Tuesday, February 17, 2009

Ubat Asma

Salam alaik,
penyakit Asma merupakan satu penyakit paru-paru dimana bronkiol didalam peparu mengalami 'spasm' atau kekejangan yang menyebabkan halangan dan mengecilan saluran pernafasan semasa serangan Asma. Perubatan moden mengatakan bahawa Asma ini tidak dapat diubati,ia hanya boleh dikawalselia dengan ubat yang dibekalkan oleh Doktor. Mungkin perubatan moden belum lagi menjumpai penawarnya. Namun, apa yang ingin dikongsikan disini ialah penggunaan kaedah traditional yang telah terbukti keberkesanannya oleh orang-orang yang mengamalkannya.

Terdapat dua bahan yang digunakan bagi merawat Asma.
yang pertama ialah BELUT dan yang kedua BURUNG CIAK RUMAH.

Bagi penggunaan belut, caranya sebagaimana berikut;-

kaedah 1
1. dapatkan seekor belut(sebaik-baiknya belut liar)
2. pegang kepala belut tanpa mencederakannya
3. ambil beras (untuk sekali makan bubur) dan lurutkan pada badan belut tersebut.
4. beras tersebut dijemur hingga kering
5. kemudian di tumbuk halus dan dimasak sebagai bubur
6. beri orang yang menghidap asma makan bubur tersebut.
7. ulangi beberapa kali makan bubur sehingga sembuh.

kaedah 2
1. dapatkan seekor belut(sebaik-baiknya belut liar)
2. pegang kepala belut tanpa mencederakannya
3. ambil roti (sebarang roti sandwish) dan lurutkan pada badan belut tersebut.
4. roti tersebut boleh disapu dengan mentega atau jem (supaya anak2 kecil mudah makan)
5. bakarkan roti tersebut dan makan.
6. buat beberapa kali sehingga sembuh


Cara kedua pula sebagaimana berikut:-
1. dapatkan anak burung ciak rumah yang belum pandai terbang (tiada bulu lebih baik)
2. sembelihkan sebagaimana cara islam
3. anak burung tersebut dibuat sup di beri minum kepada pesakit asma.
4. jika ada bulu, sila buang semua bulu sebelum dibuat sup.
5. buat beberapa kali sehingga sembuh.

InsyaAllah dengan izinNya pesakit asma akan penuh sepenuhnya.Ameen.

doa sokongan yang boleh dibaca bersama dengan amalan ini ialah sebagaimana dalam post sebelum ini Doa Bagi Sakit Anggota Dalaman

P/S: petua diberi oleh Dr. Harun Din.(kuliah perubatan islam,16/2/09)

0 comments:

Post a Comment