Friday, May 29, 2009

Calon SPM dihad ambil 10 subjek

Salam alaik,
semalam akhbar-akhbar telah menyiarkan bermula tahun hadapan calon SPM hanya boleh mengambil 10 subjek sahaja. Begitulah keputusan yang dibuat oleh kementerian pelajaran sekarang ini yang melihat pengambilan lebih daripada 10 subjek sebagai membebankan guru dan membazir duit semata-mata sebagaimana yang dapat difahami daripada ucapan menteri tersebut menteri tersebut :-

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,”

Bagi penulis semua ini bermula dengan letupan Kecemerlangan, Kegmilangan dan KeTerbilangan yang dicapai oleh adik Nik Nur Madihah daripada SMU(A) Maahad Muhammadi Perempuan pada SPM 2008 kemudian diisukan pula pemberian biasasiswa kerajaan yang tidak sama rata kepada pelajar yang mendapat 10 @ 9 A penuh kerana dianggap tidak cemerlang.

Jika diperhatikan, trend yang mengambil lebih daripada 10 subjek dalam SPM ini dimonopoli oleh pelajar sekolah agama terutamanya sekolah-sekolah agama dibawah naungan negeri kerajaan negeri Kelantan kerana para pelajarnya perlu mengambil subjek daripada kedua-dua aliran iaitu agama dan juga akademik. penulis sendiri mengambil 12 subjek, dan 12 subjek ini adalah yang paling rendah di sekolah penulis ketika itu bagi pelajar aliran sains. Jika dilihat impaknya pelaksanaan sistem 10 subjek ini, apa akan terjadi kepada para pelajar di sekolah-sekolah macam penulis ini?

Penulis agak emosi sebenarnya dengan keputusan kementerian pelajaran ini, kerana bagi penulis ia lebih kepada usaha merencatkan kecemerlangan sekolah-sekolah kerajaan negeri Kelantan yang sememangnya tidak disenangi oleh kerajaan pusat sejak dulu lagi. Rentetan kejayaan kerajaan negeri dalam melahirkan pelajar yang mempunyai pakej cemerlang dari segi Agama, akademik, akhlak dan juga persatuan yang sememangnya amat menonjol berbanding sekolah-sekolah kerajaan pusat. Setiap kali keputusan peperiksaan PMR, SPM, STPM diumumkan, akhbar-akhbar arus perdana tidak akan menghebahkan kecemerlangan para pelajar daripada sekolah-sekolah kerajaan negeri Kelantan. Sebagai contoh, pada tahun 2006 kerajaan tidak mengumumkan pelajar terbaik tahun tersebut dengan alasan tahap antara pelajar hampir sama, padahal ketika itu adik Siti Fatimah Mukhtar mendapat 18A (17 A1 dan 1 A2) tetapi kerana beliau daripada sekolah agama kerajaan negeri Kelantan, kementerian tidak mengishtiharkan kecemerlangan beliau. Begitulah bias dan 'double standard' yang dilakukan keatas sekolah-sekolah kerajaan negeri sejak sampai sekarang.

Selain itu, bagi penulis ekoran daripada pelaksanaan sistem 10 subjek ini nanti tidak akan melahirkan lagi pelajar yang terbilang, kita semua tentu ingat slogan CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG yang dilaung suatu ketika dahulu, bagi penulis para pelajar yang mendapat 10A hanyalah pada tahap CEMERLANG kerana jika dilihat di sekolah-sekolah kerajaan negeri Kelantan sahaja teramat ramai pelajar yang mendapat 10A, dan jika pelajar lain mendapat lebih daripada 10A mereka adalah ditahap GEMILANG dan bagi pelajar yang TERBILANG itu tentulah hanya seorang sahaja yang outstanding dan unik. Selepas penulis tidak pasti apakah ukuran yang akan digunapakai untuk me-ranking-kan para pelajar.

Berkenan komen menteri pelajaran yang mengatakan pelaksanaan ini akan memberi impak positif kepada guru kerana akan lebih fokus pengajar 10 subjek berkenaan, penulis tidak bersetuju sama sekali, kerana kita di Malaysia tidak mengamalkan Classroom Teacher sebagai di Jepun dan Korea yang mewajibkan guru kelas tersebut mengajar semua subjek untuk kelas tersebut. Kita mengamalkan seorang guru hanya pengajar 1@2 subjek sahaja bagi sesuatu kelas, jadi tidak timbul isu guru akan lebih fokus bila sistem ini laksanakan kerana beban guru tetap sama.

