Tuesday, January 19, 2010

Aku Junior Staff Nurse

malenurse



Assalamualaikum w.b.t
bulan januari dah pun hampir berlalu, bulan muharam memang dah berganti safar, namun blog ni tiada apa-apa pun yang tercoret sepanjang tempoh ini. sebenarnya penulis sekarang ini sedang menjalani praktikal bahagian terakhir pengajian penulis selama 3 bulan di hospital Ampang. bermula 4 Januari yang lalu sehingga 28 Mac nanti. Disamping menjalani praktikal ini, penulis harus menyiapkan satu report berkaitan praktikal yang selama 3 bulan ini dan juga menyiapkan thesis penulis. Betapa rindunya pada dunia blog ini,tapi apa kan daya,dah la sibuk dengan tugasan sedia ada, line broadband pula yang bagai tak cukup makan ini memang mematahkan semangat untuk berblogging.

Minggu ini, merupkan minggu ketiga penulis di hospital ampang, selaku pelajar yang membuat pengurusan, banyak yang perlu penulis pelajari daripada staff nurse tentang bagaimana menguruskan sesebuah wad. Praktikal kali ini tidak sama seperti sebelum ini, dimana penulis lebih tertumpu kepada pengurusan berbanding melakukan prosedur rawatan pada praktikal-praktikal sebelum ini. Kali ini, penulis belajar bagaimana membuat laporan perawatan bagi setiap pesakit yang penulis jaga, dan memastikan segala perancangan perawatan dijalankan dengan betul. Itu lah agaknya yang dimaksudkan dengan "manager do things right" sebagaimana yang dipelajari dalam subjek Nursing management semester lepas.

Satu lagi yang baru penulis sedari, sememangnya tanggungjawab staff nurse sangat berat, sebab itu lah mereka terPAKSA menyuruh student nurse untuk melakukan itu dan ini untuk mereka. Bagi student nurse, pasti ada yang tak puas hati apabila staff asyik menyuruh mereka melakukan pelbagai prosedur dan hanya bertanya kemudian sama ada prosedur tersebut telah dibuat atau pun tidak. Seolah-olahnya disini staff nurse tak buat kerja, semuanya suruh student yang buat, tapi hakikatnya bukan begitu, mereka melakukan kerja dengan betul, mungkin ada segelintir yang lepas tangan, tapi realiti sebenar sebagai seorang staff nurse ialah tak cukup tangan untuk melakukan semua kerja dalam satu-satu masa. Sebab itu lah, perkataan terima kasih tak pernah lekang dari bibir staff nurse dikala student nurse selesai melakukan prosedur dan juga mahu pulang. Sesungguhnya, bantuan student nurse amat dihargai oleh mereka.

Cukup dulu untuk kali ini, ada kesempatan nanti akan penulis sambung lagi cabaran baru ini.