Tuesday, August 11, 2009

SIapa Aku



SIapa Aku

Dari pandangan Dia,
aku hanya hamba,
hanya pesuruh,
hanya penzahir,
hanya ayat-ayat,
hanya cahaya,
hanya bayangan kewujudanNYA,
aku sendirian tiada apa-apa,
tiada faedah,
tiada guna kerana wujudku kosong,
hanya aku berfaedah dan berguna kerana DIA ada,
ada DIA ada aku,
aku jika tiada,
DIA tetap ada juga,
apalah aku,
tiada apa-apa,
wujud hakiki itu hanya DIA,
wujudku hanya bayangan,
penzahiran,
tanda-tanda wujudNYA,
keagungan,
keindahan dan kebesaranNYA juga,
kita hanya ada kerana diadakan,
wujudkan kerana diwujudkan,
kita wujud atas limpahan wujudNYA jua,
itu lah aku.

Abd. Majid Khatib, Intisari April 2003

0 comments:

Post a Comment