Friday, July 30, 2010

Antara Tuntutan Agama Dan Dunia


Salam alaik,




Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua meraeka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
-Surah An-Nur ayat 31


P/S:

Ingatlah diri, andai engkau lelaki, kewajipan keatas mu akan dipersoalkan di akhirat nanti adakah engkau mendidik ahli menutupi aurat mereka atau engkau sekadar bergembira dan bangga dengan peragaan fesyen semasa oleh ahlimu yang tidak kekal lama di mata manusia.

Ingatlah diri, andai engkau seorang wanita, janganlah sekadar lantang menuntut hak kesamarataan wanita-lelaki semata-mata, sedangkan hak yang wajib dipenuhi engkau anggap sebagai picisan yang tiada erti lagi ketinggalan arus modenisasi. Menjaga hak yang ditetapkan itu bukti ketinggian MARUAH wanita mu yang hakiki.

Friday, July 23, 2010

Aku munafikkah?



Salam alaik,

Sabda Rasulullah SAW : Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila diamanhi ia khianati, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila bertengkar ia ingin menang (walaupun salah) - (Hadis riwayat Bukhari)


Wahai diri! mampukah engkau menjadi seamanah Guru mu Muhammad Rasulullah S.A.W, yang dipercayai orang yang Yahudi musuhnya untuk menyimpan harta?

Wahai diri, bilakah engkau ingin mengikut jejak Ikutan mu yang dipercayai kata-kataNYA pabila dia bersuara walaupun dikalangan musuhNYA sebagai Dia pernah bertanya penduduk Makkah, adakah kamu akan percaya jika AKU katakan disebalik bukit ini ada musuh yang ingin menyerang? penduduk Makkah menjawab: kami percaya kerana kami tahu KAMU orang yang berkata benar.

Wahai diri! bagaimana dengan janji-janji yang pernah engkau lafazkan?
Allah berfirman, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.” (QS. An-Nahl (16): 91)


Wahai diri! apa yang engkau lakukan dikala bersalah dan berkelahi?
menyedari kesalahan diri atau tegar menahan EGO mu yang meninggi?

Wahai diri! Munafikkah aku?

Wednesday, July 21, 2010

Cara Pantas Tingkatkan Backlink



Salam alaik,

Saya baru sahaja melawat satu blog saudara kita dari Indonesia, beliau mengajarkan satu teknik yang sangat mudah untuk meningkatkan backlink blog dengan pantas, sekaligus meningkatkan PAGERANK dan ALEXA RANK blog kita.

Jom tengok macam mana caranya:-

------------------Mula disini----------------------------
Copy 100% langkah-langkah ini.

a. Copy  semua blog dibawah ini.

b. Pastekan didalam pos anda.
c. Padamkan blog no.1, kemudian susun semula no. bagi blog-blog diatas (semua blog naik satu anak tangga)
d. Gantikan blog ke-10 dengan blog anda.
e. Kemudian post kan.

Jadi macam mana post ini akan membantu? Saudara kita itu memberitahu bahawa

Jika setiap peseta mampu mengajak 5 orang sahaja, maka jumlah backlink yang akan diperolehi adalah:
Ketika posisi kita 10, jumlah backlink = 1
Posisi 9, jumlah backlink = 5
Posisi 8, jumlah backlink = 25
Posisi 7, jumlah backlink = 125
Posisi 6, jumlah backlink = 625
Posisi 5, jumlah backlink = 3,125
Posisi 4, jumlah backlink = 15,625
Posisi 3, jumlah backlink = 78,125
Posisi 2, jumlah backlink = 390,625
Posisi 1, jumlah backlink = 1,953,125

Bagaiman? Logik bukan? Jadi jom kita pakat-pakat menduplikasi posting ini, dan sama-sama kita menaikkan page rank dan alexa rank blog kita. Kenapa pentingnya rank2 ni semua? Mestilah untuk attract trafik dan sekaligus income bagi yang banyak pasang Ads hehehe.

Enjoy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11

Sunday, July 18, 2010

Google Chrome Terlampau Makan RAM

Salam alaik,

setelah beberapa bulan menggunakan google chrome semenjak dari versi 1 hingga ke versi 6 sekarang ini, satu perkara yang amat dan amat sangat mendukacitakan saya ialah penggunaan CPU. setelah dibuat perbandingan antara firefox 4.1 beta, opera 10.6 dan chrome 6.0.447 dengan masing-masing hanya membuka satu tab google search page, memang sah dan nyata CPU usage bagi chrome paling tinggi.

Lihat screeshot di bawah
- firefox menggunakan 69,404k
- opera menggunakan73,296k
- chrome  (31,936k + 13,620k + 15,200k + 15,024k + 32,832k + 19,624k + 13,660k + 15,240k + 15,064K + 15,808k + 17,204k + 13,600k + 11,524K + 53,696k)
Jadi walaupun saya amat menyukai chrome, namun penggunaan yang lama menyebabkan PC saya menjadi lembab dan panas dengan lebih cepat.

Setakat ini saya belum menjumpai sebab kenapa ia terjadi macam ini.

Thursday, July 15, 2010

Blog Baru TintaLuhur

Salam alaik,

Tengok kepada tajuk tu, memang sah niat saya nak promote blog baru sendiri hehehe, sebenarnya dah lama teringin nak menulis dalam BI ni, tapi rasa rendah diri dengan penguasaan grammer BI yang tak seberapa membantutkan hasrat murni nan satu ini hehehe.

