Friday, July 29, 2011

Antara Minat Dan Tanggungjawab

Bismillah...

Genap setahun aku mencari pekerjaan untuk memulakan hidup baru sebagai lepasan graduan. Alhamdulillah, bulan depan 1hb Ogos 2011 aku akan melapor diri untuk bertugas dalam bidang yang aku pelajari di Universiti setelah melalui pelbagai cabaran dan mengutip banyak pengalaman sepanjang proses untuk mendapatkan tempat di alam kerjaya.

Sepanjang tempoh pencarian kerja ini, aku telah diberi peluang untuk merasai tugas sebagai seorang pembangci, kemudian menelusuri hari sebagai seorang pembantu penyelidik dan telah diberi peluang untuk mendalami minat yang lama terpendam dalam bidang fotografi yang insyaAllah akan diteruskan selagi hayat dikandungkan badan. Dan yang paling tak dilupakan dan banyak mengajar aku ialah program graduan bersama Bank Negara selama 4 bulan. Walaupun tempoh dalam program itu tidaklah lama, namun amat banyak yang dipelajari dari latihan intensif selama 2 bulan di Institut KWSP dan juga 1 bulan setengah kerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat pemaju di Bangsar. 

Sepanjang tempoh ini, aku banyak berfikir dan bertanya, apakah yang diperlukan dalam dunia kerjaya hari ini sebenarnya? Minat atau tanggungjawab yang perlu utamakan dalam mencari kerja pertama? Alhamdulillah bagi soalan pertama, aku kini jelas dengan apa yang perlu ada dalam kerjaya hari ini, antara yang aku pelajari ialah seorang pekerja yang cemerlang ialah yang sentiasa memikirkan 'bagaimana aku boleh memperbaikkan lagi cara/masalah/isu/cabaran yang diguna dan dihadapi syarikat ataupun diri', kemudian kepentingan 'mind set' yang amat-amat diperlukan untuk membantu kita mengurangi dan mengawal tekanan dalam hidup dan kerja dan banyak lagi perkara dalam hidup.

Bagi persoalan kedua, apa yang aku dapati ialah, tanggungjawab itu perlulah diutamakan daripada minat. Aku melihat, ramai yang mengeluh dan merungut dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Alasan kebanyakkannya, 'ini bukanlah bidang yang aku pelajari', 'aku terpaksa buat kerja ni walaupun aku tak minat tapi aku perlukan duit' dan macam-macam lagi alasan yang menghalalkan keluhan dan rungutan mereka. Sungguh aku juga pernah tergolong dalam kelompok ini. Takut mencuba sesuatu yang baru, hanya mahu buat apa yang aku minat dan sukai, namun realiti kehidupan bukan begitu dan apa yang dipelajari di Universiti dahulu tak semestinya menjanjikan kerja yang kita impikan sepenuhnya.

Apabila aku diberi peluang untuk mengikuti kursus bank negara, aku pernah bertanya kepada jawatankuasa,adakah akan ada sektor kesihatan yang terlibat dalam program ini? dan jawatankuasa mengatakan ada..namun kenyataannya tidak ada, kemudiannya aku diletakkan di bahagian pentadbiran di sebuah syarikat pemaju perumahan. Aku memang telah berazam, apa pun yang berlaku, aku akan cuba pelajari secepat mungkin proses pengurusan di syarikat itu agar aku boleh terus maju dalam kerjaya di kemudian hari. Alhamdulillah, aku mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan baik, dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada supervisor, tiada masalah besar yang perlu ditakuti, bahkan aku memang bersedia untuk menguji diri aku dengan apa-apa cabaran sekalipun asalkan ia dapat membantu aku menjadi insan yang lebih berilmu dan berpengalaman dalam bidang pengurusan pentadbiran.

Semasa aku melakukan tugasan aku, tiada lagi fikiran aku merewang berkenaan bidang yang aku pelajari dulu yang sememangnya bertentangan seratus peratus. Yang aku tumpukan hanya untuk menyiapkan kerja yang diberikan sebaik dan sepenuh tumpuan aku. Itu sahaja yang aku fikirkan dan aku amat resah apabila aku tidak ada seberang tugas untuk dilakukan sehingga aku akan mengganggu staf tetap di situ untuk meminta tugas yang boleh aku bantu.Dari situ aku sedari, aku mampu melakukan apa sahaja tugasan, jika diberi kepercayaan dan waktu. Dan aku tidak terikat dengan bidang pengajian aku sedikit pun. Namun, bagi tidak membazir ilmu dan kemahiran yang aku perolehi dahulu, aku mengikuti aktiviti bersama badan-badan NGO yang berkaitan dengan pengajian ku dahulu. Alhamdulillah sedikit sebanyak aku masih mampu memberi dan menyumbang dalam apa yang aku minati disamping terus mencari peluang pekerjaan dalam bidang yang aku pelajari dan minati di Universiti dulu.

