Monday, March 1, 2010

Isu Sebat Dan Arak

Lewat kebelakangan ini, isu model kartika yang dikenakan hukuman sebat begitu hangat diperkatakan. Begitu ramai ahli politik yang tampil memberikan cadangan dan juga pembelaan kepada kartika. Tak kalah juga pihak yang menyokong pelaksanaan hukuman tersebut. Saya selaku orang yang jahil tentang agama ini terpaksa mencari info tambahan selain akhbar utama negara berkaitan isu ini untuk mengetahui duduk perkara sebenarnya.


Sememangnya saya tahu tentang hukuman sebat dalam Islam, namun ini kali pertama ia dilaksanakan, jadi banyak pihak terceloteh kerananya. Saya hanya ingin tahu mengapa ramai dikalangan pemimpin negara seolah-olah cuba berdolak-dalik tentang pelaksanaan hukuman tersebut. Ada yang suruh buat rayuan, ada yang suruh kaji semula keputusan dan ada yang kata tak boleh buat sebab tak ada pakar sebat.


sebat


Pada mulanya, saya seorang yang bodoh lagi tidak pandai ini hendak percaya saja apa yang berita tu sampaikan, namun tetiba pula dalam youtube dikeluarkan video ini.




Menurut sumber, video ini merupakan rakaman demonstrasi sebatan perbandingan di antara sebatan Syariah, dan sebatan undang-undang Sivil. yang dipetik daripada Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, Anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).


Jadi saya pun mula pening, seminar ni dibuat sebelum kes ini dibuka pada masyarakat. Jika ada seminar, maknanya ada pakar yang menerangkan tentang perbezaan hukuman sebatan ini. Maknanya ada pakar yang boleh melaksanakan hukuman ini. Lepas tu pula, yang mengajurkannya ialah JAKIM bukannya persatuan pelajar sekolah menengah ugama rakyat yang tak diiktiraf kerajaan Malaysia. Aduhai, pening sungguh saya dibuatnya.


Jadi, saya yang bodoh lagi hina ini masih menunggu info lain yang boleh menjernihkan kepeningan ini, mungkin daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang sangat cekap dan pantas mengeluarkan kenyataan berkaitan isu penyokong UMNO tidak masuk syurga tempoh hari.


fatwa



Dan yang terakhir, gambar yang agak kontroversi yang saya jumpa dekat internet, mungkinkah ada kaitan dengan gambar ini hukuman itu ditangguhkan?



hishamudin

Semoga terbuka sedikit fikiran kita,dan fikir-fikirkanlah bagi yang belum mendapat jawapan.

[update]




"Di Kelantan seramai enam orang lelaki telah disebat (atas kesalahan minum arak). Tahun 1997 - empat orang, tahun 2001 (seorang), dan 2003 (seorang).



"Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan," jelas Nasrudin lagi.

Berbeza dengan tanggapan umum seperti dilaporkan media, beliau malah berkata Jabatan Penjara sudah mempunyai 171 orang tukang sebat, termasuk wanita yang terlatih.

"Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, syariah dan kanak-kanak," katanya.

Jelasnya lagi, kaedah sebatan berkenaan telah diterima oleh hakim rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Muhammad Asri Abdullah.

http://www.malaysiakini.com/news/112494




0 comments:

Post a Comment

Blog Biz