Tuesday, August 26, 2008

Menuju Kejayaan

Salam alaik, :snow02:
bersyukur kehadrat Ilahi, kerana masih memberi kesempatan kepada penulis untuk berkongsi serba sedikit pengalaman,pengetahuan dan kemahiran yang telah dikurniakan oleh Nya kepada penulis.

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi berkaitan konsep hidup iaitu MENUJU KEJAYAAN. Sahabat-sahabat yang dikasihi, dalam usaha kita menuntut ilmu seharian adakah pernah seketika kita berfikir, Untuk apa kita melakukan demikian? jika di tanya kepada umum, rata-rata akan menjawab 'untuk mendapat kejayaan', 'untuk berjaya dalam kerjaya' dan lain-lain lagi.

Semua insan yang waras mempunyai matlamat atau cita-cita tersendiri untuk dicapai dalam hidup masing-masing. Namun, ramai yang tidak sedar, dalam menuju kejayaan proses yang perlu dilalui bukanlah semudah yang dituturkan@nyerah. Oleh yang demikian, ingin penulis kongsikan disini 5 peringkat yang diperlukan untuk menuju kejayaan, dimana peringkat ke-5 ialah KEJAYAAN.


Sahabat yang diredhai Allah sekalian,

5. KEJAYAAN

4. "TIDAK akan datang KEJAYAAN tanpa KASIH SAYANG".

apa yang penulis fahami disini, kasih sayang amat lah penting dan ianya merupakan tunjang utama penentu kepada sesebuah kejayaan. Ini kerana, apabila kita kasih akan sesuatu atau seseorang, kita akan melakukan apa sahaja dengan rela hati semata-mata kerana kasih dan sayang kita kepada sesuatu atau seseorang tadi. Sebagai contoh, seorang ibu tunggal yang mempunyai anak yang ramai, mampu mendidik anak-anak hingga berjaya dengan melakukan pelbagai usaha untuk memastikan anak-anaknya berjaya, semua nya adalah kerana KASIH dan SAYANG nya yang tak terhingga kepada anak-anaknya.

3. "TIDAK akan lahir KASIH SAYANG tanpa KEMESRAAN'

sahabat sekalian, kasih sayang adalah perasaan yang sangat unik, ia tidak lahir dengan sendiri tanpa sebab, apabila ada secebis kasih sayang dalam hati kita, pasti di sebalik kasih sayang terbinanya suatu sebab yang menyebabkan kita berperasaan sedemikian. Yang pasti, kasih sayang akan berputik apabila telah terjalinnya kemesraan. bukankah begitu lumrah alam sahabat-sahabat sekaian?

2. " Tidak berputik KEMESRAAN tanpa SENYUMAN"

Senyuman adalah penyakit yang paling mudah berjangkit, jika sahabat sekalian tidak percaya, cuba perhatikan sekeliling sahabat sekalian, apabila seseorang senyum kepada yang lain, orang yang melihat itu akan turut tersenyum, walaupun tanpa mengenali siapakah gerangan pemberi senyuman itu. Kemudian, dari senyuman itu akan lahirlah setitis kemesraan di sanubari kecil kita.

1. " TIDAK bernilai sebuah SENYUMAN tanpa KEIHKLASAN"

sahabat-sahabat yang di rahmati Allah sekalian, ini lah kunci dalam memperoleh kejayaan. Kita sering kali mendengar ucapan ikhlas ini diucapkan apabila berlaku penolakan, contohnya, apabila seorang lelaki menghulurkan wang kepada seorang teman yang dalam kesempitan, kemudian teman nya itu menolak, pasti lelaki tadi akan menggunkan ayat seakan-akan ini 'terima lah, aku ikhlas ni', maka teman tadi akan menerimanya.

jelas disini, kita amat mementingkan keikhlas dalam setiap perkara yang lakukan, namun, tidak semua dikalangan kita sedar, bahawa IKHLAS ini hanya ALLAH yang menilainya, kita manusia biasa yang lemah sekadar mampu menutur dan bertinta sahaja.

oleh itu teman-teman sekalian, untuk mencapai kejayaan, langkah pertama yang perlu di ikuti ialah IKHLASKAN HATI MELAKUKAN SEGALA URUSAN KERANA ALLAH SEMATA-MATA.

"Tidak akan datang KEJAYAAN tanpa KASIH SAYANG, TIDAK akan lahir KASIH SAYANG tanpa KEMESRAAN, TIDAK akan berputik KEMESRAAN tanpa SENYUMAN, TIDAK akan bernilai sebuah SENYUMAN tanpa KEIHKLASAN"@takbole@takbole@takbole

Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.:snow14:

Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah

Thursday, August 21, 2008

Berpesan Dengan 565

Salamulamulallahi alaikum,
lewat kebelakangan ini, penulis sering berbual dengan seorang brother yang otai, abang apai namanya. bile diberi peluang bergaul dengan abg apai ni, penulis banyak disedarkan tentang perkara-perkara yang penulis anggap remeh. tapi apabila bersua dengan abg apai ni, berkongsian yang diberikan membuatkan penulis terfikir apa yang penulis telah lalui setakat ini.

kali ini penulis berminat untuk berkongsi tentang 565, perkara ini memang penulis sedia maklum dan sahabat-sahabat semua juga sedia maklum, namun apa yang ingin penulis kongsi kan di sini ialah berdasarkan apa yang penulis perolehi daripada abg apai.

565... apa agak nya ya..



macam-macam benda boleh di tafsirkan dari 565 ini, apa yang ingin di sampaikan ini ialah antara kunci penting bagi seseorang muslim untuk berjaya di dunia dan akhirat.
dengan berpegang pada kunci 565 ini, seseorang itu akan memperolehi satu kekuatan yang MAHA dahsyat untuk menjalani liku-liku kehidupan yang sememangnya penuh onak dan duri.

apa itu 565?

5 di awal adalah 5 rukun islam iaitu

1. mengucap dua kalimah syahadah
2. menunaikan solat lima waktu
3. berpuasa di bulan ramadan
4. mengeluarkan zakat
5. menunaikan haji(bagi yang mampu)

6 di tengah adalah 6 rukun iman iaitu
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

dan 5 yang di akhir adalah SOLAT 5 WAKTU

benda ini sering diingatkan oleh abg apai kepada penulis, samada ketika berjumpa mahupun ketika berbual dalam telefon. ' jaga 565 insyaAllah MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG akan jaga kita' kata abg apai kepada penulis.

penulis rasa, untuk waktu ini tak perlu lah penulis mengulas dengan lebih dalam lagi, memandangkan ilmu penulis juga tidak lah tinggi dalam ilmu islam ini, cukup lah setakat ini sahaja.

akhir kata, penulis simpulkan di sini, apabila kita melakukan tuntutan rukun islam nan 5, dan kita mengimani dan berserah pada rukun iman nan 6, dan kita menjaga 5 waktu solat supaya tiada yang kurang dari sukatan, insyaAllah, segala usaha kita akan diberkati dan dipermudahkan jalan dalam segala usaha yang dikerjakan. insyaAllah.

sekian.

Seindah-indah Pesanan kepada seorang sahabat ialah La haula wa la quwwata illa billah