Thursday, February 4, 2010

Aku dan Saman



Assalmualaikum w.b.t

Alkisah nak diceritakan, pada suatu hari yang permai, aku dengan hati yang girang pergi ke pejabat pos nak renew roadtax motor aku yang dah genap setahun. Masa aku pergi pejabat pos tu, insurans motor aku belum siap lagi, sebabnya aku belum buat bayaran dekat saudara aku yang buat tu, kononnya nak bayar pagi tu dekat jusco tasik selatan pakai cash deposit. Sedang aku kegirangan pergi ke area ATM dekat jusco tu, tiba-tiba aku terkejut yang amat sangat, aku tengok kanan aku toleh kiri, aku intai belakang, aku tenung ATM depan aku, tapi ATM tetap ATM tak bertukar menjadi mesin Cash Deposit, aku pun penasaran seketika, terus aku telefon abang aku minta tolong dia buat maybank2u ke akaun saudara aku tu nanti aku, sekali abang aku tak reti nak buat pula.TENSIOOOOOOOOOOOOOOOOOON sekejap, pastu abang aku bagitahu dia akan telefon saudara aku tu dan suruh dia proceed dulu insurans tu, bayar lambat sikit. Aku pun terus lega dan dengan yakinnya melangkah masuk pejabat pos.

"encik saya nak renew lisen motor dengan roadtax ye" pegawai bank "bagi IC, lisen dengan geran motor" "ini dia encik" pegawai bank "ini lisen encik ye" "eh takde gambar ke" pegawai bank" kita hanya ade yang extend slip je, so encik kene bawa yang asak dengan extend skip bersama-sama" "alahai leceh la macam ni, saya nak yang ada gambar tu, memang xleh buat ye kat sini" pegawai bank " mintak maaf encik memang x boleh" " ok lah encik, roadtax saya macam mana" pegawai bank " sekejap ye encik" "ok" pegawai bank " encik, mintak maaf, transaksi tak berjaya, dia kata sila rujuk JPJ, encik mungkin ada saman tertunggak untuk motor ni" "biar betul ni, motor saya ni tak penah kene saman lagi, mana plak datang saman ni, check betul2 encik" pegawai bank " betul encik, dekat sistem ni kata encik kene rujuk jpj, encik boleh check juga dekat internet or sms" "so memang xleh buat r ni ye" pegawai bank"tak boleh encik, selagi tak bayar saman selagi tu tak leh buat" "habis tu macam ne ngan insurans saya tu?" pegawai bank"encik kene bayar dalam 5 hari, kalau tidak insurans encik akan lagu 6 bulan je, rugi encik nanti" "ok encik, terima kasih"

so semalam aku balik dengan hati yang sedih dan gelabah, macam mana aku nak bayar saman sebab aku sendiri tak tahu saman apa yang aku ada. Sesampai sahaja di rumah, aku terus layan internet, cari macam mana nak semak saman, then aku jumpa web ni http://www.rilek.my/ so kat situ baru aku tahu aku ada saman RM300 bulan Januari tahun lepas masa aku aksiden guna kereta abang aku. saman motor memang tak ada, saman kemalangan tu aje, so aku memang betul r tentang motor aku tak pernah kena saman.

Lepas dah tahu, aku pun search internet macam mana nak bayar secara online, sebab aku dah malas nak pergi balai polis trafik dekat shah alam tu, so aku jumpa web myEG. alhamdulillah hari ni aku dah berjaya settlekan saman tu. tapi roadtax tak sempat lagi nak renew hari ni, dah nak pegi kerja dah ni, esok juga lah jawabnya.

nanti aku ajar korang macam mana nak buat semakan saman dan bayar saman tu secara online, sekarang nak bersiap pergi kerja dulu, salam alaikum

0 comments:

Post a Comment