Wednesday, June 23, 2010

Alhamdulillah..Akhirnya

Salam alaik,
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, hari ini tanggal 23 Jun 2010 telah berakhirlah peperiksaan terakhir(ameen,ameen,insyaAllah xnak repeat) sebagai student di UiTM. Hari ini merupakan hari bagi peperiksaan LJM untuk mendapatkan lesen praktis sebagai jururawat terlatih di Malaysia dan negara-negara komenwel yang lain. Semoga semua calon-calon UiTM lulus dalam peperiksaan terbesar ini.

Kini bermulalah lembaran baru kamus hidup dengan pangkat Penganggur, huhuhuhu sempat jugak aku merasa pangkat yang sangat berprestij ini, apa pun, hidup perlu diteruskan, makanan, pakaian, tempat tinggal dah lama famili yang tanggung, sekarang kena mula mencari kerja untuk membalas budi semua mereka yang pernah berjasa.

Doakan daku segera mendapat pekerjaan yang halal, ameen

0 comments:

Post a Comment