Thursday, September 18, 2008

Mari MenKAJI LANGIT

Salam alaik,
Bile terpandang bintang-bintang di langit, penulis akan terimbau kembali detik-detik penulis yang penulis harungi ketika zaman persekolahan menengah dulu. Bukan lah terkenangkan kekasih hati atau pun cinta yang tidak bertepuk dua belah tangan, bukan juga denda yang terpaksa ditanggung kerana malas belajar, tetapi terkenangkan semangat yang penulis pernah miliki semata-mata untuk mengintai anak bulan, planet2, bintang2 dan galaksi2 bersama rakan2 dalam Persatuan Falak Syarie MML suatu ketika dahulu.

Pada waktu itu, balik rumah pukul 3-4 pagi tu biasa la, apatah lagi merempat ditepi pantai Mek Mah semata-mata nak melihat hujan tahi bintang. Semuanya sangat indah bila

dikenangkan, lebih2 apabila penulis mula belajar di KL ni, yang memang x pernah berpeluang nak menghayati keindahan alam Langit ciptaan Ilahi.

Namun, cerita ini bukanlah yang penulis ingin kongsikan, penulis ingin kongsikan kembali ilmu2 Falak Syarie yang telah penulis pelajari dahulu dengan sahabat2 sekalian, apalah gunanya ilmu ini jika dibiarkan tidak berkembang biak, lama2 tentu sahaja pupus dari ingatan penulis.

Baik lah, mari kita mulakan;-

Falak Syarie ialah ilmu yang dipelajari bertujuan untuk mengetahui waktu-waktu ibadat seperti sembahyang,zakat dan puasa serta mengetahui arah kiblat.

Ilmu Falak tidak serupa dengan ilmu kaji bintang yang lain seperi astronomi walaupun ramai ahli ilmu yang beranggapan sedimikian.Ini kerana ilmu falak adalah berlandaskan Al-Quran dan As-sunah berbanding ilmu-ilmu kaji bintang yang lain.

Dalam pembelajaran penulis yang lalu, ilmu Falak Syarie ini mengfokuskan kepada tiga elemen penting

1) Ilmu Takwim- mempelajari perbezaan di antara takwim masehi, Hijri, India dan China. Namun, fokus lebih kepada masehi dan hijri

2) Ilmu Waktu Solat- mengajar bagaimana sesuatu waktu solat dikeluarkan, terdapat beberapa pandangan ulama yang digunakan dalam penentuan waktu solat.

3) Ilmu Arah Kiblat - mengajar bagaimana menentukan arah kiblat, ilmu amat penting di mana, menjadi kewajipan bagi setiap muslim mengetahui kaedah mencari arah kiblat yang tepat agar solat kita menjadi SAH dan tidak sia-sia.

cukup dulu setakat ini, nantikan sambungannya, assalamualaikum...

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Yaa sin : 38)

Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz