Wednesday, February 24, 2010

Breast Self Examination (BSE)



Salam Alaik,

Breast Self Examination (BSE) adalah pemeriksaan payudara yang amat disarankan untuk mengesan sebarang perubahan kepada payudara bagi mengenalpasti gejala atau tanda-tanda kanser payudara.

Siapa yang perlu lakukan BSE?

Pakar mengesyorkan wanita berusia 20 tahun keatas untuk melakukannya secara berkala

Apa kelebihan melakukan BSE ?
  • CEPAT & PERCUMA
  • PENGESANAN AWAL
  • TAK PERLU BANTUAN
  • KETAHUI PAYU DARA ANDA
Bila perlu melakukan BSE?
  1. Lakukan sekali sebulan antara 5-10 hari selepas haid
  2. Jika haid tidak tetap atau telah tiada, pilih satu hari yang tetap setiap bulan
Bagaimana melakukan BSE?

Posisi 1
  1. Gunakan 3 jari anda iaitu jari telunjuk, jari hantu dan jari manis untuk menekan dan menggosok bahagian payudara.
  2. Dalam keadaan berbaring, letak tangan kanan di belakang kepala semasa pemeriksaan payudara kanan, dan letak tangan kiri di belakang kepala semasa pemeriksaan payudara kiri.
  3. Gosok dan tekan sekeliling payudara mengikut pusingan arah jam sebanyak 3 kali pusingan. (Pusingan 1: Gosok dipermukaan sahaja, Pusingan 2: Gosok dan tekan sedikit, Pusingan 3: Gosok dan tekan hingga terasa tulang)
  4. Kemudian, Gosok dan tekan 3 pusingan lagi dari arah atas ke bawah.
  1. bse
Posisi 2
  1. Setelah selesai posisi 1, kemudian menghadap cermin dengan tangan mencekak di kedua belah peha.
  2. Perhatikan sebarang perubahan saiz, bentuk, kemerahan dan tekstur kulit seperti bersisik pada bahagian puting.
bse2

Akhir sekali, periksa dibawah ketiak bagi mengesan sebarang bengkak atau ketulan di bahagian tersebut.

P/S: Jika anda menemui sebarang keganjilan semasa pemeriksaan, jangan malu dan segan, teruslah pergi ke klinik untuk diperiksa lebih rapi oleh Jururawat dan juga Doktor.

"Kongsikan maklumat ini sekiranya berguna, anda bebas meng'paste'nya ke blog anda dengan syarat sumber tulisan hendaklah dilinkkan kepada blog ini.

Terima Kasih






rujukan :

0 comments:

Post a Comment

Blog Biz