Thursday, May 15, 2008

GAPAIAN

Hina terasa diri ini,
pabila terkenang akan dosa-dosa,
tiada sinar keinsafan menyinari,
masih tergapai-gapai mencari hidayah Ilahi.

akal berfikir dengan waras,
namun tetap tak terlawan nafsu nan buas,
puas dipujuk ke jalan benar,
pulang sebentar sekerat jalan.

ibarat manusia tanpa iman,
melakukan perbuatan tanpa pertimbangan,
dua peribadi dalam satu identiti,
itu manusia hipokrit sejati.

Ya Tuhanku,
berilah daku sinar keimanan.
Cucuri daku dengan limpahan hidayah,
tetapkan daku Islam agama penyelamat.

Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah

0 comments:

Post a Comment