Wednesday, February 23, 2011

Akhirnya

Salam alaik,

Sudah dekat 3 bulan blog ini tidak dikemaskini, bukan tak terfikir untuk kemaskinikan blog ni, tapi jiwa blogging dah hilang sinarnya dalam diri ini. Tiada lagi kenikmatan dalam berblogging, mungkin disebabkan tekad yang kurang bulat dan juga tiada matlamat yand tetap untuk hala tuju blog ini.

Diskripsi blog pun sekadar perkongsian, tiada apa yang dibanggakan ataupun boleh dibanggakan. Mungkinkah blog ini akan ditutup? emmm..mungkin tidak..blog ni masih ada harganya..cuma tuan punya blog je perlu ditune balik semangat berblogging dan mencari satu identiti buat dirinya.

Berbalik kepada tajuk, alhamdulillah..akhirnye rezki dah pun sampai, seruan untuk bekerja telah pun datang, walaupun sekadar Kerja dalam Latihan, alhamdulillah ianya lebih baik dari bercucuk tanam tak dapat-dapat hasil :-)

Yang pasti, hala tuju kerjaya masih jauh lagi..baru langkah pertama..bidang kerjanya juga masih belum pasti lagi..bulan mac nanti penentunya.

Selamat maju jaya untuk diri.

Blog Biz