Friday, September 4, 2009

Windows 7 remix

Salam,
kebelakangan ini, otai-otai IT sedunia sibuk mengatakan tentang windows yang terbaru oleh microsoft iaitu Windows 7. Saya sendiri telah mencuba windows 7 tersebut dan memang sebagaimana yang dicanangkan oleh otai-otai tersebut, ia versi terbaik pernah dihasilkan oleh microsoft yang mengabungkan stabiliti dalam Windows XP dan graphic yang tiptop dalam Windows Vista.

Namun, bukan semua orang mampu nak menggunakan windows 7 ni, mungkin sebab kekangan RAM yang tidak mencukupi atau pun dari segi kepuasan meng'install' game dan software sebagaimana dalam Windows XP. Jadi untuk mengubat hati yang memang nak menggunakan Win 7 ni tapi tak mampu, Windows 7 Remix adalah pengubat hati anda hehehe :)

Windows 7 Remix ini akan transform windows XP anda kepada windows 7 interface sebagaimana yang saya gunakan sekarang ini:-


walaupun windows 7 remix dah berjaya menukarkan rupa XP anda kepada win 7 namun masih ada beberapa elemen yang belum di'touch up' seperti elemen logon screen dan juga boot screen. Jadi anda boleh menggunakan Tuneup Styler untuk menggunakan win 7 logon screen sebagaimana berikut:-

menggunakan Tuneup Styler juga, anda boleh menggunakan Win 7 boot screen sebagaimana berikut bagi melengkapkan lagi transformasi win XP anda kepada Win 7. Walaubagaimanapun, agak dukacita dimaklumkan, boot screen ini tidak menyokong fungsi animasi dimana boot screen asal dalam win 7 berbentuk animasi gmbr dibawah yang sangat cantik.


Setakat itu sahaja perkongsian daripada saya. Untuk mendapatkan semua bahan-bahan bagi proses transformasi ini anda boleh klik di link berikut :-

windows 7 remix


bootscreen 1

boot screen 2


logon screen


Tune up Styler


ok, itu saja, selamat mencuba.

P/S: sila tinggalkan komen jika anda suka@tidak suka pada entri ini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz