Friday, October 10, 2008

Praktikal Datang Lagi

Salam alaik,
Hari raya dah masuk hari ke-10, suasana raya tahun ni tak semeriah tahun lepas, em, mungkin akan meriah semula bila angah dah pulang dari UK, along dapat balik kg. dan semua adik-beradik berkumpul masa raya.

sejak hari raya ke-6 yang lepas, sesi praktikal untuk semester 5 dah bermula, sem ni Luhur bertugas dekat Hospital Ampang, 2 minggu pertama ni dekat wad 4B paediatrik, kemudian wad medical dan wad surgical.


First time masuk wad paed ni memang terasa lain, maklum lah, wad ni urus dari baby hingga lah pre-schooler. Tiap-tiap hari kena layan kerenah diorang, bukan lah Luhur tak suka, memang seronok bersama diorang, cuma perlu kan perhatian yang sangat rapi semasa memberi rawatan. Maklumlah, diorang tak macam orang dewasa, boleh komplen sakit apa dan kat mana, yang diorang tahu menangis aja.

Tapi, setiap perkara tu ada lebih dan kurangnya, kalau kurangnya pada TANGGISAN diorang, lebih nya plak macam Luhur boleh ilmu untuk mengawal diorang, sama ada semasa menanggis, nak makan ubat, atau pun semasa buat rawatan dekat diorang. Orang dewasa pun ramai yang takutkan ubat dan jarum, apatah lagi diorang, betul tak?

Ok lah, setakat ni dulu tinta Luhur kali ni, selamat hari raya buat semua muslimin dan muslimat.

assalamualaikum.

tintaluhur


Komen lah setiap kali anda membaca, dengan demikian anda telah menolong seseorang untuk berubah

Blog Biz