Tuesday, October 12, 2010

Apa akan jadi?

Salam alaik,

Apa akan jadi? masuk hari ini, dah 2 bulan lebih habis belajar tapi belum lagi dipanggil kerja, nasib baik lah dapat kerja sementara, kalau tidak memang kering kontang la poket dibuatnya.

Ramai orang kata, kalau ambil jururawat senang nak dapat kerja, betul ke? em, memang betul tapi itu 10 tahun yang lepas la, sekarang ni dah susah nak dapat kerja, sebabnya lambakan graduan kejururawatan daripada kolej-kolej swasta yang terlampau banyak dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Tapi bagi yang mengikuti pengajian dibawah kementerian kesihatan, tidak menjadi masalah bagi mereka, kerana kerajaan terus memanggil mereka untuk berkhidmat setelah keputusan peperiksaan jurururawat keluar. Sungguh beruntung nasib mereka-mereka ini. 

Tapi bagi yang menuntut di IPTA dan IPTS dalam bidang kejururawatan ini, peluang mereka untuk berkerja telah berkurangan, dan sememangnya tidak dinafikan, beberapa tahun lagi tiada lagi pasaran untuk graduan kejururawatan di Malaysia. Saya berani jamin, mungkin dengan sekatan penubuhan kolej kejururawatan baru oleh pihak bertanggungjawab dapat membantu meningkatkan pasaran kerja semula suatu hari nanti, itu pun andainya pertumbuhan hospital swasta semakin meningkat dikemudian hari.

Selain daripada masalah kekurangan kerja untuk graduan kejururawatan, terdapat juga kes-kes tertentu dimana para majikan mengambil kesempatan terhadap para graduan yang tiada pekerjaan ini, walaupun saya tidak pasti daripada mana sumbernya, tetapi terdengar ura-ura ada majikan yang tidak membayar gaji jururawat mengikut tahap pendidikan yang dimilikinya. Kerja jururawat yang begitu memenatkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi ini telah diperlekehkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertimbangrasa ini. Kasihan kepada jururawat-jururawat terbabit andai benar hal ini berlaku, eloklah anda melaporkan kepada MTUC dan pihak-pihak berwajib yang lain. 

Letihnya menulis hal ni...banyak lagi nak luahkan tapi dah malas nak taip...kalau ada sesiapa nak tambah..tulislah kat komen ye..

chow