Friday, February 26, 2010

Bomoh dan Kita

bomoh



salam alaik..


saya ingin berkongsi pesanan yang sering diulang-ulang oleh ustaz Harun din berkenaan perbomohan di alam melayu raya ini. sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, masyarakat kita terlampau taksub dengan perbomohan ini, cuba kita perhatikan, jika ada kecurian, jika ada barang yang hilang, jika berlaku sakit tubuh badan, masyarakat kita akan menemui bomoh-bomoh tertentu untuk meminta pendapat samada berkaitan barang yang hilang, masalah kesihatan dan lain-lain tujuan. Dalam Islam, menemui seseorang yang mendakwa boleh mengetahui sesuatu yang ghaib boleh membawa kepada KUFUR kepada ALLAH.


sahabat-sahabt sekalian, teliti hadith ini:- daripada Safiyyah, Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang mendatangi seorang a'rraf dan bertanya sesuatu maka tidak diterima amalannya selama 40 hari.(shahih muslim)


hadith lain:


sesiapa yang mendatangi ahli sihir atau kahin ataau a'rraf lalu mempercayai dakwaan mereka,sesungguhnya dia telah kufur kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w


a'rraf disini merujuk kepada tukang tilik. kahin ialah orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib (mungkin kita rasa tok bomoh @ 'ustaz' yang kita jumpa tak mendakwa mengetahui ilmu ghaib, tapi amat biasa bagi golongan ini yang mengatakan 'engkau kene buatan orang ni, ade orang dengki dengan engkau ni, barang engkau ada dengan si polan si polan, barang yang hilang tu ada dekat sini sana sinun) tak samakah keadaan itu dengan dakwaan mengetahui perkara ghaib? perkara ghaib hanya Hak Allah semata-mata.


teliti dalil ini pula :


Daripada A’ishah r.anha: “Kata A’ishah, telah disihir Rasulullah s.a.w oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah s.a.w berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A’ishah, “Wahai A’ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah S.W.T telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada disisi kepalaku, seorang lagi berada disisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, ‘apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah mensihirnya? Dijawab lagi, sihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A’ishah, “Bahawasanya, Allah S.W.T telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


dalam situasi tersebut, Rasulullah s.a.w sendiri tidak mengetahui Baginda disihir, sehinggalah Jibrail AS memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, jadi sahabat-sahabat sekalian, teramat jelas kepada kita bahawa kebanyakan bomoh dan 'ustaz' yang melakukan demikian, jadi andai kita menghadapi sebarang masalah kembalilah hanya kepada Allah dan gunakanlah segala saluran bantuan yang berkaitan selagi halal . sama-sama kita jauhi daripada terjebak dengan amalan yang boleh membawa kesyirikan ini.


sekian terima kasih.


saya ingin mengesyorkan kepada sahabat-sahabat semua untuk memiliki buku ustaz Harun din yang terbaru " menjawab persoalan makhluk halus:kaitannya dengan penyakit dan pengubatan" dan buku-buku lain yang berkaitan perubatan islam..teramat baik untuk kita ketahui.

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz