Friday, December 18, 2009

Salam 1431 Hijrah

maalhijrah

Salam alaikum..sempena permulaan hijriah bagi tahun 1431 ini, saya ingin mengucap selamat tahun baru kepada semua umat Islam yang mengenali diri ini. Semoga tahun baru ini lebih memberi makna kepada kita serta ditambahkan keimanan kita untuk terus melakukan ibadah untuk lembaran baru buku amalan kita.

Wednesday, December 9, 2009

16 E-Book Percuma

salam,

kawan-kawan, saya nak kongsikan disini 16 e-book percuma yang akan kawan-kawan perolehi. Di bawah ini ialah ebook tersebut :-


apa yang kawan-kawan perlukan mendaftar secara percuma, kemudian sahkan permintaan kawan-kawan melalui email yang dihantarkan.

so apa tunggu lagi, daftarlah sekarang. Percuma sepenuhnya.


Enjoy Your Reading.

Farewell.

Sunday, November 8, 2009

Game Final Piala Malaysia Aku

Salam, dah lama tak menulis di blog ni, bukan setakat blog ini la, blog lain dan forum-forum juga dah lama aku tinggalkan, Emm..sekarang ni musim final exam, final piala Malaysia dah habis, agak sedih negeri tanah tumpah darahku kalah lagi. Ok nevermind, walaupun game tu kalah, tapi usaha diorang tetap perlu dipuji, tak ada rezekikan, kalah menang adab pertandingan, yang penting aku tetap dengan game-game dihadapan PC kesayangan aku. Kuikuikui
So hari ni rasa nak kongsi satu game yang menjadi kegilaan satu rumah kat kolej aku ni, sebelum ni aku tak layan, sebab game ni tahap budak-budak je aku kata, then lepas try sekali terus tak berenti main huhuhu semua game macam tu kot, kecuali game yang tak dapat main or corrupt..huhuhu sure tak main dah. Game ni, nama dia Plants Vs Zombies. Sangat senang nak main, anak buah aku yang sekolah rendah pun boleh main, yang tak sekolah pun main jugak, so tak ada alas an korang tak boleh main.
Ni gambar game aku tengah main masa study paper ICU huhuhu.


Ok lah, kalau korang nak cuba, download la dekat bawah ni ye. (x perlu install,da cheat & trainer sekali)
Plants vs. Zombies.rar

Ok adiosa..sambung main game..huhuhu lalala (habis la paper aku nanti)

Friday, September 4, 2009

Windows 7 remix

Salam,
kebelakangan ini, otai-otai IT sedunia sibuk mengatakan tentang windows yang terbaru oleh microsoft iaitu Windows 7. Saya sendiri telah mencuba windows 7 tersebut dan memang sebagaimana yang dicanangkan oleh otai-otai tersebut, ia versi terbaik pernah dihasilkan oleh microsoft yang mengabungkan stabiliti dalam Windows XP dan graphic yang tiptop dalam Windows Vista.

Namun, bukan semua orang mampu nak menggunakan windows 7 ni, mungkin sebab kekangan RAM yang tidak mencukupi atau pun dari segi kepuasan meng'install' game dan software sebagaimana dalam Windows XP. Jadi untuk mengubat hati yang memang nak menggunakan Win 7 ni tapi tak mampu, Windows 7 Remix adalah pengubat hati anda hehehe :)

Windows 7 Remix ini akan transform windows XP anda kepada windows 7 interface sebagaimana yang saya gunakan sekarang ini:-


walaupun windows 7 remix dah berjaya menukarkan rupa XP anda kepada win 7 namun masih ada beberapa elemen yang belum di'touch up' seperti elemen logon screen dan juga boot screen. Jadi anda boleh menggunakan Tuneup Styler untuk menggunakan win 7 logon screen sebagaimana berikut:-

menggunakan Tuneup Styler juga, anda boleh menggunakan Win 7 boot screen sebagaimana berikut bagi melengkapkan lagi transformasi win XP anda kepada Win 7. Walaubagaimanapun, agak dukacita dimaklumkan, boot screen ini tidak menyokong fungsi animasi dimana boot screen asal dalam win 7 berbentuk animasi gmbr dibawah yang sangat cantik.


