Tuesday, December 16, 2008

Kenduri

S
alam alaik,
em..Semalam luhur menghadiri satu majlis kenduri di kg. Baru siong,baling,kedah. Kenduri majlis perkahwinan anak saudara kepada abang ipar luhur.

Apa yang ingin luhur kongsikan disini ialah berkenaan adat masyarakat semasa kenduri di sini berbanding di bumi kelahiran luhur kota bharu.

Pertama, semangat gotong-royong yang masih menebal dan dipegang kukuh oleh masyarakat. Segala gerak kerja sepanjang kenduri dilakukan secara beramai-ramai,cume yang paling menyentuh hati luhur dan yang paling ketara dalam majlis ni ialah,tenaga kerja utama ialah dikalangan kaum adam. Memasak,mengemas tempat makan,menghidang semuanya di buat oleh kaum adam, berbeza dengan negeri cik siti wan kembang,kaum adam hanya bertugas untuk menghidang makanan dan mengangkat barang-barang sahaja.
Kedua, cara makan. Masyarakat di baling ni mengamalkan perkongsian makanan, sebagai contoh, satu meja hidangan untuk 4 orang hanya disediakan 2 gelas minuman. Kalau diteliti,konsep ini sama sebagaimana amalan makan dalam talam. Dimana unsur yang diterapkan ialah kerendahan hati dan kesamatarafan sesama insan. Tiada lagi perbezaan antara kaya dan miskin,warna kulit dan etnik.

Dalam menghayati adat masyarakat di baling ini,luhur teringat gelagat ahli keluarga luhur yang cuba menyamakan suasana kenduri di kelantan dengan di baling, mereka tidak cuba menyelami adat di sini,sebagaimana contoh tadi,mereka tidak sanggup berkongsi gelas,dan meminta hidangan yang sememangnya tidak disediakan di baling sebagaimana di kelantan .

Sememangnya,penerimaan di antara perbezaan amalan adat dan budaya sukar di terima tanpa ilmu,iman dan pengalaman. Apabila kita mempunyai ketiga-tiga elemen tadi baru lah kita mudah menerima sesuatu yang dengan hati yang lapang dan terbuka.

Sesungguhnya dijadikan manusia ini dari jenis yang berbeza-beza,bersuku dan berpuak adalah untuk saling kenal mengenali antara satu dengan yang lain.

Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz