Sunday, June 21, 2009

Add-on Al-Quran untuk Microsoft Word

Salam alaik,
ini salah satu koleksi add-on yang saya gunakan didalam microsoft words untuk memasukkan ayat-ayat alquran kedalam penulisan saya. Add-on ini adalah ihsan daripada saudara Taufiq (semoga Allah merahmatinya selalu,ameen) yang boleh diedarkan secara percuma kepada seluruh umat islam. Add-on Al-Quran lengkap 30 juz ini disertakan dengan terjemahan kedalam bahasa Malaysia.

Terdapat tiga option dalam add-on ini.
- ayat & makna
- ayat sahaja
- makna sahaja

in screen shot words 2007 saya :-


Ayat & makna

ayat sahaja

makna sahaja
ini contoh ayat & makna
klik gambar untuk paparan penuh


Jadi itu sahaja dari saya kali ini, sebar2kan ye.



Wednesday, June 17, 2009

Tukar Template Blogger (Step-by-Step)

Salam alaik,
ramai kawan-kawan saya yang aktif blogging ni, entri-entri diorang pun power2, tapi blog diorang masih pakai template default..jadi khusus untuk kawan-kawan tercinta, kali ini saya nak kongsikan dengan kawan-kawan yang belum tahu cara nak menukar template BLOGGER step by step.(yang dah tau dok diam k) Blogger template ni ada bermacam-macam kategori antaranye

1- template kolum (2 kolum,3 kolum, 4 kolum)
2- template magazine (ala-ala majalah gitu)
3. polaroid ni (mcm psiko ckit hahaha)
4. 2.0 web (macam web perniagaan)

so sebagai blogger di blogspot, kita mempunyai pilihan yang banyak untuk mengguna dan menukar ganti template blog kita sesuka hati. Banyak web yang menawarkan koleksi template untuk blogger ni. Kat sini nak kongsikan template daripada BTemplates.Com.

Jom kita mulakan.

1. mula2 masuk we BTemplates.Com. (macam ni paparan nya)


2. Kemudian, pilih template yang berkenan dihati dan download template tersebut (kebanyakkan disediakan page review bagi setiap template - e.g: dreamy)


3. Dah siap download, Unzip kan file yang di download tadi, jika tiada software boleh gunakan perisian winrar.
4. sekarang sign in ke akaun blogger.com anda.
5. pilih layout
6. savekan code2 html yang penting (e.g: shoutbox, jam, kalendar, statistik dll ke dlm note pad @ swaktu dengannya)
7. pilih edit html
8. download full template terlebih (untuk back up)
9. Tekan browse dan pilih file template yang telah di unzip tadi ( e.g: dreamy.xml)




10. upload kan file tersebut dan akan keluar macam ni.

11. pilih comfirm & save
12. dah siap


13. jika gambar diatas tak keluar dan jadi macam ni


14. pilih pick new template --> pilih minima --> save template



15. ulang step 7-11.

16. sekarang bolehlah add kembali widget2 anda yang telah di save kan kod2 nya.

ok itu saje cara-caranya. Selamat mencuba
:minimo_41:

Sunday, June 14, 2009

Tool Hiasan Desktop

Salam semua,
saya ingin berkongsi beberapa software yang saya guna untuk menghiasi desktop saya. Saya tahu banyak software percuma dan berbayar kat luar sana, tapi ini koleksi saya tak kisah lah korang dah ada ke tak, saya nak kongsi jugak. Semua software-software saya versi CETAK ROMPAK, hehehe takpa mat salleh yang punya so tak yah support sangat ekonomi mereka-mereka ni, betol tak?
:minimo_03:
Kali ni saya nak kongsikan software Stardock Objectdock v1.9 (lama punya, tapi takpa still boleh pakai). ini contoh objectdock tu (atas,bawah,kiri and kanan) :-

Banyak pilihan bagi background objectdock ni, and icon plak bergantung kepada icon yang anda gunakan. Nanti explore sendiri lah ye :pandacloud_19: selamat mencuba.

Download kat sini : Stardock Objectdock With Serial


P/S: Sila laporkan jika link tidak menjadi & sila tambah ke dalam komen jika anda mempunyai link berkaitan.

Saturday, June 13, 2009

The Best Uploader

Hi there,
i just came across this wonderful service offered by ziddu.com. so those who love to share files you should use this. its for free, no premium member or such things so you can download files as many as you want.

check it out by clicking on the image






Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Friday, June 12, 2009

Paparkan Post Berkaitan Bergambar

Salam alaik,
saya baru je selesai memasang satu widget baru ke dalam blog ini, saya dapati ia amat menarik setelah melawat blog otai marzuki.
ini dia widget terbaru yang saya masukkan dibahagian bawah post saya.



Jadi macam mana nak pasang benda ni.

Step 1.
Masuk ke layout --> edit html --> tekan ctrl + F --> cari tulisan kod merah ni $b:section class='main' id='main' showaddelement='yes'$ (pastikan showaddelement = yes). dah siap save template k.

Step 2.
Masuk ke laman ni Linkwithin

Step 3.
Isikan email, blog, dan juga platfom. then tekan butang get widget. ikut arahan dia.

