Sunday, October 17, 2010

Permohonan KPLI Ambilan Januari 2011

Salam alaik,

Pengambilan bagi kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) kembali lagi, bagi sesi ambilan Januari 2011. KPLI ini khas untuk sekolah rendah sahaja, permohonan telah dibuka sejak 11hb oktober 2010 yang lalu dan akan ditutup 24hb oktober ini.

Bagi yang berminat boleh membeli no.pin pendaftaran di BSN dan mengisi permohonan secara online disini : KPLIsr

Dibawah ini kalender bagi KPLIsr Januari 2011:-

10 Oktober 2010
Iklan permohonan KPLI Ambilan Januari 2011.                                                      

11 Oktober 2010
Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online).                                      

Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

24 Oktober 2010
Permohonan ditutup.                                                                                              
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).

08 November 2010
Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.

13 November 2010                   
Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).                            

03 Disember 2010
Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.                                   
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).

13 hingga 24 Disember 2010
Temu duga KPLI Ambilan Januari 2011.                                                    
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).

22 Januari 2011
Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).                           
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).

31 Januari 2011
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.                                                           
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).

Saturday, October 16, 2010

Alhamdulillah..Kelantan ke Separuh Akhir

Salam alaik,

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah memakbulkan doa rakyat dan penyokong pasukan kelantan dengan memberikan kemenangan 3 - 0 keatas selangor di stadium sultan muhammad ke-IV semalam.

Kemenangan yang sememangnya dinanti dan diharapkan oleh semua penyokong setia pasukan yang menghadapi dengan tabah segala tohmahan dan fitnah yang dileparkan oleh media-media yang tidak pernah berlaku adil keatas apa-apa yang berkaitan dengan negeri serambi Mekah ini.

Bagi yang melakukan kekecohan pada setiap kali perlawanan, diharapkan anda bertaubat dan insaf, saya percaya semua pasukan mempunyai penyokong-penyokong yang melampau, hanya sebagaimana yang rakyat kelantan sedia maklum dan alami selama diperintah pembangkang, media cetak dan elektronik arus perdana tidak pernah terlepas peluang untuk mengutuk dan memburukkan imej kelantan di mata rakyat Malaysia.

Oleh sebab itu, saya amat bersimpati kepada rakyat Malaysia yang hanya taat setia membuta-tulikan pancaindera dan hati mereka kepada berita-berita daripada sumber alternatif yang lebih bersikap adil dan mendokong prinsip keadilan berita. Tahniah kepada semua yang berlaku adil ini.
Dibawah ini rakaman jaringan yang memberi kemenangan kepada Kelantan semalam :-

Gol Pertama
Gol Ke-2
Gol Ke-3

Kelantan vs selangor, kelantan lawan selangor, keputusan kelantan lawan selangor, video kelantan lawan selangor, gol kelantan lawan selangor, jaringan kelantan lawan selangor, piala malaysia 2010

Tuesday, October 12, 2010

Apa akan jadi?

Salam alaik,

Apa akan jadi? masuk hari ini, dah 2 bulan lebih habis belajar tapi belum lagi dipanggil kerja, nasib baik lah dapat kerja sementara, kalau tidak memang kering kontang la poket dibuatnya.

Ramai orang kata, kalau ambil jururawat senang nak dapat kerja, betul ke? em, memang betul tapi itu 10 tahun yang lepas la, sekarang ni dah susah nak dapat kerja, sebabnya lambakan graduan kejururawatan daripada kolej-kolej swasta yang terlampau banyak dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Tapi bagi yang mengikuti pengajian dibawah kementerian kesihatan, tidak menjadi masalah bagi mereka, kerana kerajaan terus memanggil mereka untuk berkhidmat setelah keputusan peperiksaan jurururawat keluar. Sungguh beruntung nasib mereka-mereka ini. 

Tapi bagi yang menuntut di IPTA dan IPTS dalam bidang kejururawatan ini, peluang mereka untuk berkerja telah berkurangan, dan sememangnya tidak dinafikan, beberapa tahun lagi tiada lagi pasaran untuk graduan kejururawatan di Malaysia. Saya berani jamin, mungkin dengan sekatan penubuhan kolej kejururawatan baru oleh pihak bertanggungjawab dapat membantu meningkatkan pasaran kerja semula suatu hari nanti, itu pun andainya pertumbuhan hospital swasta semakin meningkat dikemudian hari.

Selain daripada masalah kekurangan kerja untuk graduan kejururawatan, terdapat juga kes-kes tertentu dimana para majikan mengambil kesempatan terhadap para graduan yang tiada pekerjaan ini, walaupun saya tidak pasti daripada mana sumbernya, tetapi terdengar ura-ura ada majikan yang tidak membayar gaji jururawat mengikut tahap pendidikan yang dimilikinya. Kerja jururawat yang begitu memenatkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi ini telah diperlekehkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertimbangrasa ini. Kasihan kepada jururawat-jururawat terbabit andai benar hal ini berlaku, eloklah anda melaporkan kepada MTUC dan pihak-pihak berwajib yang lain. 

Letihnya menulis hal ni...banyak lagi nak luahkan tapi dah malas nak taip...kalau ada sesiapa nak tambah..tulislah kat komen ye..

chow