Monday, April 20, 2009

Bukan Islam bertakbir, kejayaan dakwah PAS

Salam alaik,

penulis tergerak hati dengan tajuk ini, Ya Allah sesungguhnya engkau pemilik hati-hati manusia. Hidayah yang engkau ingin berikan, tak siapa yang tahu dia akan terpilih. tetapi aku sedar Ya Allah, hidayah Mu perlu dicari bukan nya menanti ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Berikan lah aku hidayah dan taufik Mu Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..ameen.

Daripada harakahdaily
oleh:
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Apr 20, 09 | 1:33:50 pm MYT
SEREMBAN, 20 april (Hrkh) - Kalimah Takbir " Allahuakhbar" yang satu ketika dahulu dipandang sepi masyarakat, hari ini telah menjadi ratib bukan sahaja di kalangan Islam juga kepada bukan Islam.

Iklan



Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar semasa berucap dalam dua majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS iaitu PAS Kawasan Rembau dan PAS Kuala Pilah semalam.

"Kini bukan Islam pun sudah mula bertakbir, walaupun bacaannya tidakberapa betul namun mereka sudah positif dengan kalimah ini, Alhamdulillah ia satu kejayaan PAS.

"Kalau sebelum ini ketika orang-orang PAS bertakbir,ramai di kalangan pemimpin Umno mempertikai dan memperlekeh takbir ini, kata mereka PAS tak akan ke mana jika hanya sibuk bertakbir.

"Tetapi hari ini kita berjaya dengan kalimah ini hingga bukan Islam juga tidak segan dengan takbir ini," kata Zulkifly.

Bagi Zulkifly, mutakhir ini bukan Islam tidak lagi segan dengan perjuangan PAS,malah dalam beberapa kempen pilihan raya umum dan kecil, bukan Islam dilihat cukup bersemangat bertakbir.

"Paling saya terharu apabila ada rakan-rakan Kelab Penyokong PAS menghantar sms-sms mereka dengan kalimah Allahuakhbar, dan ada juga yang faham erti kalimah ini, ini satu kejayaan dakwah PAS kepada bukan Islam," katanya.

Fenomena perubahan persepsi kalangan bukan Islam ini kata Zulkifly amat ketara di Negeri Sembilan, malah sokongan kumpulan ini kepada PAS hari ini membuahkan kejayaan bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi yang utama kepada dakwah.

Dalam majlis yang sama, Zulkifly turut mengingatkan ahli PAS Negeri Sembilan agar terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Katanya,perjuangan menegakkan Islam ini adalah dakwah yang berterusan setiap ahli PAS yang tidak boleh ditinggalkan.

Sementara itu dalam Mesyuarat PAS Rembau, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani telah terpilih sebagai Yang diPertua Kawasan, sementara Rozmal Malakan sebagai timbalannya.

Kira-kira 100 ahli dan kepimpinan PAS Kawasan Rembau hadir dalam mesyuarat kali ini. /wann _

Tulisan daripada Harakahdaily


Secoret Tinta SeLuhur Rasa

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz