Thursday, November 6, 2008

Ahli Baru

Salam alaik,Lama sungguh luhur tidak menghantar post dekat blog ni, dah dekat sebulan rasanya,hari ini curi2 masa sikit untuk menghebahkan kehadiran ahli baru dalam keluarga Luhur iaitu anak buah Luhur yang ke-9

Tanggal 20 oktober 2008 seorang putera telah selamat menjengah ke alam dunia yang penuh noda ini. Tahniah di ucapkan kepada Along dan K.long diatas kelahiran putera mereka. Putera ini telah diberikan nama Aiman Fitri, bersempena dengan bulan syawal saat umat islam merayakan aidilfitri.
Wahai anak saudara, aku doakan dikau menjadi insan yang beriman, dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, ketahuilah anak saudaraku, dunia ini hanya lah sementara, kehadiran mu mengantikan pemergian nenda dan begitulahs silih bergantinya kitaran hidup insan di dunia.

Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah

0 comments:

Post a Comment