Setakat itu sahaja perkongsian daripada saya. Untuk mendapatkan semua bahan-bahan bagi proses transformasi ini anda boleh klik di link berikut :-

windows 7 remix


bootscreen 1

boot screen 2


logon screen


Tune up Styler


ok, itu saja, selamat mencuba.

P/S: sila tinggalkan komen jika anda suka@tidak suka pada entri ini.

Friday, August 28, 2009

Mari Hiburkan Hati

laughingheart

Salam alaik,
Bersempena tajuk kali ini, saya ingin kongsikan cerita-cerita kelakar yang dihantar kepada saya melalui email. Mungkin kawan-kawan semua dah pernah baca cerita-cerita ini, tapi tidak menjadi masalah untuk baca lagi sekali. Khas untuk menghiburkan hati dan menghilangkan tekanan samada ketika tertekan dengan kerja, hubungan antara kawan-kawan ataupun keluarga.

Jom sama-sama kita layan!!!

Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ...........


Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew.. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7


Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.


Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


Citer 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"


Citer 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya....


P/S: Terima kasih kepada insan kesayangan ku kerana menghantarkan email ini. diriku amat menghargainya.

thankstulip

Tuesday, August 11, 2009

SIapa Aku



SIapa Aku

Dari pandangan Dia,
aku hanya hamba,
hanya pesuruh,
hanya penzahir,
hanya ayat-ayat,
hanya cahaya,
hanya bayangan kewujudanNYA,
aku sendirian tiada apa-apa,
tiada faedah,
tiada guna kerana wujudku kosong,
hanya aku berfaedah dan berguna kerana DIA ada,
ada DIA ada aku,
aku jika tiada,
DIA tetap ada juga,
apalah aku,
tiada apa-apa,
wujud hakiki itu hanya DIA,
wujudku hanya bayangan,
penzahiran,
tanda-tanda wujudNYA,
keagungan,
keindahan dan kebesaranNYA juga,
kita hanya ada kerana diadakan,
wujudkan kerana diwujudkan,
kita wujud atas limpahan wujudNYA jua,
itu lah aku.

Abd. Majid Khatib, Intisari April 2003

Thursday, August 6, 2009

Bila Kepala Mula Pening


Salam alaik,

dah 2 minggu tak update post kat sini, sejujurnya memang sangat-sangat bz (tapi sempat lagi surfing onemanga :) he3x) emm..2 minggu ni banyak masa saya dihabiskan diluar kampus, mana taknya minggu lepas cuti mid-term mengejut sampai 2 aktiviti besar terpaksa ditangguhkan minggu ni. Padahal segala bersiapan semua dah siap masa tu, tunggu nak jalan je aktiviti tu. Tapi apakan daya, sebab arahan pihak atasan, so terpaksa la semua pelajar bercuti mid-term mengejut.

Emmm..apa yang aku dah tulis pagi-pagi ni ??????????? aduhai, pagi-pagi dah merepek..takda kaitan pun dengan tajuk..sebenarnya aku tengah sibuk dengan beberapa benda, antaranya pengambilan ahli baru silat, mesyuarat penubuhan persatuan silat, kursus penyelia silat semalaysia..semuanya nak dibuat bermula hari ni sampai 20hb Ogos nanti. Itu baru hal silat, assignment jangan dok tanya la, kumpul tajuk assignment je setakat ni, tapi satu pun tak start lagi, paling best ade satu group assignment aku tak tahu pun aku group mana huhuhu member-lain dok sibuk bincang dah, bila aku tanya diorang aku group ngan siapa, takda sorang pun yang tahu..aduhai mana tak pening kepala.