Kemudiannya berkaitan pembaziran duit ibu bapa untuk menghantar anak-anak tuisyen, itu adalah hal peribadi dan rumah tangga keluarga tersebut, jika keluarganya mampu dan pelajar itu sendiri yakin dia mampu maka APA SALAHnya dia mengambil lebih dari 10 subjek? ibarat seseorang yang ingin membeli kereta, jika dia mampu untuk memakai BMW takkanlah kita nak paksa dia pakai SAGA je kerana kita fikir ia membazir. jika begitu wajibkanlah semua keperluan dalam Malaysia pada tahap minima untuk elakkan pembaziran contohnya, semua rakyat hanya boleh pakai kereta Malaysia,untuk elakkan pembaziran. semua rakyat wajib masuk sekolah kerajaan sahaja tidak perlu di hantar kesekolah swasta atau antarabangsa untuk elak pembaziran dan lain-lain perkara lagi.

Akhir sekali, saya menyeru agar pihak berwajib agar bersifat profesional dalam menentukan masa depan anak-anak Malaysia. Jauhkanlah politik murahan yang menjadikan rakyat sebagai kambing hitam. Rakyat tidak akan selama-lama buta dengan apa yang berlaku disekeliling.

segala yang terkasar bahasa dan tersilap penulis mohon maaf, ini sekadar luahan pendapat penulis semata-mata.


Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Tuesday, May 26, 2009

Hari Ke 4 & 5 Kembara Bakti Tioman

Salam alaik,
meneruskan cerita yang tertangguh lame, pada hari ke 4, para peserta akan berkunjung ke Sekolah menengah dan pra sekolah Kg. Tekek. Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpula, kumpulan pertama akan menguruskan aktiviti motivasi kepada para pelajar sekolah menengah dan kumpulan kedua yang terdiri daripada kumpulan penulis akan akan mengajar pengurusan diri kepada adik-adik pra sekolah.

semasa mula-mula sampai ke pra sekolah tersebut, kami dapati para pelajar sedang tekun membuat latihan. setelah berkenalan dengan cikgu yang menguruskan mereka, kami dibenarkan turut serta bersama adik-adik dalam aktiviti mereka. setelah aktiviti mereka siap, tiba lah waktu makan untuk adik-adik yang comel-comel ni, so kami semua tolong menghidangkan makanan untuk mereka.

setelah selesai makan, bermulalah slot kami dengan adik-adik pra sekolah ini, aktiviti dimulakan dengan suai kenal antara abang dan kakak fasi dengan adik-adik. kemudian, adik-adik ni dibahagikan kepada 10 kumpulan, di mana setiap kumpulan ada seorang fasi dan 2@3 orang adik-adik mentee. dalam aktiviti pengurusan diri ini, para fasi akan mengajar adik-adik pra sekolah ini bagaimana menggosok gigi dengan betul dan bagaimana membasuh tangan dengan betul. disamping itu, para fasi juga pada masa yang sama melakukan pemerhatian pada kuku, rambut dan penampilan adik-adik mentee.

em,dalam seronok nak berkongsi dengan adik-adik ni, satu benda yang penulis tak boleh lupakan, semasa pembahagian kumpulan, kami beri peluang kepada adik-adik untuk memilih siapa fasi diorang, giliran penulis yang terakhir, seorang adik ni kene jadi mentee penulis tapi dia nak dengan fasi lain, cikgu dia suruh dia ikut penulis juga, kemudian terus adik tersebut menangis :pandacloud_03: kesian plak tengok adik tu menangis, kami tukarkan dia dengan fasi yang dia nak. walaupun macam tu, adik tadi rupanya terus bersedih sampai la kami habis aktiviti, aduhai kuat sungguh dia merajuk. (penulis takda bakat nak jadi cikgu tadika nampaknya :pandacloud_20:) setelah tamat aktiviti dengan adik-adik pra sekolah, kami semua kembali ke tapak kem untuk memasak makan tengah hari.


