Thursday, December 9, 2010

Hala Tuju

salam alaik,

Hari ni dah masuk 3 muharam 1423H..belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru buat semua umat Islam yang mengenali diri ini dan umumnya.

Kala ini, status aku masih lagi seorang pencari kerja, walhal rakan-rakan majoriti semuanya dah bekerja. Sedikit sedikit dan banyak gelisah yang menghantui kepala, nasib baik masih ada hobi yang sentiasa mengisi kekosangan yang terasa.

Selalu dalam kepala terlintas memikirkan, bila aku nak dapat kerja ni? Kenapa belum ada yang panggil aku interview lagi ni? Mungkin benda-benda takkan hilang dalam fikiran selagi belum bekerja tetap, itu yang aku pasti, walaupun rasa sedih dengan situasi sendiri saat ini, tapi Allah dah bagitahu, setiap ujian itu tidak diberi melebihi kemampuan seorang hamba, aku yakin pasti ada hikmahnya, cuma aku harapkan, Allah tunjukkanlah aku jalan kearah hikmah yang engkau sembunyikan itu, ameen

Blog Biz