Minggu ni juga akan berlangsung konferens dekat ukm, ramai le bebudak nursing dari serata pelusuk maya malaysia ni datang. Apa yang paling penting bagi aku ialah mesyuarat antara nursing students leader nanti. Sebab nak announce penubuhan National Nursing Student Association secara rasminya.

Lagi satu pasal national nursing debate, program aku hujung tahun nanti, dah 2x anjak tarikh dari bulan 10 pergi ke bulan 11, then tukar lagi sekali ke bulan 12 sebabnya banyak tarikh bertindih dengan peperiksaan, praktikal dan macam-macam lagi. Surat jemputan pun tak keluar lagi. Tajuk debate pun tak decide lagi. Tambahan bajet pun tak dapat lagi.

Semoga semua yang dirancang dapat ku laksanakan sebaik-baiknya. Ya Allah!! rabbi yassir wala Tuassir!! Allahumma tammim bilkhair!! Allahumma tammim bilkhair!! ameen..

Wednesday, July 22, 2009

kem Aspirasi NUSA 2009

Salam alaik,
pada hari minggu yang lepas saya telah pun mengikuti program Kem Aspirasi NUSA 2009 yang diadakan di Kem An-Naim, Hulu Langat, Selangor. Kem ini merupakan kem tahunan yang dianjurkan khusus pelajar semester satu program kejururawatan UiTM.

Pada kali ini, saya bertindak sebagai Ketua Fasilitator menguruskan segala modul dan permainan sepanjang program ini berlansung. Walaupun bukan pengarah program still acting like a mastermind :) program ini berlansung selama 3 hari 2 malam dengan beberapa pengisian LDK, ceramah dan juga aktiviti team-building.

Pada hari pertama, para peserta dibahagikan kedalam kumpulan kecil menjadi 21 kumpulan, dan setiap 3 kumpulan membentuk satu kumpulan perpaduan mengikut warna. Terdapat 7 kumpulan perpaduan iaitu kumpulan A=oren,B=hijau,C=kuning,D=ungu,E=merah,F=pink dan G=putih.

Gambar-gambar kumpulan :-
Kumpulan A = Oren


Kumpulan B = hijau
Kumpulan C= kuning

Kumpulan D= ungu
Kumpulan E= Merah
Kumpulan F= Pink

Kumpulan G= Putih

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :-

1. LDK
2. Ceramah Motivasi Bersama Ust. Hazrizal
3. Nightwalk
4. Senam robik,
5. Perkongsian Pengalaman Bersama Matron
6. Blind Fool
7. Jungle Tracking


ldk
ldk
ceramah ust. hasrizal
night walk
senam robik
perkongsian bersama Matron Faridah
blind fool
jungle tracking

secara keseluruhan kem ini merupakan kem yang terbaik pernah dianjurkan dalam 3 tahun ini, walaupun terdapat sedikit masalah, namun semuanya dapat diatasi dengan baik. kerjasama antara fasilitator dan ajk sangat baik dan perjalanan aktiviti yang ditetapkan dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. syabas kepada semua jawatankuasa yang menjayakan program ini.

Friday, July 17, 2009

Im Leaving For A While

salam,
i'm going to camping right now, from today till 19hb Julai at Kem An-Naim Hulu Langat. The camp is meanly for my junior on the 1st semester. this is the annual event we at nursing student association UiTM organized for new comer. Perhaps this program will end up successfully with out any harm or disrespuctful manner huhuhu.

ok i better go now..adios

Thursday, July 9, 2009

Ceroboh Penapis Web Dengan ultraVPN

Salam alaik, kengkawan semua yang tengah membaca post ini, saya baru je dapat satu ilmu daripada blog saudara EiNs. Beliau ajar macam mana nak bypass veoh tapi saya bukan nak cerita pasal veoh, cuma nak bagitau pasal software UltraVPN ni aje.Saya dekat UiTM ni susah untuk surfing web-web kegemaran macam Fs,Fb,Youtube,Onemanga even storage web pun tak leh masuk,sebabnya pihak UiTM block semua jenis web yang berkaitan proxy, streaming, Entertainment, Storage dan beberapa jenis lagi. Jadi saya terpaksa mencari alternatif untuk pecah masuk tapisan tersebut.

