahlah ilmu didada,
buat bekalan hadapi dunia,
kuatkanlah iman dihati,
buat bekalan hadapi mati.
Teman,
perasaanku padamu,
lahir dari tulus hatiku,
Lillahita'ala niatku.
Teman,
akhir kata dariku,
janganlah menipu dirimu,
kerna kelak ia memakan jiwamu.
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Thursday, May 15, 2008
PENCORAK HIDUP
orang yang melahirkanku,
orang yang membesarkanku,
orang yang mengajarku cintakan agamaku,
orang yang menanam dan menyemai taqwa dalam jiwaku,
dari kecilku sehingga dewasaku.
IBU,
ajaranmu ku amalkan,
sebagai jalan menuju kejayaan,
ajaranmu ku sampaikan,
bagi orang yang memerlukan,
ajaranmu ku abadikan,
sebagai penawar jiwa yang kesepian.
IBU,
jasamu dan baktimu tiada terperi,
jasamu dan baktimu tiada terganti,
jasamu, baktimu dan ajaranmu,
pembentuk jati diriku,
kasih sayangmu, pemarak semangatku.

Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
GAPAIAN
pabila terkenang akan dosa-dosa,
tiada sinar keinsafan menyinari,
masih tergapai-gapai mencari hidayah Ilahi.
akal berfikir dengan waras,
namun tetap tak terlawan nafsu nan buas,
puas dipujuk ke jalan benar,
pulang sebentar sekerat jalan.
ibarat manusia tanpa iman,
melakukan perbuatan tanpa pertimbangan,
dua peribadi dalam satu identiti,
itu manusia hipokrit sejati.
Ya Tuhanku,
berilah daku sinar keimanan.
Cucuri daku dengan limpahan hidayah,
tetapkan daku Islam agama penyelamat.
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
KENYATAAN
Dibahagikan pula kepada lelaki dan perempuan,
Lelaki dengan kekasarannya,
Perempuan pula dengan kesopanan menggoda.
Syukurilah seandai dirimu lelaki,
kerna kau ti perlu,
menanggung beban melahirkan manusia,
redha dan bersyukurlah,
seandai diri mu seorang wanita,
kerna kau tidak perlu,
menanggung beban dosa seorang ketua keluarga.
lelaki yang menyerupai perempuan,
dan perempuan berwatakkan lelaki,
tidak diakui umat oleh Rasulullah s.a.w,
Sanggupkah kita digolongkan dengan mereka?
Ingat dan bersyukurlah,
kerna diberi oleh Allah s.w.t nikmat islam,
justeru jagalah diri kita,
agar tidak tergelincir dari landasan hidayahNya.
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Koleksi Gambar Penulis
Penulis ingin berkongsi serba sedikit detik-detik yang melakar sejarah hidup penulis dalam entri ini. Gambar-Gambar yang menjadi memori seumur hidup penulis.
My Family
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Koleksi Video Penulis
Disini penulis kongsikan video-video kegemaran penulis.
Memori KMPP 2005/2006
Sebuah Pertemuan (UNIC)
Permata Yang Di Cari (D'Hearty)
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Tentang Penulis
Bercerita tantang diri penulis, penulis adalah seorang lelaki, anak ke 5 daripada 7 adik-beradik, Berasal dari Kg. bunga Mas Penambang Hilir, Kota Bharu,kelantan. Mendapat pendidikan awal di Pusat Tunas Islam (PASTI) An-Naim Penambang, kemudian meneruskan pendidikan rendah di Sek. Ren. Islam An-Nur, Meniti alam Remaja di Sek. Men. Ugama (A) Maahad Muhammadi (L) dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, sekarang menuntut ilmu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) K.L dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (K) Sains Kejururawatan.
Nama : Muhamad Firdaus Bin Ibrahim
D.O.B : 15.April.1986
Status : Bujang (dalam hubungan)
Pekerjaan : Pelajar (student full time), Financial Consultant(Part time)
Laman web : http://tintaluhur.blogspot.com/
: http://profiles.friendster.com/blazeboyz
Email : firib5593@gmail.com
Alamat : No. 81 kg bunga mas penambang hilir, 15350 kota bharu, kelantan.
No. Hp : 013-3608118/012-4971038
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Cadangan & Komen
Sahabat-sahabat boleh lah memberi cadangan,komen dan yang sewaktu dengannya kepada penulis agar dapat diperbaiki dari semasa ke semasa, terima kasih.
Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah
Tuesday, April 15, 2008
Thursday, April 10, 2008
Sunday, January 20, 2008
Ziarah Ler Ambo Ni
Well, ziarah ni dituntut oleh Islam, maklum lah dapat mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim. Tapi kalo tak kenal umah seseorang macam ne nak ziarah kan, so kat sini saya bekalkan anda peta lokasi rumah mak ayah saya hehehe (rumah sendiri belum ada lagi...tunggu!!)
Geng SeAngkatan
-
-
5 Pesanan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron Din6 months ago
-
-
Pan (2015) Streaming in hd2 years ago
-
Nasi & Kuah : Butang & Tembakau3 years ago
-
-
Kisah Syekh Barsisa3 years ago
-
-
-
Ujian seorang pendidik..6 years ago
-
Rokok ada sel darah babi8 years ago
-
-
-
-

Link Ilmu
-
BALAI CERAP BARU8 months ago
-
-
-
Hidup Ini Bernafaskan Cinta Kasih2 years ago
-
Ada Sinar di Hujung Terowong3 days ago
-
-

Blog Biz
-
Hello world!1 year ago

Blog Sempoi
-
Ohh My Gas! Eskrim4 years ago
-
