Tuesday, March 31, 2009

Jururawat U41

S
alam alaik,

berita baik untuk kawan-kawan jururawat diluar sana. Sekarang ini kerajaan telah memperuntukkan jawatan khas kepada jururawat yang mempunyai ijazah dan keatas di hospital.

a. Jawatan Jururawat
Gred: U41
Kod Skim: 4309
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji :
P1T1 RM1999.19 - P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 - P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 - P3T24 RM5317.92

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar
dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
[Gaji permulaan ialah pada gred U41: P1T1 RM1999.19]; dan

ii) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas
1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
a. Pemantauan Kejururawatan
b.
Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan.
a.
Mrancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.

b.
Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

3. Kawalan Mutu
a.
Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.

b. Memastikan perawatan dilakukan berpandukan standard Operating Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
5. Latihan Kejururawatan
a. Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.


source : http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,1309644&_dad=portal&_schema=PORTAL


Secoret Tinta SeLuhur Rasa

16 comments:

  1. mcm jadi sister plak.. ke ni utk yg dah ada experience keja.huh~

    ReplyDelete
  2. em, laen tau ngan sister..yang ni fokus kepada clinical practices..maknenye lebih kepada procedure di buat..tp ape yang kerajaan dah iktiraf jawatan tu untuk degree nurse..selama ni wlpn ade degree tp gaji tetap di bayar pada kadar U29

    ReplyDelete
  3. jwatn nie applicable ke 4 fresh graduate nurse?-student nurse iium-

    ReplyDelete
  4. to be honest, sy x tau, tp setakat yang saya tgk dlm spa tu,syarat tu memg khusus untuk nurse yang ade degree n above..tp additional requirement tu saya x tau, logiknye mungkin perlukan pengalaman.maybe ur deputy dean Dr.Aishah know bout that, u can ask her n share with us

    ReplyDelete
  5. jawatan nie memang dh ditubuhkan ker?macam clinical instructor tu.sy dh apply dgn spa jururawat u41 tp skang xder jawpan pn wlaupn dh p temuduga thn lepas...klau awk ader maklumat share ngan ktorg...

    ReplyDelete
  6. Good JOB! Thanks for our government. Good news for malaysian nurse, congrat!

    Cheers,

    Nursing Degree Online

    ReplyDelete
  7. skang ni di maklumkan post tu dibekukan, tp government bukak post U42 untuk SN yg ade pengalaman dari diploma U29 terus ke U42 bl da degree..

    ReplyDelete
  8. Salam,jika dari diploma buat degree then dah graduate,blh trus apply atau perlu ambik PTK @ kena ada pos basik baru utk dptkan gred u41?

    ReplyDelete
  9. Slm, setakat yang saya tau dari berita terkini, untuk naik ke U41 ialah bagi mereka yang lepas STPM dan matrik dan habis belajar degree kejururawatan 4 tahun, sedangkan untuk ke U42 dikhaskan bagi jururawat U29, U32 dan U36. Yang ni KKM dah luluskan untuk upgrade kan....Saya akan temuduga pada 4mei ni untuk U41...

    ReplyDelete
  10. Ni ada tambahan sikit, Ju29, U32 dan U36 yang ada degree nursing memang akan diupgradekan ke U42, so kita tunggu dan lihat lah... Berita ni pun dah buat ramai member nak pergi ambik degree, Alhamdulillah, profesion kita dipandang tinggi.

    ReplyDelete
  11. terima kasih sidah trg..jadi itu lah keadaan sekarang berkenaan profesyen kite ni..cume harap lbh byk jawatan u41 ditawarkan sbb graduan makin ramai kan..p thanks to KKM u42 tu sgt bmakne tuk senior staff..papepun gud luck utk sidah trg :-)

    ReplyDelete
  12. perit bila kita jadi peneraju ...sn u41

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum....
    Saya dah dua setahun mendaftar untuk U41 tetapi lum ada rezeki, dah juga memohon untuk u42 ditolak kerana tiada PTK3, dengarnya PTK dah nak dimansuhkan tetapi masa saya mohon tu nak pula PTK, kadang-kadang rasa tak berapa faham juga sistem ni... anyway berserah pada takdir selepas berusaha dan berdoa. Insyaallah ada rezeki tu , adalah

    ReplyDelete
  14. jururawat tak patut dpt u41..mereka ini bodoh..golongan yg paling bodoh dlm gov service...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah pada kamu yang memberi pandangan bodoh terhadap jururawat. Kamu akan tahu begitu murninya tugas jururawat bila kamu telah terlantar di hospital. Amin.

      Delete
  15. Siapa di atas ni nak marah sangat dengan jururawat ni. Ape pun jangan emosional sangat, tak baik tau caci- caci orang.

    ReplyDelete