Thursday, April 8, 2010

Heart Attack

nurse-heart-attack

Apa pandangan anda jika Jururawat berpakaian macam ni? Terjojol MATA kan dan ramai yang dapat sakit jantung nanti kalau Jururawat datang buat pemeriksaan dengan pakaian macam ni.

Ini merupakan pakaian pelayan di kedai makan Heart Attack Grill di Arizona, Amerika. Kedai Makanan segera yang menawarkan burger dan kentang yang membahayakan kesihatan. Pengasasnya Dr. Jon yang mengaku sebagai Nutritionist memulakan perniaagaan pada tahun 2005 dengan melakukan setting kedai makanan tersebut seperti di hospital dengan para pelayan memakai seragam Jururawat.

Heart Attack Grill telah dikritik hebat oleh badan-badan bukan kerajaan yang mencela menyediaan makanan yang langsung tidak sihat dan menjatuhkan martabat Jururawat. Di sini para pelayan beraksi dengan membuat pemeriksaan sebagaimana seorang jururawat lakukan di klinik kemudian membuat preskripsi ubat (burger dan kentang).

Apa pun, tindakan seperti ini memang tidak wajar, kerana ia menjatuhkan imej Jururawat yang mulia, wajarlah apabila Heart Attack Grill ini di saman oleh Jabatan Peguam Arizona atas servis yang mereka tawarkan.


0 comments:

Post a Comment