Wednesday, July 22, 2009

kem Aspirasi NUSA 2009

Salam alaik,
pada hari minggu yang lepas saya telah pun mengikuti program Kem Aspirasi NUSA 2009 yang diadakan di Kem An-Naim, Hulu Langat, Selangor. Kem ini merupakan kem tahunan yang dianjurkan khusus pelajar semester satu program kejururawatan UiTM.

Pada kali ini, saya bertindak sebagai Ketua Fasilitator menguruskan segala modul dan permainan sepanjang program ini berlansung. Walaupun bukan pengarah program still acting like a mastermind :) program ini berlansung selama 3 hari 2 malam dengan beberapa pengisian LDK, ceramah dan juga aktiviti team-building.

Pada hari pertama, para peserta dibahagikan kedalam kumpulan kecil menjadi 21 kumpulan, dan setiap 3 kumpulan membentuk satu kumpulan perpaduan mengikut warna. Terdapat 7 kumpulan perpaduan iaitu kumpulan A=oren,B=hijau,C=kuning,D=ungu,E=merah,F=pink dan G=putih.

Gambar-gambar kumpulan :-
Kumpulan A = Oren


Kumpulan B = hijau
Kumpulan C= kuning

Kumpulan D= ungu
Kumpulan E= Merah
Kumpulan F= Pink

Kumpulan G= Putih

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :-

1. LDK
2. Ceramah Motivasi Bersama Ust. Hazrizal
3. Nightwalk
4. Senam robik,
5. Perkongsian Pengalaman Bersama Matron
6. Blind Fool
7. Jungle Tracking


ldk
ldk
ceramah ust. hasrizal
night walk
senam robik
perkongsian bersama Matron Faridah
blind fool
jungle tracking

secara keseluruhan kem ini merupakan kem yang terbaik pernah dianjurkan dalam 3 tahun ini, walaupun terdapat sedikit masalah, namun semuanya dapat diatasi dengan baik. kerjasama antara fasilitator dan ajk sangat baik dan perjalanan aktiviti yang ditetapkan dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. syabas kepada semua jawatankuasa yang menjayakan program ini.

Friday, July 17, 2009

Im Leaving For A While

salam,
i'm going to camping right now, from today till 19hb Julai at Kem An-Naim Hulu Langat. The camp is meanly for my junior on the 1st semester. this is the annual event we at nursing student association UiTM organized for new comer. Perhaps this program will end up successfully with out any harm or disrespuctful manner huhuhu.

ok i better go now..adios

Thursday, July 9, 2009

Ceroboh Penapis Web Dengan ultraVPN

Salam alaik, kengkawan semua yang tengah membaca post ini, saya baru je dapat satu ilmu daripada blog saudara EiNs. Beliau ajar macam mana nak bypass veoh tapi saya bukan nak cerita pasal veoh, cuma nak bagitau pasal software UltraVPN ni aje.Saya dekat UiTM ni susah untuk surfing web-web kegemaran macam Fs,Fb,Youtube,Onemanga even storage web pun tak leh masuk,sebabnya pihak UiTM block semua jenis web yang berkaitan proxy, streaming, Entertainment, Storage dan beberapa jenis lagi. Jadi saya terpaksa mencari alternatif untuk pecah masuk tapisan tersebut.

Sebelum saya menggunakan software ultrasurf, software tu kecik sangat saiz nya and standalone boleh masuk pendrive je. Tapi otai-otai IT UiTM dah tau trick tu so tak boleh lagi nak pakai. Kembali ke pangkal jalan, software kali ni ialah UltraVPN.

apa kelebihan ultraVPN ni? ni aku copy dari web dia

- access blocked websites from within a corporate environmement

- connect or log in into MSN if it's blocked

- use VoIP software like Skype if it's blocked

- protect your email and browsing privacy

- avoid being identified on the internet


Macam mana caranya? ikut step kat bawah ni :-

1. Klik sini untuk ke laman ultraVPN

2. create account (free je) kemudian verify dekat email

3. download software ultraVPN (klik sini)

4. install software tu & run

5. isi username & password

6. icon dibawah akan keluar

merah – disconnect

kuning - connecting to the client account

hijau - connected

7. so bila icon tu dah hijau boleh la buka web-web yang kena block tu

selamat mencuba :)


p/s: kalau korang ada software and cara lain, kongsikan la kat ruangan komen ye :-)

Tuesday, July 7, 2009

UiTM Kampus Puncak Alam

Salam alaik,

dah dekat 2 minggu saya tidak menghantar sebarang post ke blog ini, rindu amat untuk kembali menulis di blog ini tak dapat saya lupuskan. Sebelum ini saya terlibat dengan minggu mesra siswa iaitu program orientasi pelajar baru di UiTM Kuala Pilah selama seminggu. Disana kawasan yang baru diterokai dan masih belum mempunyai capaian internet, mungkin sebulan yang pertama ini pelajar-pelajar kat sana tak dapat gune internet lagi.

Ok, dipermulaan semester yang baru ini, saya ucapkan selamat datang kepada adik-adik yang telah memilih UiTM sebagai destinasi menara gading anda. Terutama kepada adik-adik yang mengambil jurusan kejururawatan saya ucapkan tahniah kerana menjadi salah seorang insan terpilih untuk berbakti kepada masyarakat.

Semester ini bermulanya sesi baru di kampus baru UiTM Puncak Alam, kiranya jadi perasmi tempat ni la. Kampus ni sangat canggih, kemudahan yang disediakan juga memuaskan cuma buat sementara waktu ini masih banyak kedai yang belum beroperasi, so limited la pilihan makanan dan barang - barang keperluan lain. Lagi satu, kawasan ni betul-betul di puncak dunia hahahaha punya la jauh dari bandar, nak keluar ke stesen minyak pun 4km daripada kolej kediaman.

Apa-apa pun, tempat memang best sebab dah ada banyak kemudahan seperti tempat sukan dan riadah serta pusat kesihatan, bukannya seperti kampus lama di Jln. Othman yang tak ada apa-apa.

Ni gambar-gambar sekitar puncak uitm puncak alam.





















Blog Biz