Saturday, April 25, 2009

Petua Menghilangkan Parut Campak@Cacar Air

Salam alaik,
dah agak lama penulis tidak berkongsi petua yang penulis dapat daripada guru di sini. Hari ini penulis berkongsi petua untuk menghilangkan parut campak ataupun cacar air. Kalau menngikut ilmu perubatan moden, campak adalah measle dan cacar air ialah chicken pox. Kedua-dua penyakit ini hendaklah diberi rawatan yang terbaik dan hendaklah dipastikan bahawa campak @ cacar air ini telah keluar sepenuhnya, jika tidak penyakit ini akan berulang.

Tanda bahawa penyakit ini telah keluar sepenuhnya ialah apabila campak @ cacar air ini telah keluar di bahagian tapak kaki iaitu kawasan terakhir penyakit ini akan keluar, jika sesiapa yang pernah diserang penyakit dan penyakit tersebut telah sembuh tanpa keluar di bahagian tapak kaki, kemungkinan untuk individu terbabit mendapat kembali penyakit tersebut amat tinggi.

Penyakit ini akan meninggalkan kesan parut pada badan pesakit, biasanya bagi mereka yang melanggar pantang iaitu samada yang terkena air hujan semasa diserang penyakit tersebut ataupun mereka yang bermain air pantai dalam tempoh 6 bulan penyakit itu sembuh. Jadi, disini dikongsikan petua untuk menghilangkan kesan parut daripada campak dan cacar air ini.

1. Cari daun pokok asam jawa dan bedak sejuk
2. tumbuk lumat daun asam jawa tadi dan dicampur dengan bedak sejuk
3. campur dengan air jampi (air yang dibaca al-fatihah,selawat syifa' dan lau anzalna)
4. gaul sehingga sebati
5. sapukan pada badan samada malam atau pun siang.
6. bilas menggunakan air bacaan.
7. ulangi sehingga parut pada badan hilang.

terima kasih

Taip sambungan disini




Secoret Tinta SeLuhur Rasa

7 comments:

  1. assalamualaikum... saya ingin bertanya, adakah petua ini berkesan?? saya ingin mencuba nya.. ;)

    ReplyDelete
  2. wslm,

    alhamdulillah..setakat yg dimaklumkan dari sumber..care ini mujarab, selamat mencube :-)

    ReplyDelete
  3. amin..semoge begitu la ye...thanks..
    tp,kalo terkena pada hidung,sampai skrg ade parut campak ni kt hidung, dpt hilang tak?? :)

    ReplyDelete
  4. saya ade parut d pipi..
    adkh ia akn hilang?

    ReplyDelete
  5. jika cacar air tidak terkena air hujan tapi ia digaru sehingga keluar air campak..
    aakah parut itu akn hilang dgn sndiri atau kna cba petua ni..

    ReplyDelete
  6. petua ini utk hilang kan kesan parut campak dan cacar air, tp pd hemat sy blh juga digunakan utk sebarang parut, cume doa yg dibace pd air tu memang doa khas utk campak dan cacar air..ape2 pun, ini hny lah ikhtiar, Allah jua yg menyembuhkan, selamat mencuba :-)

    ReplyDelete
  7. macam mane nak hilangkan parut hitam pada badan.
    makanan ape yang akan meninggalkan kesan pada parut campak. selain dari kicap

    ReplyDelete