Pada sebelah petangnya, aktiviti santai yang mengisi masa, semua peserta berkumpul di pantai dan kami bermain sedikit pertandingan. kami di bahagi kepada 2 kumpulan. pada sebelah malam, aktiviti bertumpu di masjid kg. Tekek, kami bersama qariah kg. tekek mengadakan majlis tahlil dan seterusnya perasmian penutup untuk program kembara bakti tioman kali ini oleh Penghulu Mukim Tioman.

setelah pulang dari masjid, kami meneruskan aktiviti pertandingan antara kumpulan, bukanlah pertandingan yang berat-berat sekadar suka-suka sahaja. malam tu kami bermula dengan permainan tiup lilin, kemudian permainan botol sifir dan juga permainan Bom & iklan. setelah penat bermain, tiba masa untuk mengadu mimpi:pandacloud_19:


HARI KE 5

Pagi hari bermula seperti rutin biasa, memasak untuk sarapan. hari ini kami mengadakan gotong royong di sepanjang pantai dalam lingkungan taman laut. Sangatlah banyak sampah sarap yang dibuat oleh manusia yang tak bertanggungjawab, malu rasanya bila para pelancong asing yang datang untuk bersantai melihat pemandangan yang dikotori sampah-sampah ini.

setelah siap bergotong-royong tiba la masa untuk mengemaskan khemah-khemah sebab lepas jumaat kami akan terus balik ke tanah besar :pandacloud_14:. selepas solat jumaat, semua peserta menjamu makan tengah hari terakhir di pulau tioman dan selepas itu kami pun berangkat pulang ke tanah besar semenanjung.

pengalaman yang diperoleh di pulau tioman ini diharap dapat penulis manfaatkan dalam kehidupan mendatang.



bersama adik adam


layan adik-adik

fotogenik betul


semangat gitu


kenangan


main-main
main-main2

gotong royong
gotong royong2
gotong royong 3

gotong-royong 4
gotong royong 5


Thursday, May 14, 2009

Hari ke 3 Kembara Bakti Tioman 2009

Salam alaik,
penulis nak sambung cerita ekspedisi ke Tioman hari tu, pada hari ketiga selepas siap memasak dan sarapan pagi, semua peserta melakukan sedikit regangan untuk memanaskan badan sebelum acara jungle tracking atau merentas pulau, dari kg. tekek ke kg. juara. acara ini agak memenatkan, kami terpaksa mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke kg.juara, mungkin kami sekadar perjalan secara perlahan-perlahan untuk menikmati suasana hutan di pulau tersebut. semasa dalam perjalan itu penulis terjumpa satu makhluk pelik dan comel, mungkin ia spesis lintah, tak tau la apa nama makhluk. perjalanan merentas pulau tersebut bermula dari jam 9 pagi sehingga 12 tgh hari, setibanya kami di kg. juara, satu pemandangan yang amat indah menyambut kami, Subhanallah begitu indah sekali ciptaanNYA ini hingga mampu menghilangkan segala penat lelah perjalanan selama 3 jam tadi.

kami berehat lebih kurang 2 jam di kg. juara untuk makan tengah hari sambil menunggu bot yang akan membawa kami untuk aktiviti snorkeling. tepat jam 2 petang, bot yang dijanjikan telah pun sampai, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. destinasi pertama yang kami pergi adalah tapak eraman telur penyu, walaupun tak pernah dengar tapi dekat pulau tioman ni memang ada penyu yang datang bertelur antaranya ialah Green Turtle, disini ada seekor penyu yang buta penglihatan, JO namanya dah tiga tahun ia dibela dipusat eraman telur tersebut. kemudian kami meneruskan perjalanan ke tapak batu karang dalam, disini banyak batu karang yang cantik2 namun ikan-ikan disini tidak peramah sangat, jadi kumpulan penulis tidak lama di tapak karang dalam, kami terus pergi ke kg. salang. Kg. salang mempunyai pantai yang putih bersih dan air pantai yang sangat cantik untuk mandi pantai, terdapat juga beberapa batu karang muda dan ikan-ikan yang peramah. kami agak lama disini memandangkan tempat paling sesuai untuk semua orang bermain air sepuas hati. kemudiannya kami bertolak ke destinasi terakhir iaitu monkey bay, disinilah tempat yang paling cantik di lautan tioman yang penulis telah sampai, ikan-ikan yang pelbagai warna dan bentuk berebut-rebut mendapatkan roti yang kami sediakan dan batu karang di sini sangat-sangat lah cantik dan pelbagai. memang terasa nak tidur je dengan ikan-ikan tersebut :pandacloud_16:
setelah puas bermain, kami pun pulang ke taman laut, dan sekali lagi kami snorkeling di taman yang sememangnya tempat yang paling banyak ikan yang dikurung dalam kawasan tersebut. ikan-ikan disini juga sangat peramah tetapi memandangkan terdapat banyak ikan-ikan yang bersaiz lebih daripada 15inci ia menjadi agak menakutkan untuk memberi mereka makanan (takut digigit jari :pandacloud_05::pandacloud_17:) aktiviti tersebut tamat pada jam 6 petang.