Sebelum saya menggunakan software ultrasurf, software tu kecik sangat saiz nya and standalone boleh masuk pendrive je. Tapi otai-otai IT UiTM dah tau trick tu so tak boleh lagi nak pakai. Kembali ke pangkal jalan, software kali ni ialah UltraVPN.

apa kelebihan ultraVPN ni? ni aku copy dari web dia

- access blocked websites from within a corporate environmement

- connect or log in into MSN if it's blocked

- use VoIP software like Skype if it's blocked

- protect your email and browsing privacy

- avoid being identified on the internet


Macam mana caranya? ikut step kat bawah ni :-

1. Klik sini untuk ke laman ultraVPN

2. create account (free je) kemudian verify dekat email

3. download software ultraVPN (klik sini)

4. install software tu & run

5. isi username & password

6. icon dibawah akan keluar

merah – disconnect

kuning - connecting to the client account

hijau - connected

7. so bila icon tu dah hijau boleh la buka web-web yang kena block tu

selamat mencuba :)


p/s: kalau korang ada software and cara lain, kongsikan la kat ruangan komen ye :-)

Tuesday, July 7, 2009

UiTM Kampus Puncak Alam

Salam alaik,

dah dekat 2 minggu saya tidak menghantar sebarang post ke blog ini, rindu amat untuk kembali menulis di blog ini tak dapat saya lupuskan. Sebelum ini saya terlibat dengan minggu mesra siswa iaitu program orientasi pelajar baru di UiTM Kuala Pilah selama seminggu. Disana kawasan yang baru diterokai dan masih belum mempunyai capaian internet, mungkin sebulan yang pertama ini pelajar-pelajar kat sana tak dapat gune internet lagi.

Ok, dipermulaan semester yang baru ini, saya ucapkan selamat datang kepada adik-adik yang telah memilih UiTM sebagai destinasi menara gading anda. Terutama kepada adik-adik yang mengambil jurusan kejururawatan saya ucapkan tahniah kerana menjadi salah seorang insan terpilih untuk berbakti kepada masyarakat.

Semester ini bermulanya sesi baru di kampus baru UiTM Puncak Alam, kiranya jadi perasmi tempat ni la. Kampus ni sangat canggih, kemudahan yang disediakan juga memuaskan cuma buat sementara waktu ini masih banyak kedai yang belum beroperasi, so limited la pilihan makanan dan barang - barang keperluan lain. Lagi satu, kawasan ni betul-betul di puncak dunia hahahaha punya la jauh dari bandar, nak keluar ke stesen minyak pun 4km daripada kolej kediaman.

Apa-apa pun, tempat memang best sebab dah ada banyak kemudahan seperti tempat sukan dan riadah serta pusat kesihatan, bukannya seperti kampus lama di Jln. Othman yang tak ada apa-apa.

Ni gambar-gambar sekitar puncak uitm puncak alam.





















Sunday, June 21, 2009

Add-on Al-Quran untuk Microsoft Word

Salam alaik,
ini salah satu koleksi add-on yang saya gunakan didalam microsoft words untuk memasukkan ayat-ayat alquran kedalam penulisan saya. Add-on ini adalah ihsan daripada saudara Taufiq (semoga Allah merahmatinya selalu,ameen) yang boleh diedarkan secara percuma kepada seluruh umat islam. Add-on Al-Quran lengkap 30 juz ini disertakan dengan terjemahan kedalam bahasa Malaysia.

Terdapat tiga option dalam add-on ini.
- ayat & makna
- ayat sahaja
- makna sahaja

in screen shot words 2007 saya :-


Ayat & makna

ayat sahaja

makna sahaja
ini contoh ayat & makna
klik gambar untuk paparan penuh


Jadi itu sahaja dari saya kali ini, sebar2kan ye.



Blog Biz