Monday, June 8, 2009

Hari Yang Istimewa

Salam alaik,
sekarang ini penulis telah pun berada di KL, selama 5 hari penulis di Kampung untuk bercuti. Dalam 5 hari itu, 6hb adalah hari yang bermakna bagi penulis, kerana pada hari itu, penulis dapat meluangkan masa dengan Orang Di Rindu iaitu N, sahabat di KMPP dan juga dengan Alumni sekolah rendah penulis.

Perkara paling menggembirakan bagi penulis ialah apabila penulis temukan N dengan ibubapa penulis, walaupun ia tidak dirancang pada awalnya, namun takdir telah merealisasikan harapan penulis untuk mempertemukan N dengan abah dan mak penulis. Alhamdulillah, dari reaksi mereka penulis berasa lapang dada. Semoga Allah mengekal jodoh kami, ameen.

Walaupun hari itu teramat kelam-kabut, alhamdulillah penulis bersyukur kerana dapat menyempurnakan semua janji yang telah dibuat terhadap N dan juga sahabat-sahabat penulis. Biar pun masa yang diluang kan hanya sekejap, namun bagi penulis memadailah dengan kurniaan tersebut yang diberi olehNYA kepada penulis.

Pada 7hb pula, ia merupakan hari bersejarah untuk kak epah, kakak penulis yang sedang mengikuti kursus kpli. Hari tersebut merupakan hari pertunangannya dengan Abg Mi setelah berkenalan beberapa tahun, nostalgik juga cerita diorang ni :pandacloud_19: ape pun, semoga dipanjangkan jodoh ke jinjang pelamin dan kekal bahagia ke anak cucu cicit dan sterusnya,ameen

:pompom:

Kepada N, diharap waktu yang sedikit itu akan lebih mengeratkan hubungan kita, sesungguhnya hanya itu yang termampu aku berikan. Terima Kasih N.

Secoret Tinta SeLuhur Rasa

2 comments:

  1. epah dah tunang?! TAHNIAH!!! mana gambar majlis pertunangan epah? kak ila nak tengok gak.. huhuhu..kalau ka ila dok dekat, tentu kak ila ada sama kat majlis tu.. sapa N tu??? hehhehe..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, sume sedara ade time tu..gmbr dlm camera k.epah n along, diorang x upload lg..ari tu x smpt nk amik gmbr2 tu sume, sbb mlm lps mjls tu terus blk KL..nanti org upload bile dah dpt gmbr2 tu..siap rakam video lg ri tu..hahaha kelakar plak bile 1st time tgk org btunang live :))
    hehehe ade la,insyaAllah pnjg jodoh jumpe la nanti ;)

    ReplyDelete

Blog Biz