setelah itu, kami kembali ke tapak perkhemahan dan menyediakan makan malam. pada sebelah malamnya, sedikit taklimat untuk program keesokkan hari diadakan. malam tersebut merupakan malam yang paling nyenyak penulis tidur memandangkan keletihan yang teramat daripada kedua2 aktiviti pada siang hari tersebut.



merentas pulau

merentas pulau2

merentas pulau3
merentas pulau4
makhluk unik

kg. juara

kg. juara 2

jeti kg. juara

jeti kg. juara 2

tapak eraman telur penyu



tapak eraman telur penyu 2


tapak eraman telur penyu 3

tapak batu karang dalam

tapak batu karang dalam 2

tapak batu karang kg. salang



tapak batu karang kg. salang 2


tapak batu karang kg. salang 3

2 ekor gamat di kg. salang

monkey bay

monkey bay 2


monkey bay 3


monkey bay 4

monkey bay 5

monkey bay 6

monkey bay 7


Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Wednesday, May 13, 2009

Hari ke 2 Kembara Bakti Tioman 2009

Salam alaik,
bertemu kembali kita kali ini,hari ini telah masuk hari ke-2 program yang penulis sertai,kala ini penulis sedang menjalankan tugas untuk sentri.

Pagi hari ke-2 program dibuka dengan aktiviti pemeriksaan percuma kepada penduduk kg.Tekek.
Aktiviti dijalankan di klinik kesihatan kg.Tekek, pada mulanya aktiviti dirancang untuk diadakan di marina bay,namun sedikit masalah teknikal dari pihak JKKK Kg. Tekek menyebabkan tapak aktiviti terpaksa ditukar. Untuk aktiviti ini, publisiti merupakan elemen paling untuk mendapatkan penyertaan masyarakat,namun seribu kali sayang, publisiti tidak dapat dijalankan oleh pihak JKKK kerana sibuk melayan lawatan cucu sultan pahang. Kesannya,aktiviti ini tidak diketahui oleh penduduk kg. Namun nasib agak menyebelahi kami, pihak JKKK telah memberitahu kepada Dr. Rupar yang bertugas di klinik kesihatan pulau tioman,walaupun last minit, Dr. Rupar banyak membantu kami dengan memberi kebenaran kepada kami menggunakan sebahagian ruang klinik untuk melakukan aktiviti pemeriksaan kesihatan. Beliau juga membuat hebahan kepada beberapa perusahaan yang berdekatan..Terima kasih Dr. Rupar dan staf klinik kesihatan yang membantu kami,manakala di pihak ajk program pula,penasihat menjemput para guru srk kg. Tekek untuk menjalani pemeriksaan..

Walaupun pelbagai dugaan yang menimpa semasa aktiviti tersebut,kehadiran beberapa penduduk kg. Tekek telah mengubati hati kami. Bilangan agak sedikit tetapi bermakna. Aktiviti pemeriksaan kesihatan berakhir jam 12.30 tengahhari.

Disebelah petang,kami diberi sedikit taklimat daripada ketua kg. Tekek berkenaan pulau tioman,selepas waktu asar kami dibawa mengunjungi kampung bersebelahan iaitu kg. Air batang. Setelah penat berjalan,semua peserta dibenarkan melepaskan lelah di dalam air :) . Selepas puas bermain air,kami bersiap untuk memasak makan malam yang pertama di pulau tioman, menu pertama hanyalah telur dadar dan ikan sardin,tetapi semuanye dihadap dengan penuh selera.

Pada sebelah, aktiviti permainan dalam kumpulan terpaksa ditangguhkan kerana semua peserta kepenatan dan tidur awal. Hari esok kami akan meredah hutan untuk jungle tracking yang akan mengambil masa 2 jam perjalanan menuju ke kg.Juara.

Cukup dulu setakat ini,sehingga berjumpa lagi.



peserta berkumpul di klinik kesihatan kg.tekek

team pemeriksa kesihatan

semasa pemeriksaan
bergambar kenangan dengan staff klinik kesihatan
peserta bergambar kenangan setelah aktiviti tamat
di tebing marina
jalan2 ke kg. air batang
pemandangan pantai di kg. air batang
pemandangan di kg. air batang
pemandangan matahari terbenam di kg. air batang



Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Blog Biz