Tuesday, February 24, 2009

Doa dan rawatan Barah

Salam alaik,
pada post yang, saya berkongsi tentang Doa dan rawatan tradisional bagi penyakit asma, kali ini saya ingin berkongsi berkaitan rawatan dan doa untuk penyakit barah.

penyakit barah merupakan pembunuh kedua bagi lelaki Malaysia,tetapi bagi wanita Malaysia ia merupakan pembunuh utama. punca barah adalah tidak diketahui, tetapi ia sering dikaitkan dengan pemakanan, pendedahan kepada bahan kimia dan radioaktif. ia berlaku apabila pertumbuhan sesuatu jenis sel membiak@berkembang secara abnormal yang membentuk gumpalan seperti bengkak. sel-sel barah ini boleh merebak apabila ia memasuki sistem peredaran darah.

antara rawatan alternatif yang boleh dicuba ialah:


1. Air Liur Basi.

air liur basi dikata mampu menawarkan barah. cara penggunaannya sebagaimana berikut:-
a) setiap kali bangun daripada tidur, sapu lelangit menggunakan ibu jari.
b) ibu jari tadi kemudiannya digentelkan pada kawasan biji barah( contoh: biji pada payudara)
c) amalkan setiap hari.


sebagai tambahan kepada ikhtiar tersebut, bolehlah diba
ca dengan selawat syifa'




petua ini boleh diamalkan bagi sebarang bentuk ketulan yang ganjil dalam badan, untuk rawatan bagi barah tahap 2-4, perlulah dirujuk kepada yang Arif ( Darussyifa')

P/S: petua diberi oleh Dr. Harun Din.(kuliah perubatan islam,23/2/09)

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz