Friday, May 29, 2009

Calon SPM dihad ambil 10 subjek

Salam alaik,
semalam akhbar-akhbar telah menyiarkan bermula tahun hadapan calon SPM hanya boleh mengambil 10 subjek sahaja. Begitulah keputusan yang dibuat oleh kementerian pelajaran sekarang ini yang melihat pengambilan lebih daripada 10 subjek sebagai membebankan guru dan membazir duit semata-mata sebagaimana yang dapat difahami daripada ucapan menteri tersebut menteri tersebut :-

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,”

Bagi penulis semua ini bermula dengan letupan Kecemerlangan, Kegmilangan dan KeTerbilangan yang dicapai oleh adik Nik Nur Madihah daripada SMU(A) Maahad Muhammadi Perempuan pada SPM 2008 kemudian diisukan pula pemberian biasasiswa kerajaan yang tidak sama rata kepada pelajar yang mendapat 10 @ 9 A penuh kerana dianggap tidak cemerlang.

Jika diperhatikan, trend yang mengambil lebih daripada 10 subjek dalam SPM ini dimonopoli oleh pelajar sekolah agama terutamanya sekolah-sekolah agama dibawah naungan negeri kerajaan negeri Kelantan kerana para pelajarnya perlu mengambil subjek daripada kedua-dua aliran iaitu agama dan juga akademik. penulis sendiri mengambil 12 subjek, dan 12 subjek ini adalah yang paling rendah di sekolah penulis ketika itu bagi pelajar aliran sains. Jika dilihat impaknya pelaksanaan sistem 10 subjek ini, apa akan terjadi kepada para pelajar di sekolah-sekolah macam penulis ini?

Penulis agak emosi sebenarnya dengan keputusan kementerian pelajaran ini, kerana bagi penulis ia lebih kepada usaha merencatkan kecemerlangan sekolah-sekolah kerajaan negeri Kelantan yang sememangnya tidak disenangi oleh kerajaan pusat sejak dulu lagi. Rentetan kejayaan kerajaan negeri dalam melahirkan pelajar yang mempunyai pakej cemerlang dari segi Agama, akademik, akhlak dan juga persatuan yang sememangnya amat menonjol berbanding sekolah-sekolah kerajaan pusat. Setiap kali keputusan peperiksaan PMR, SPM, STPM diumumkan, akhbar-akhbar arus perdana tidak akan menghebahkan kecemerlangan para pelajar daripada sekolah-sekolah kerajaan negeri Kelantan. Sebagai contoh, pada tahun 2006 kerajaan tidak mengumumkan pelajar terbaik tahun tersebut dengan alasan tahap antara pelajar hampir sama, padahal ketika itu adik Siti Fatimah Mukhtar mendapat 18A (17 A1 dan 1 A2) tetapi kerana beliau daripada sekolah agama kerajaan negeri Kelantan, kementerian tidak mengishtiharkan kecemerlangan beliau. Begitulah bias dan 'double standard' yang dilakukan keatas sekolah-sekolah kerajaan negeri sejak sampai sekarang.

Selain itu, bagi penulis ekoran daripada pelaksanaan sistem 10 subjek ini nanti tidak akan melahirkan lagi pelajar yang terbilang, kita semua tentu ingat slogan CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG yang dilaung suatu ketika dahulu, bagi penulis para pelajar yang mendapat 10A hanyalah pada tahap CEMERLANG kerana jika dilihat di sekolah-sekolah kerajaan negeri Kelantan sahaja teramat ramai pelajar yang mendapat 10A, dan jika pelajar lain mendapat lebih daripada 10A mereka adalah ditahap GEMILANG dan bagi pelajar yang TERBILANG itu tentulah hanya seorang sahaja yang outstanding dan unik. Selepas penulis tidak pasti apakah ukuran yang akan digunapakai untuk me-ranking-kan para pelajar.

