Tuesday, February 2, 2010

Bulan Ke 2 Bermula

2nd

Salam alaik..
sedar tak sedar dah sebulan berlalu, penulis dah pun masuk 2nd chapter sekarang ni, management di wad baru iaitu wad 6B, namun hati masih lagi belum berganjak dari wad 5A, entahlah kenapa disana rasanya lebih harmoni. Mungkin ini kali pertama penulis di wad 6B, berbanding rakan-rakan yang lain, mereka pernah masuk wad 6B sebelum ini.

Semalam merupakan hari pertama penulis di wad 6B pada syif petang. Biasanya persepsi syif petang niwad agak kurang sibuk, tetapi penulis silap rupanya wad 6B tetap sibuk, tak tahu lah macam mana keadaannya disebelah pagi. Semasa passing over report, pesakit ada 23 orang, namun dalam pukul 4-5 petang ada 2 pesakit baru masuk, kedua-duanya dengue fever, seorang pesakit dah berumur seorang lagi masih remaja.

Mungkin sekarang ni musim dengue agaknye, daripada 25 pesakit di dalam wad separuh daripadanya adalah pesakit dengue. Ada seorang pesakit yang dalam keadaan koma, GCS dia 8/15 memang sedih lihat keadaan pesakit tersebut, apa lagi melihat ramai kaum kerabat yang datang melawatnya.

Apa pun, penulis harapkan segala kerja akan berjalan dengan baik dan selamat, ameen

0 comments:

Post a Comment