Thursday, August 6, 2009

Bila Kepala Mula Pening


Salam alaik,

dah 2 minggu tak update post kat sini, sejujurnya memang sangat-sangat bz (tapi sempat lagi surfing onemanga :) he3x) emm..2 minggu ni banyak masa saya dihabiskan diluar kampus, mana taknya minggu lepas cuti mid-term mengejut sampai 2 aktiviti besar terpaksa ditangguhkan minggu ni. Padahal segala bersiapan semua dah siap masa tu, tunggu nak jalan je aktiviti tu. Tapi apakan daya, sebab arahan pihak atasan, so terpaksa la semua pelajar bercuti mid-term mengejut.

Emmm..apa yang aku dah tulis pagi-pagi ni ??????????? aduhai, pagi-pagi dah merepek..takda kaitan pun dengan tajuk..sebenarnya aku tengah sibuk dengan beberapa benda, antaranya pengambilan ahli baru silat, mesyuarat penubuhan persatuan silat, kursus penyelia silat semalaysia..semuanya nak dibuat bermula hari ni sampai 20hb Ogos nanti. Itu baru hal silat, assignment jangan dok tanya la, kumpul tajuk assignment je setakat ni, tapi satu pun tak start lagi, paling best ade satu group assignment aku tak tahu pun aku group mana huhuhu member-lain dok sibuk bincang dah, bila aku tanya diorang aku group ngan siapa, takda sorang pun yang tahu..aduhai mana tak pening kepala.

Minggu ni juga akan berlangsung konferens dekat ukm, ramai le bebudak nursing dari serata pelusuk maya malaysia ni datang. Apa yang paling penting bagi aku ialah mesyuarat antara nursing students leader nanti. Sebab nak announce penubuhan National Nursing Student Association secara rasminya.

Lagi satu pasal national nursing debate, program aku hujung tahun nanti, dah 2x anjak tarikh dari bulan 10 pergi ke bulan 11, then tukar lagi sekali ke bulan 12 sebabnya banyak tarikh bertindih dengan peperiksaan, praktikal dan macam-macam lagi. Surat jemputan pun tak keluar lagi. Tajuk debate pun tak decide lagi. Tambahan bajet pun tak dapat lagi.

Semoga semua yang dirancang dapat ku laksanakan sebaik-baiknya. Ya Allah!! rabbi yassir wala Tuassir!! Allahumma tammim bilkhair!! Allahumma tammim bilkhair!! ameen..

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz