Saturday, February 13, 2010

Teman

teman,

sering kali aku ucapkan,

sering kali aku katakan,

persahabatan bukanlah mainan,

persahabatan bukanlah batu loncatan.

teman,

acap benar aku luahkan,

acap benar aku ingatkan,

persahabatan terasnya kepercayaan,

mantelnya kejujuran,

keraknya ketelusan,

dan permukaannya ketulusan.

teman,

selalu ku khabarkan,

selalu ku sampaikan,

antara sahabat tiada rahsia,

antara sahabat tiada belakang cerita,

antara sahabat itu hanya teguran membina.

tetapi teman,

berulang-ulang kali aku fikirkan,

berulang-ulang kali aku renungkan,

sejauh mana telah aku kotakan,

sedalam mana telah aku tunaikan.

teman,

ketahui oleh mu,

aku benar-benar mengharapkan mu,

kehadiran mu memberi erti kehidupan ku,

menjadi nilai kewujudan ku.

-remaja_hijau-



0 comments:

Post a Comment