Tuesday, April 7, 2009

Silat Itu Islam

Salam alaik,
Dunia hari menyaksikan pelbagai masalah yang melanda samada di luar mahupun di dalam negara, antaranya ialah masalah jenayah yang kian meruncing di kalangan masyarakat Malaysia yang mana menyebabkan insan-insan yang lemah menjadi mangsa kepada musang-musang bertopengkan manusia.

Islam itu agama yang menyeluruh, ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia daripada keperluan fisiologikal, fizikal, sosiologikal dan spiritual. Islam itu mendasarkan kepada penganutnya untuk menjaga lima perkara iaitu agama, akal, nyawa, harta dan keturunan.

Yang dimaksudkan dengan 'menjaga' disini ialah mempertahankan sesuatu dengan segala kudrat dan kurnia yang ada. Disinilah lahirnya kepentingan yang pertama ialah menjaga agama yakni iman. Dewasa ini kita selalu mendengar akan pergaduhan bahkan pembunuhan keatas umat islam di seluruh dunia. Mereka dilabelkan sebagai penganas, samseng dan sebagainya semata-mata kerana YAHUDI dan NASRANI takut melihat kebangkitan sinar kebenaran ISLAM. Oleh yang demikian, untuk menjaga IMAN ini kita memerlukan kepakaran satu alat iaitu AKAL yang diberikan oleh Allah kepada kita. Dengan menggunakan AKAL ini kita akan menentukan samada ingin menjaga AGAMA ataupun tidak,menjaga NYAWA ataupun tidak, kerna sudah semestinya apabila Agama dan Akal seseorang itu terjaga, Nyawa, Harta dan Keturunannya akan dijaga dengan sedaya mampu dan kurnia yang ada padanya.

Ilmu silat ialah satu ilmu yang menggunakan dua anggota tangan dan anggota kaki disertakan dengan akal yang waras dan hati yang bersih. ilmu ini digunakan untuk mendekatkan diri pengamalnya kepada Allah agar terlindung dirinya daripada segala mara bahaya melalui usaha ikhtiarnya, iaitu melalui pakaian ilmu persilatannya.

Di dalam Silat Cekak, pengamalnya hanya berdiri lurus iaitu bertepatan dengan normal manusia yang sentiasa berdiri lurus bahkan ia merupakan asas dalam solat. Terdapat empat kaedah asas yang menjadi tunjang kepada keseluruhan isi ilmu persilatan itu iaitu kaedah A, kaedah B, kaedah C dan kaedah D.

Kaedah A - diilhamkan daripada pergerakkan berdoa.
kaedah B - diilhamkan daripada pergerakkan qiam
kaedah C - diilhamkan daripada pergerakan rukuk
kaedah D - dilhamkan daripada pergerakkan takbir

Kenapa saya katakan silat itu Islam? daripada gambaran diatas sudah terserlah titipan islam itu didalam persilatan. pengertian selanjutnya adalah tambahan kepada setiap kaedah tersebut.

kaedah A diilhamkan dari doa. sudah kita maklumi, bahawa doa itu senjata bagi orang mukmin. maka dalam erti kata lain nya, silat cekak ini mengajar pengamalnya untuk sentiasa bermohon dan bertawakal kepada Allah dalam segala apa yang dilakukan termasuklah ketika berlawan.

kaedah B diilhamkan dari qiam. di mana kaedah ini menangkis serangan di bahagian dada iaitu HATI. disini, penerapan yang penulis fahami ialah keutamaan menjaga HATI dengan Allah dan juga sesama makhluk agar kita tidak riak dan takbur dengan nikmat yang Dia kurniakan kepada kita.

Kaedah C pula menangkis serangan di bahagian kemaluan. secara kasarnya ia bertujuan menyelamatkan anggota tersebut, namun pengertian sebenar bagi kaedah ini ialah ia mengajar pengamal silat cekak ini untuk menjaga KETURUNANnya atau lebih tepat lagi menjaga NAFSU.

kaedah D iaitu kaedah yang terakhir ia menangkis serangan dibahagian kepala. intipati dari kaedah ini ialah, para pengamal diajar agar menjaga AKAL mereka agar sentiasa menuruti Kalamullah dan Sunnah Rasulullah.

Jadi itu lah dia serba sedikit, yang penulis fahami daripada pengertian Silat itu ISLAM. semoga Allah memberikan kepada diri ini kudrat untuk beramal dengan segala ilmu yang telah Dia kurniakan.

Salam alaikkum.






Secoret Tinta SeLuhur Rasa

0 comments:

Post a Comment