Step 4.
Nanti widget yang dah di add tu korang alih ke bawah post macam ni.



Step 5.
save and view your blog hehehe
:minimo_40:selamat mencuba:pompom:

Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Result Sem 6

Salam alaik,
alhamdulillah, petang semalam result untuk sem 6 dah pun diumumkan. setelah sekian lama menunggu akhirnya tiba juga masa untuk menyemak keputusan peperiksaan. Petang semalam internet saya tak berapa bagus, jadi tak dapat nak semak awal, dalam pukul 11 malam baru dapat semak keputusan tu.So apa yang saya dapat? POINTER BAWAH 3. :pandacloud_20:itu lah yang saya dapat, terendah dalam 3 tahun pengajian ni,kenapa jadi macam ni? em...

Delama 5 semester sebelum ni, saya tak pernah ada internet sendiri, tapi semester ni internet 24jam dengan saya. Sebagai seorang HANTU komik yang sejati, kesempatan tu saya gunakan sepenuhnya, boleh dikatakan sekitar 8 jam sehari penulis mengadap komputer(membazir waktu kan?:pandacloud_03:)masa study week lebih dari 8 jam saya mengadap komputer. apa yang saya buat? tak bosan ke? saya hanya baca komik (most of da time) check email, blogging, dan main game..sampai housemate saya semuanye mengeleng kepala tengok saya tak study:pandacloud_41:. Rekod result sebelum ni agak baik walaupun kurang study, tapi semester 6 ni memang lansung tak study. Memang patut la dapat macam tu, kalau ada yang gagal tentu lagi best pengajaran dekat saya yang tak sedar diri ni (Ya Allah, aku bersyukur pada mu).

Jadi ini peringatan untuk saya untuk 2 semester yang terakhir ni, jangan tahu bertawakal je, tapi usaha tak seberapa. Ingat Allah akan tolong dengan hanya berdoa, semester2 sebelum ni sebenarnya UJIAN dalam kesenangan yang Allah berikan, tapi saya tak sedar, tambah lagi dengan ujian semester ni yang lebih berat. Dah lama sangat saya tersasar, alhamdulillah, belum terlambat untuk saya berubah. Kembali ke pangkal jalan.

Ya Allah, saat aku merasakan kekerdilan ini, kekalkan ia dalam setiap saat usiaku, saat aku terasa kekosongan ini, kekalkanlah ia sebagai dorongan ku, saatku menyedari kesilapan ini, peringatilah ia setiap detik dalam usaha agar aku tidak kembali menjejaki jalan ini, Ya Allah segala kudrat ku hanya milik mu, kekalkan ia padaku untuk aku terus menuju MU, ameen.



Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Monday, June 8, 2009

Hari Yang Istimewa

Salam alaik,
sekarang ini penulis telah pun berada di KL, selama 5 hari penulis di Kampung untuk bercuti. Dalam 5 hari itu, 6hb adalah hari yang bermakna bagi penulis, kerana pada hari itu, penulis dapat meluangkan masa dengan Orang Di Rindu iaitu N, sahabat di KMPP dan juga dengan Alumni sekolah rendah penulis.

Perkara paling menggembirakan bagi penulis ialah apabila penulis temukan N dengan ibubapa penulis, walaupun ia tidak dirancang pada awalnya, namun takdir telah merealisasikan harapan penulis untuk mempertemukan N dengan abah dan mak penulis. Alhamdulillah, dari reaksi mereka penulis berasa lapang dada. Semoga Allah mengekal jodoh kami, ameen.

Walaupun hari itu teramat kelam-kabut, alhamdulillah penulis bersyukur kerana dapat menyempurnakan semua janji yang telah dibuat terhadap N dan juga sahabat-sahabat penulis. Biar pun masa yang diluang kan hanya sekejap, namun bagi penulis memadailah dengan kurniaan tersebut yang diberi olehNYA kepada penulis.

Pada 7hb pula, ia merupakan hari bersejarah untuk kak epah, kakak penulis yang sedang mengikuti kursus kpli. Hari tersebut merupakan hari pertunangannya dengan Abg Mi setelah berkenalan beberapa tahun, nostalgik juga cerita diorang ni :pandacloud_19: ape pun, semoga dipanjangkan jodoh ke jinjang pelamin dan kekal bahagia ke anak cucu cicit dan sterusnya,ameen

:pompom:

Kepada N, diharap waktu yang sedikit itu akan lebih mengeratkan hubungan kita, sesungguhnya hanya itu yang termampu aku berikan. Terima Kasih N.

Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Monday, June 1, 2009

Balik Kampung

Salam alaik,
Akhirnya penulis dapat juga balik ke kampung. walaupun cuti dah 2 minggu bermula banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum pulang ke kampung. Penulis akan berada selama 6 hari di kampung, itu pun 3 hari daripada telah tersedia dengan urusan. Sepanjang tahun ini, ini lah yang pertama kali penulis balik kampung, cuti-cuti sebelum ini tidak mengizinkan untuk penulis pulang.

Semoga cuti ini akan dapat memberi kerehatan kepada penulis dan dapat penulis gunakan sebaiknya untuk bersama ma dan abah.

selamat bercuti.



Secoret Tinta SeLuhur Rasa

Blog Biz