Sunday, September 14, 2008

Sifat Solat Nabi

Salam alaik,
apa khabar sahabat-sahabat semua? agak lama penulis menyepikan diri, bukanlah sebab malas nak menulis, tapi kekangan internet dan masa menyebabkan penulis tidak berkesempatan untuk menaip post terbaru.

Hari ini, genaplah 14 hari umat islam menjalani ibadah puasa, iaitu ibadah wajib yang menjadi rukun kepada seseorang yang bergelar "MUSLIM". Di kala ini lah, ramai hamba-hamba Allah berduyung-duyung mendatangi masjid-masjid dan surau-surau untuk menunaikan solat sunat tarawih, kononnya nak mengejar pahala yang berlipat ganda dan berkat pada bulan Ramadhan.

Namun, tidak ramai yang sedar, adakah solat yang dilakukan itu betul atau tidak, menepati sunnah atau tidak dan lain-lain lagi. Penulis bukanlah seorang ustaz, bukan lah nak menunjuk pandai namun ada sedikit info yang penulis perolehi daripada pembacaan yang boleh dikongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian, agar sama-sama dapat kita saling ingat-mengingati antara kita.

Penulis kali ini ingin berkongsi tentang Sifat Solat Nabi, di mana penulis telah membaca terjemahan kitab ini yang di tulis oleh Syeikh Al-albani, dan juga ringkasan daripada Ustaz Yaacob "Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat" dan "Formula Solat Sempurna" oleh ustaz. Zaharuddin. Namun, apa yang ingin dikongsi kali ini bukan lah rumusan daripada buku-buku tersebut, melainkan hanya sebuah video yang penulis temui di dalam youtube.com berkenaan Sifat Solat Nabi yang diterbitkan oleh saudara kita di Indonesia.


Sama-sama kita hayati:-



















Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah



0 comments:

Post a Comment

Blog Biz