Berkenan komen menteri pelajaran yang mengatakan pelaksanaan ini akan memberi impak positif kepada guru kerana akan lebih fokus pengajar 10 subjek berkenaan, penulis tidak bersetuju sama sekali, kerana kita di Malaysia tidak mengamalkan Classroom Teacher sebagai di Jepun dan Korea yang mewajibkan guru kelas tersebut mengajar semua subjek untuk kelas tersebut. Kita mengamalkan seorang guru hanya pengajar 1@2 subjek sahaja bagi sesuatu kelas, jadi tidak timbul isu guru akan lebih fokus bila sistem ini laksanakan kerana beban guru tetap sama.

Kemudiannya berkaitan pembaziran duit ibu bapa untuk menghantar anak-anak tuisyen, itu adalah hal peribadi dan rumah tangga keluarga tersebut, jika keluarganya mampu dan pelajar itu sendiri yakin dia mampu maka APA SALAHnya dia mengambil lebih dari 10 subjek? ibarat seseorang yang ingin membeli kereta, jika dia mampu untuk memakai BMW takkanlah kita nak paksa dia pakai SAGA je kerana kita fikir ia membazir. jika begitu wajibkanlah semua keperluan dalam Malaysia pada tahap minima untuk elakkan pembaziran contohnya, semua rakyat hanya boleh pakai kereta Malaysia,untuk elakkan pembaziran. semua rakyat wajib masuk sekolah kerajaan sahaja tidak perlu di hantar kesekolah swasta atau antarabangsa untuk elak pembaziran dan lain-lain perkara lagi.

Akhir sekali, saya menyeru agar pihak berwajib agar bersifat profesional dalam menentukan masa depan anak-anak Malaysia. Jauhkanlah politik murahan yang menjadikan rakyat sebagai kambing hitam. Rakyat tidak akan selama-lama buta dengan apa yang berlaku disekeliling.

segala yang terkasar bahasa dan tersilap penulis mohon maaf, ini sekadar luahan pendapat penulis semata-mata.


Secoret Tinta SeLuhur Rasa

5 comments:

  1. salam alaik tintaluhur...
    sy br nk post bkenaan isu ini...w'apapn time kasih sbb ketengahkn isu ini...sy cdgkn post artical ni dlm akhbar atau majalah...cuma edit skt2 xnak bg nmpk kt marah sgt..

    mmg suatu y x patut...sggp menggadaikan anak bangsa kerna kepentingan politik.

    sy jg sensitif dgn isu ini...w'pun media tdk state kn apa2 bkernaan sek YIK,tp ini sudah cukup menampakkan sekatan terhadap kemaraan kegemilangan di kalangan pelajar2 sek agama kerajaan negeri...

    sy tringat lagi ms belajar kt maahad dlm thn 2002, ms 2 tekanan diberikan kepada SAR, tempias jg terkena pd sek2 YIK...ramai mak bapa y tarik balik anak2 mrk dan hrtr ke sek biasa...MENYEDIHKAN

    amat bersetuju dgn kenyataan tintaluhur, cikgu di amanahkan u mengajar, di atas sbb u mengurangkan bebanan para pengajar...apa y sy nmpak di maahad...kebanyakan pelajar bnyk berdikari, bkn hny mharapkan cikgu sek shj...klu nk dpt lbh...pndai2 la usaha sndr...g tuisyen ke, bt study group ke...

    dan tiada alasan jg u mengehadkn subjek bg mengelakkan pelajar drp pasif aktiviti ko-kurikulum...terbukti Siti Fatimah berjaya membuktikan w'pun dia mantan ketua pelajar maahad zaman itu n aktif dlm BADATI...semua bergantung pd individu...

    hidup MAAHAD.

    ReplyDelete
  2. Em, ini kali pertama saya tulis pasal isu semasa, bkn lah saya ni jenis lwn kerajaan, tp nampak sgt pcubaan untuk sekat kecemerlangan kita, sedihlah macam ni..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam, rase2 nya dowg nak aplikasikan wawasan SATU MALAYSIA kot, semuanya same.....hahaha

    ReplyDelete
  5. wawasan satu malaysia? kat mane yg satunye tu..susah la nk faham org yang terlebih pandai ni kan 8-}

    ReplyDelete