Dan akhirnya, aku mendapat pekerjaan yang dikehendaki oleh ku, walaupun dari segi imbuhan materialnya tidaklah banyak jika nak dibandingkan dengan bidang pengurusan yang aku akan perolehi dalam program bank negara itu, tapi ilmu yang aku perolehi disana aku gunakan di dalam pekerjaan baru ini dan aku akan pastikan sasaran aku dalam hidup ini akan tercapai, insyaAllah.

'Apabila tanggungjawab yang diberikan dilaksana dengan niat yang betul, Allah akan membantu kita mencapai apa yang kita ini'

Friday, June 3, 2011

Dunk your dad an Oreo T-Card for Father's Day!

Dunk your dad an Oreo T-Card for Father's Day!


OREO T-CARD DUNK YOUR DAD THIS FATHER'S DAY!

Let’s face it. We aren’t tall enough to do a slam dunk, but Oreo dunk? That we CAN do! Since basketball is a team sport, make Oreo a family moment. Take a short break from your busy life and clock in tea time with your family, and watch everyone eat Oreo’s the way they like it.

And since Father’s Day is around the corner, design your dad a special T-Shirt card from Oreo with this Facebook app. You could also send it to your husband, uncle and even to a friend you know that just became a daddy! Or if you’ve kids, you could even ask your kids to send this Oreo T-Shirt card to their dads!

Celebrate Happy Father’s Day with an Oreo T-Card!

Monday, May 30, 2011

Alhamdulillah


After two month of day to night training at Institut KWSP, finally I got the chance to back to my home town and meet my new niece Nur Azalea, Alhamdulillah. 

In the past two month I'm in the training, a lot of thing I learned. InsyaAllah I'll share the knowledge I gathered there with everyone here. Aside from English classes provided there, I really enjoyed value driven professional classes, Organizational adaptability classes and Creative and Critical Thinking classes. 

I really appreciate the knowledge shared by all facilitators, such as the problem solving techniques, management principles, and personal characteristics. All these knowledge increase my confidence level to work in any organization. Soon I'll share the technique and principle I learned and I bet all of you will love it. 

As the last point for today, I'm really glad to be among the chosen candidates to join the GP program, and really thankful to all my facilitators, motivators and the most important people are my group members and classmates which helps and supports me throughout the training. I'm going to miss you all and hope we will stay keep in touch via our FB group :-)

Wednesday, February 23, 2011

Akhirnya

Salam alaik,

Sudah dekat 3 bulan blog ini tidak dikemaskini, bukan tak terfikir untuk kemaskinikan blog ni, tapi jiwa blogging dah hilang sinarnya dalam diri ini. Tiada lagi kenikmatan dalam berblogging, mungkin disebabkan tekad yang kurang bulat dan juga tiada matlamat yand tetap untuk hala tuju blog ini.

Diskripsi blog pun sekadar perkongsian, tiada apa yang dibanggakan ataupun boleh dibanggakan. Mungkinkah blog ini akan ditutup? emmm..mungkin tidak..blog ni masih ada harganya..cuma tuan punya blog je perlu ditune balik semangat berblogging dan mencari satu identiti buat dirinya.

Berbalik kepada tajuk, alhamdulillah..akhirnye rezki dah pun sampai, seruan untuk bekerja telah pun datang, walaupun sekadar Kerja dalam Latihan, alhamdulillah ianya lebih baik dari bercucuk tanam tak dapat-dapat hasil :-)

Yang pasti, hala tuju kerjaya masih jauh lagi..baru langkah pertama..bidang kerjanya juga masih belum pasti lagi..bulan mac nanti penentunya.

Selamat maju jaya untuk diri.

Saturday, January 1, 2011

2010 berlalu 2011 menjelma

salam alaik,


Detik berganti saat, saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun, tahun 2010 telah pun meninggalkan diri dengan keberadaan tahun 2011. Pahit manis, suka duka, tawa hiba 2010 semuanya tinggal kenangan semata-mata. Tiada lagi yang boleh diratapi dari yang berlalu melainkan mengambil pelajaran dari apa yang berlaku.

Harapan dan impian 2010 masih ada yang belum tercapai, terpaksalah dibawa ke tahun baru 2011 ini bersama-sama dengan sasaran impian baru yang telah direncana sebelum ini.

Sasaran untuk 2011:

Januari - Februari : Mula Bekerja
March - Oktober : Habiskan Hutang PTPTN
Nov - Disember   : Langsaikan pinjaman keluarga
2012 : Debt free + Saving for future :-)

Selamat tahun baru diucapkan kepada semua ahli keluarga, para pensyarah, para guru, para sahabat dan rakan kenalan nyata dan maya.

Ya Allah, tetapkanlah iman ku dalam agama Mu, mudahkanlah urusan kerja ku, murahkanlah rezeki ku dan keluargaku, berkatilah rezeki itu walaupun ia sedikit,ameen

Blog Biz