Thursday, May 15, 2008

KENYATAAN

Diciptakan manusia dari segumpal darah,
Dibahagikan pula kepada lelaki dan perempuan,
Lelaki dengan kekasarannya,
Perempuan pula dengan kesopanan menggoda.

Syukurilah seandai dirimu lelaki,
kerna kau ti perlu,
menanggung beban melahirkan manusia,
redha dan bersyukurlah,
seandai diri mu seorang wanita,
kerna kau tidak perlu,
menanggung beban dosa seorang ketua keluarga.

lelaki yang menyerupai perempuan,
dan perempuan berwatakkan lelaki,
tidak diakui umat oleh Rasulullah s.a.w,
Sanggupkah kita digolongkan dengan mereka?

Ingat dan bersyukurlah,
kerna diberi oleh Allah s.w.t nikmat islam,
justeru jagalah diri kita,
agar tidak tergelincir dari landasan hidayahNya.

Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz