Tuesday, May 12, 2009

Kembara Bakti Tioman 2009

S
alam alaik,

kali ini penulis mengikuti satu program kemasyarakatan di Kg. Tekek, Pulau Tioman..Program ini akan berlansung selama 5hari. Bermula semalam,penulis dan rakan-rakan berkumpul di Kolej Jati UiTM Shah Alam untuk sesi taklimat terakhir. Hari ini, seawal jam 6.30pagi semua peserta telah pun berkumpul ditapak parkir kolej,segala peralatan dan keperluan sepanjang program..Lebih kurang jam 7.50pagi angkatan seramai 35orang peserta dari UiTM ini berangkat ke pulau tioman. Perjalanan memakan masa 6 jam ni terasa sangat lama dan memenatkan..Kami berhenti 2 kali untuk berehat sehingga tiba di jeti mersing johor, setibanya di jeti tersebut kami disambut oleh angin kuat dan hujan yang lebat..

Sekitar jam 5 petang, hujan telah pun reda dan kelibat feri telah kelihatan..Semua peserta sangat teruja terus menuju menaiki feri tanpa mempedulikan berat beg yang digalas serta barang2 perkhemahan yang dibawa.. pulau tioman agak jauh dari yang penulis gambarkan, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam di atas feri untuk tiba ke jeti kg.Tekek..Sepanjang perjalanan diatas feri,pemandangan indah laut biru yang dipagari kepulauan2 kecil menggamit mata penulis, walaupun cuaca mendung masih berbungkam,tapi keindahan alam ciptaan Allah di sini tetap terserlah..Dalam keasyikan penulis menghayati keindahan itu,penulis teringat tulisan abu saif, setiap makhluk Allah itu sentiasa berzikir bertasbih kepadaNYA,hanya kita manusia yang sering lupa hakikat diri sebagai hamba,setiap hembusan bayu laut yang menyapa penulis itu adalah zikir si angin, setiap percikan air laut yang dibelah bahteri ini adalah zikir si air laut,setiap hidupan laut yang dilewati juga sentiasa,saat ini sesak mula meneroka dada penulis,mata mula digenangi air.. Ya Allah,aku hambaMU yang terlupa lagi terleka,jagalah imanku,kekalkanlah warasan akalku,tetapkanlah hati ku, ya Rab tuhan yang menguasai segala sesuatu,ameen.

Bayu terus membelai,bahtera terus membelah,akhirnya penulis dan rakan2 tiba jua di hentian jeti kg. Tekak. Setibanya kami disana, kami disambut oleh pemandu bas yg akan mbawa kami ke tapak perkhemahan di taman laut.

Setibanya di taman laut,kami semua mendirikan khemah,setelah i2 kami menjamu selera dgn hidangan yg tlh kami tempah dari penduduk kampung.

Setelah usai menjamu selera dan khidmat diri dan khidmat hamba kepada tuhannya,semua peserta berkumpul untuk sesi suai kenal,pembahagian makanan dan bahan masakan setiap kumpulan serta taklimat ringkas perjalanan program esok.. Pada esok hari,penulis akan mengetuai aktiviti pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat kampung tekek pada sebelah pagi,disebelah petang aktiviti suaikenal dgn keluarga angkat dan sesi gotong royong akan berlansung..Semoga Allah memudahkan segala urusan kami esok hari,ameen..

Cukup dulu kali ini,nanti akan penulis teruskan lagi catatan sepanjang program di bumi tioman yang memukau ini.




di kolej jati

di sekitar jeti mersing
di sekitar jeti mersing 2

atas feri
atas feri 2
atas bus berjaya
pasang khemah
bahagi stok makanan


Secoret Tinta SeLuhur Rasa

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz