Wednesday, April 29, 2009

Servis Mereka & Mengolah Blog

Salam alaik,
Penulis ingin mengemukakan satu tawaran kepada sahabat-sahabt diluar sana yang baru menjejakkan kaki di alam blogger ini. Satu tawaran yang penulis rasakan berfaedah untuk penulis dan juga sahabat-sahabat.

Penulis akan mula menerima tempahan untuk meReka dan mengolah blog sepanjang cuti semester ini. Servis ini khusus untuk blogspot sahaja. Ini detail servis tersebut.



- Untuk Blog Peribadi minimum satu set lengkap adalah RM10.
- Untuk Blog Persatuan/Syarikat minimum satu set lengkap adalah RM30.
- Caj akan ditambah jika pengguna meminta untuk memasangkan beberapa Tools (RM3/tool)


Tools
- Tarikh ikon

- Cloud Kategori
- 3/4 kolum atas
- 3/4 kolum bawah
- Tabview friend

- Favicon (logo kecil-sila sediakan logo anda bersaiz 16x16)
- Dropcaps

- Breadcrumb trail

- Peak-a-boo (Baca selanjutnye)


Maklumat yang anda perlu beri kepada penulis ialah :-

* Berapa Column Nak?:
i. Bleh lihat contoh2 template yg penulis buat Diari Tulip,AMAL,Fantasykidz86
,tintaluhur,asyikin(pelanggan pertama cuti ini)
* Kombinasi Warna:
i. dua atau lebih warna pilihan
ii. cerah atau gelap

* Kandungan Lain:
(Akan dicaj jika ada penambahan Tools)

* Pakej Blog:

* No Telefon:

* Alamat Blog:


p/s: Dibuka juga kepada pengguna blog yang ingin Modified Template yang sedia ada. Sila hantarkan senarai-senarai keperluan dan Fail Template berformat XML (Layout -> Edit HTML -> Download Full Template ) dan hantar ke Email firib5593@gmail.com.



Bayaran
Sebelum penulis memulakan tugasan yang diberi, anda perlu membuat PEMBAYARAN dulu berdasarkan Senarai Keperluan dan Pakej² yang diberi (serta penambahan Tools).
Maybank account : 153010238212
Nama Pemegang : Muhamad Firdaus Ibrahim
Email : firib5593@gmail.com
no.telefon : 013-3608118 (pengesahan melalui sms bagi pembayaran melalui cash deposit)

sila simpan resit pembayaran sebagai bukti.


Penghantaran
Setelah template siap, penulis akan hantar Template Format XML melalui Email dan anda perlu mendownload template tersebut. Selepas itu, tugas anda hanya Uploadkan template di Blogger anda sahaja.

P/S: jika ada banner atau flash yang anda ingin masukkan hendaklah disediakan oleh anda sendiri.


sekian terima kasih.



Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Saturday, April 25, 2009

Petua Menghilangkan Parut Campak@Cacar Air

Salam alaik,
dah agak lama penulis tidak berkongsi petua yang penulis dapat daripada guru di sini. Hari ini penulis berkongsi petua untuk menghilangkan parut campak ataupun cacar air. Kalau menngikut ilmu perubatan moden, campak adalah measle dan cacar air ialah chicken pox. Kedua-dua penyakit ini hendaklah diberi rawatan yang terbaik dan hendaklah dipastikan bahawa campak @ cacar air ini telah keluar sepenuhnya, jika tidak penyakit ini akan berulang.

Tanda bahawa penyakit ini telah keluar sepenuhnya ialah apabila campak @ cacar air ini telah keluar di bahagian tapak kaki iaitu kawasan terakhir penyakit ini akan keluar, jika sesiapa yang pernah diserang penyakit dan penyakit tersebut telah sembuh tanpa keluar di bahagian tapak kaki, kemungkinan untuk individu terbabit mendapat kembali penyakit tersebut amat tinggi.

Penyakit ini akan meninggalkan kesan parut pada badan pesakit, biasanya bagi mereka yang melanggar pantang iaitu samada yang terkena air hujan semasa diserang penyakit tersebut ataupun mereka yang bermain air pantai dalam tempoh 6 bulan penyakit itu sembuh. Jadi, disini dikongsikan petua untuk menghilangkan kesan parut daripada campak dan cacar air ini.

1. Cari daun pokok asam jawa dan bedak sejuk
2. tumbuk lumat daun asam jawa tadi dan dicampur dengan bedak sejuk
3. campur dengan air jampi (air yang dibaca al-fatihah,selawat syifa' dan lau anzalna)
4. gaul sehingga sebati
5. sapukan pada badan samada malam atau pun siang.
6. bilas menggunakan air bacaan.
7. ulangi sehingga parut pada badan hilang.

terima kasih

Taip sambungan disini




Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Monday, April 20, 2009

Bukan Islam bertakbir, kejayaan dakwah PAS

Salam alaik,

penulis tergerak hati dengan tajuk ini, Ya Allah sesungguhnya engkau pemilik hati-hati manusia. Hidayah yang engkau ingin berikan, tak siapa yang tahu dia akan terpilih. tetapi aku sedar Ya Allah, hidayah Mu perlu dicari bukan nya menanti ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Berikan lah aku hidayah dan taufik Mu Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..ameen.

Daripada harakahdaily
oleh:
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Apr 20, 09 | 1:33:50 pm MYT
SEREMBAN, 20 april (Hrkh) - Kalimah Takbir " Allahuakhbar" yang satu ketika dahulu dipandang sepi masyarakat, hari ini telah menjadi ratib bukan sahaja di kalangan Islam juga kepada bukan Islam.

Iklan



Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar semasa berucap dalam dua majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS iaitu PAS Kawasan Rembau dan PAS Kuala Pilah semalam.

"Kini bukan Islam pun sudah mula bertakbir, walaupun bacaannya tidakberapa betul namun mereka sudah positif dengan kalimah ini, Alhamdulillah ia satu kejayaan PAS.

"Kalau sebelum ini ketika orang-orang PAS bertakbir,ramai di kalangan pemimpin Umno mempertikai dan memperlekeh takbir ini, kata mereka PAS tak akan ke mana jika hanya sibuk bertakbir.

"Tetapi hari ini kita berjaya dengan kalimah ini hingga bukan Islam juga tidak segan dengan takbir ini," kata Zulkifly.

Bagi Zulkifly, mutakhir ini bukan Islam tidak lagi segan dengan perjuangan PAS,malah dalam beberapa kempen pilihan raya umum dan kecil, bukan Islam dilihat cukup bersemangat bertakbir.

"Paling saya terharu apabila ada rakan-rakan Kelab Penyokong PAS menghantar sms-sms mereka dengan kalimah Allahuakhbar, dan ada juga yang faham erti kalimah ini, ini satu kejayaan dakwah PAS kepada bukan Islam," katanya.

Fenomena perubahan persepsi kalangan bukan Islam ini kata Zulkifly amat ketara di Negeri Sembilan, malah sokongan kumpulan ini kepada PAS hari ini membuahkan kejayaan bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi yang utama kepada dakwah.

Dalam majlis yang sama, Zulkifly turut mengingatkan ahli PAS Negeri Sembilan agar terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Katanya,perjuangan menegakkan Islam ini adalah dakwah yang berterusan setiap ahli PAS yang tidak boleh ditinggalkan.

Sementara itu dalam Mesyuarat PAS Rembau, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani telah terpilih sebagai Yang diPertua Kawasan, sementara Rozmal Malakan sebagai timbalannya.

Kira-kira 100 ahli dan kepimpinan PAS Kawasan Rembau hadir dalam mesyuarat kali ini. /wann _

Tulisan daripada Harakahdaily


Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Sunday, April 19, 2009

RM10 JE

Salam,
Disini saya kongsikan satu lagi bisnes untuk ORANG pertama kali ingin menceburi perniagaan dan mempunyai modal kecil. Anda Hanya Perlu RM10 sebagai modal.

Sebelum tu, layan dulu video ni :-



Fahami slide di bawah :-




untuk daftar klik disini DAFTAR

Selangkah Untuk Mencuba Adalah Lebih Baik Dari Seribu Langkah Melarikan Diri

Monday, April 13, 2009

Exam Menjelang Lagi

Salam alaik,
sedar tak sedar 22hb April ni final exam untuk sem 6 ni akan bermula, dah bersediakah aku untuk menghadapi exam itu nanti? betapa banyak sukatan yang belum aku ulangkaji, nak harapkan fokus dalam kelas, rasanye banyak kali jugak aku tertidur walaupun mata masih celik. Emm..aku perlu study,ini minggu study so aku kene gunakan sebaik-baiknya, tapi tugasan lain pun aku tak boleh tinggalkan macam tu je, nanti akan tergendala segala perancangan. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini, berikanlah jalan kepada ku Ya Allah, jalan yang terbaik untuk aku meneruskan amanah yang Engkau taklifkan keatasku ini.

Kepada kedua ibubapa ku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, rakan dan taulan yang mengenali diriku, Maafilah diri ini andai pernah mengguriskan hati,menghiris perasaan serta mengasari dalam percakapan,tiada yang terbaik untuk berikan selain doa agar Allah meredai kalian atas kemaafan yang kalian berikan kepada ku,ameen Ya Rab, ameen Ya Rahman, ameen Ya Rahim.






Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Tuesday, April 7, 2009

Silat Itu Islam

Salam alaik,
Dunia hari menyaksikan pelbagai masalah yang melanda samada di luar mahupun di dalam negara, antaranya ialah masalah jenayah yang kian meruncing di kalangan masyarakat Malaysia yang mana menyebabkan insan-insan yang lemah menjadi mangsa kepada musang-musang bertopengkan manusia.

Islam itu agama yang menyeluruh, ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia daripada keperluan fisiologikal, fizikal, sosiologikal dan spiritual. Islam itu mendasarkan kepada penganutnya untuk menjaga lima perkara iaitu agama, akal, nyawa, harta dan keturunan.

Yang dimaksudkan dengan 'menjaga' disini ialah mempertahankan sesuatu dengan segala kudrat dan kurnia yang ada. Disinilah lahirnya kepentingan yang pertama ialah menjaga agama yakni iman. Dewasa ini kita selalu mendengar akan pergaduhan bahkan pembunuhan keatas umat islam di seluruh dunia. Mereka dilabelkan sebagai penganas, samseng dan sebagainya semata-mata kerana YAHUDI dan NASRANI takut melihat kebangkitan sinar kebenaran ISLAM. Oleh yang demikian, untuk menjaga IMAN ini kita memerlukan kepakaran satu alat iaitu AKAL yang diberikan oleh Allah kepada kita. Dengan menggunakan AKAL ini kita akan menentukan samada ingin menjaga AGAMA ataupun tidak,menjaga NYAWA ataupun tidak, kerna sudah semestinya apabila Agama dan Akal seseorang itu terjaga, Nyawa, Harta dan Keturunannya akan dijaga dengan sedaya mampu dan kurnia yang ada padanya.

Ilmu silat ialah satu ilmu yang menggunakan dua anggota tangan dan anggota kaki disertakan dengan akal yang waras dan hati yang bersih. ilmu ini digunakan untuk mendekatkan diri pengamalnya kepada Allah agar terlindung dirinya daripada segala mara bahaya melalui usaha ikhtiarnya, iaitu melalui pakaian ilmu persilatannya.

Di dalam Silat Cekak, pengamalnya hanya berdiri lurus iaitu bertepatan dengan normal manusia yang sentiasa berdiri lurus bahkan ia merupakan asas dalam solat. Terdapat empat kaedah asas yang menjadi tunjang kepada keseluruhan isi ilmu persilatan itu iaitu kaedah A, kaedah B, kaedah C dan kaedah D.

Kaedah A - diilhamkan daripada pergerakkan berdoa.
kaedah B - diilhamkan daripada pergerakkan qiam
kaedah C - diilhamkan daripada pergerakan rukuk
kaedah D - dilhamkan daripada pergerakkan takbir

Kenapa saya katakan silat itu Islam? daripada gambaran diatas sudah terserlah titipan islam itu didalam persilatan. pengertian selanjutnya adalah tambahan kepada setiap kaedah tersebut.

kaedah A diilhamkan dari doa. sudah kita maklumi, bahawa doa itu senjata bagi orang mukmin. maka dalam erti kata lain nya, silat cekak ini mengajar pengamalnya untuk sentiasa bermohon dan bertawakal kepada Allah dalam segala apa yang dilakukan termasuklah ketika berlawan.

kaedah B diilhamkan dari qiam. di mana kaedah ini menangkis serangan di bahagian dada iaitu HATI. disini, penerapan yang penulis fahami ialah keutamaan menjaga HATI dengan Allah dan juga sesama makhluk agar kita tidak riak dan takbur dengan nikmat yang Dia kurniakan kepada kita.

Kaedah C pula menangkis serangan di bahagian kemaluan. secara kasarnya ia bertujuan menyelamatkan anggota tersebut, namun pengertian sebenar bagi kaedah ini ialah ia mengajar pengamal silat cekak ini untuk menjaga KETURUNANnya atau lebih tepat lagi menjaga NAFSU.

kaedah D iaitu kaedah yang terakhir ia menangkis serangan dibahagian kepala. intipati dari kaedah ini ialah, para pengamal diajar agar menjaga AKAL mereka agar sentiasa menuruti Kalamullah dan Sunnah Rasulullah.

Jadi itu lah dia serba sedikit, yang penulis fahami daripada pengertian Silat itu ISLAM. semoga Allah memberikan kepada diri ini kudrat untuk beramal dengan segala ilmu yang telah Dia kurniakan.

Salam alaikkum.






Secoret Tinta SeLuhur Rasa

11 Tips Dalam Berpasangan

Sekadar berkongsi :-
1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??
6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .
9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.
11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.




sumber : tentang cinta

Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Saturday, April 4, 2009

Why She Won't Wear Hijab!

Why She Won't Wear Hijab!
A Discussion by A.Q. Alidost
A convesation for Muslim sisters:



"I'm so tired."
"Tired of what?"
"Of all these people judging me."
"Who judged you?"
"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab."
"Oh, hijab and music! The mother of all topics!"
"Yeah! I listen to music without hijab…haha!"
"Maybe she was just giving you advice."
"I don't need her advice. I know my religion. Can`t she mind her own business?"
"Maybe you misunderstood. She was just being nice."
"Keeping out of my business, that would be nice..."
"But it's her duty to encourage you do to good."
"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?"
"Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."
"Says who?"
"It's in the Qur'an, isn't it?"
"Yes. She did quote me something."
"She said Surah Nur, and other places of the Qur'an."
"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important."
"True. But big things start with small things."
"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart."
"What you wear is not important?"
"That's what I said."
"Then why do you spend an hour every morning fixing up?"
"What do you mean?"
"You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."
"So?"
"So, your appearance IS important."
"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion."
"If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Holy Qur'an?"
"You know I can't follow all that's in Qur'an."
"You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"
"Yes. God is forgiving."
"God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."
"Says who?"
"Says the same book that tells you to cover."
"But I don't like hijab, it limits my freedom."
"But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?!
What`s your definition of freedom anyway?"
"Freedom is in doing whatever you like to do."
"No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."
"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wearhijab and are bad people."
"So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."
"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab."
"Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."
"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!"
"So all these people with hijab never get married?!"
"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?"
"What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"
"That's irrelevant, bank robbery is a crime."
"Disobeying your Creator is not a crime?"
"But then who would hire me?"
"A company that respects people for who they are."
"Not after 9-11"
"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school?
And the other one, what was her name, the girl who always wore
a white hijab…ummm…"
"Yasmee"

"What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"
"Well, that's different."
"What difference? The woman who asked you to wear hijab…she was a woman, right?"
"Right, but…"
"But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set
you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"
"Wait, let me finish, I was saying…"
"Saying what? You think that men control women by hijab?"
"Yes."
"Specifically how?"
"By telling women how and what to wear, dummy!"
"Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be `attractive'?"
"Of course, it's fashion."
"Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"
[Silence]
"Not just controlling you, but also controlling the market."
"What do you mean?"
"I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover
of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."
"I don't get it. What does hijab have to do with products."
"It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism,
women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men…and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on
your looks, and do not worry what men think of your looks."
"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?"
"Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism."
"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB!
It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ... Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!"
"Fine. Say that to your Lord, when you face Him on JudgmentDay."
"Fine."
"Fine."
[Silence]
"Shut up and I don't want to
hear more about hijab niqab schmijab Punjab!"
[Silence]
She stared at the mirror,
tired of arguing with herself all this time.
Successful enough, she managed to shut the voices in her head, with her own opinions triumphant
in victory on the matter, and a final modern decision accepted by the society - but rejected by the Faith:
"Yes!" - to curls on the hair - "No!" - to hijab!
"And he(/she) is indeed a failure who corrupts it [the soul]!"
[Holy Quran 91:10]
Subhana'Allah!!!
"Nay! You
prefer the life of this world; While the hereafter is better and
more lasting."
[Holy Quran: 87:16-17]
"You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."
[Holy Quran: 3:110]




Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Pantun Silat Cekak

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.


Pantun oleh : Almarhum ustaz Hanafi, Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia




Secoret Tinta SeLuhur Rasa