Sebelum ini pernah dibuat beberapa kali blog BI dengan blogspot nursefirdaus. Tapi baru tulis 2 ke 3 post dah hilang modal nak tulis apa kat situ huhuhu. Begitu juga dengan nasib blog-blog BM yang lain. Sesungguhnya blogging bukanlah benda main-main.....ingat tu TintaLuhur..

Jadi, hari ini nak kongsikan blog BI yang sama konsepnya dengan TintaLuhur, jika blog ini menggunakan tagline SEKADAR PERKONGSIAN, blog BI tu pula menggunakan tagline SHARING EVERYTHING. Poyo je kan bunyinya..ada pun begitulah seadanya tuan punya blog ini..

Tanpa memanjangkan lagi kalam, inilah blog nya. http://firdausibrahim.co.cc/


Monday, July 12, 2010

Blogger Template Designer

Salam Alaik,

Ramai dikalangan blogger baru tidak cakna dengan design blog masing-masing, memang tidak dinafikan kekurangan ilmu tentang blog designing menjadi faktor utama masalah ini, dan bagi yang telah mengetahui kewujudan template-template percuma untuk blogger, blog-blog merupakan lebih enak dipandang dipandang berbanding yang menggunakan default template.

Hari ini, saya nak kongsikan cara menggantikan design blogger menggunakan fungsi terbaru daripada blogger, iaitu Blogger Template Designer, fungsi ini memberi 6 template asas yang setiap satu boleh disusun atur dengan lebih fleksible dan boleh di ubahsuai kombinasi warna dengan mudah tanpa perlu sebarang pengetahuan tentang html dan css code.

Jom Kita Mulakan....
1. Masuk ke Dashboard blog masing-masing
2. Pilih Design
3. Kemudian pilih Template Designer
4. Kemudian pilih template yang sesuai (6 pilihan)
5. Kemudian Plih Latar Belakang yang sesuai dengan tema blog anda
6. Setelah memilih latar belakang, pilih layout untuk menentukan susun atur blog.
7. Ok, setelah itu, jika masih tidak berpuas hati dengan kombinasi warna perkataan, bolehlah mengubah warna-warna tersebut di bahagian advance.
Ok, setelah berpuas hati dengan semuanya, jangan lupa untuk menekan butang APPLY TO BLOG.

Siap.

Bagi yang ingin menukar template menggunakan template percuma daripada website lain, boleh merujuk catatan ini untuk melakukannya Tukar Template Blogger Step-by-Step.


Friday, July 9, 2010

Cara Merawat Anak Yang Tidak Patuh Ibubapa

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa
Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;





1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.




2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineraluntuk mengambil wuduk.




3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.




4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.




5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.




6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.




7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.




8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.







Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;









Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.



Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;










Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.




Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.




Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.




Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.




Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.







Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri

1. Doa Bersetubuh


Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.






Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.




2. Doa ketika hampir keluar mani




Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.









Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)

Tuesday, July 6, 2010

3 Web Browser Pilihan

Salam Alaik,

Sekadar perkongsian tentang web browser atau pun aplikasi pelayar laman sesawang, bagi sesetengah orang, mereka hanya mengenali Internet Explorer (IE) sahaja untuk melayari internet. Memang tidak dinafikan sesetengah website hanya dapat berfungsi dengan baik dalam IE seperti laman perpustakaan OPAC UiTM dan lain-lain. Namun, penggunaan IE tidaklah memuaskan.
Jadi, disini ada tiga pilihan web browser yang sememangnya terkenal dikalangan pengguna internet. 

Pertama ialah Mozilla Firefox yang semakin dikenali dikalangan rakyat Malaysia. Bagi penulis blog, Firefox merupakan web browser pilihan kerana mempunyai banyak fungsi tambahan yang dikenali sebagai addon.
klik di bawah untuk download




Kedua ialah Chrome, web browser ini ialah keluaran google dimana ia menjanjikan kepantasan dalam melayari website terutamanya semua servis google seperti gmail, picasaweb, blogger, dan lain-lain. Chrome juga kini dilengkapi dengan fungsi tambahan yang di kenali extension. Banyak extension yang sangat berguna kepada pengguna namun masih belum mampu melawan koleksi fungsi tambahan Firefox.
Salah satu extension kegemaran saya ialah One Manga Reader.

Klik di bawah untuk download

Dan yang Ketiga ialah Opera, opera yang terbaru menjanjikan pengalaman melayari website dengan lebih pantas, dan sememangnya saya sangat berpuas hati dengan kelajuan yang diberikan. Namun fungsi tambahan opera iaitu widget tidaklah mengujakan saya.
Klik dibawah untuk download




Selain daripada 3 web browser ini, masih banyak lagi web browser yang boleh di cuba, kelebihan menggunakan banyak web browser ialah kita boleh membuka akaun yang sama serentak seperti mempunyai 2 account facebook, satu dibuka di firefox dan satu lagi di chrome.
Lain-lain web browser termasuklah Avant, Flock, Safari, Netscape, Seamonkey dan Maxthlon.


Sunday, July 4, 2010

Semak Saman Online



Assalamualaikum w.bt.

Ramai dikalangan kita kadang-kadang tidak sedar bahawa kita sebenarnya mempunyai saman tertunggak. Hanya bila sampai surat saman ataupun di tahan daripada memperbaharui lesen kenderaan dan sebagainya baru lah kita tahu akan hal sebenarnya.

Jadi, kepada semua yang ingin menyemak status saman, boleh lah melawat laman sesawang berikut :-

http://www.rilek.com.my/

kemudian pilih menu saman PDRM. Selain itu anda boleh juga menyemak saman DBKL dan bil-bil lain sebagaimana menu di bawah.
Ok. Selamat Menyemak

Blog Biz