Friday, May 8, 2009

Dah Masuk Bulan Mei

Salam alik,
sedar tak sedar, tirai april telah pun tertutup dan mentari Mei sudah pun muncul. kala ini penulis telah pun selesai menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini, tetapi penulis masih mempunyai praktikal 2 minggu selepas ini sehingga 22 mei ini.

Bulan ini merupakan bulan sambutan Hari Kejururawatan Sedunia, iaitu pada tanggal 12 Mei setiap tahun. Tarikh ini bersempena dengan tarikh kelahiran Florence Nightingale iaitu pengasas Kejururawatan Moden. Penulis akan menyambut hari tersebut di Pulau Tioman kerana penulis dan 5 lagi rakan akan mengadakan khidmat kesihatan di Kg. Tekek Pulau Tioman. Aktiviti khidmat kesihatan itu hanyalah salah satu slot daripada keseluruhan program disana, program sebenar ialah Program Kembara Bakti Tioman 2009 yang dianjurkan oleh para pelajar UiTM yang bermula dari 11hb hingga 15hb Mei 2009.

Semoga program ini akan memberi banyak manfaat kepada penulis.
Pulau Tioman, aku datang kepada mu.

0 comments:

Post a Comment