Sunday, July 27, 2008

Doa bagi sakit anggota dalaman

Salamullahi alaikum.. sahabat-sahabat yang di kasihi sekalian, baru-baru ini penulis membaca sebuah buku yang berkisar tentang rahsia-rahsia ayat suci Al-quran yang boleh di amalkan untuk kesejahteraan hidup, samada untuk kesihatan, pergaulan, kewangan, kekeluargaan dan lain-lain.

Jadi pada hari ini, penulis ingin berkongsi tentang satu doa yang pernah penulis dengar daripada pakcik penulis yang mempunyai masalah sakit dalam dada( seingat penulis). ketika itu pakcik penulis berkongsi ilmu tersebut dengan bapa penulis dan penulis hanya mendengar sekadar mendengar tanpa ada keinginan untuk mengamalkannya.

beberapa hari ini, penulis membaca buku "Amalan Hikmat dan Rahsia dari Al-Quran" terbitan Darul Nu'man, dan penulis terjumpa doa yang diajarkan oleh pakcik penulis pada masa lepas.

berikut adalah amalan tersebut:

1. letakkan tangan di bahagian yang sakit
2. baca 'Bismillah' 3x
3. dan baca 7x ---> أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدرَتِهِ مِن شَرِّ ما أَجِدُ وَأُحاذِر
-riwayat imam muslim-



Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La Ilaha Illallah, Wa anna Muhammadur Rasulullah"

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz