Friday, July 29, 2011

Antara Minat Dan Tanggungjawab

Bismillah...

Genap setahun aku mencari pekerjaan untuk memulakan hidup baru sebagai lepasan graduan. Alhamdulillah, bulan depan 1hb Ogos 2011 aku akan melapor diri untuk bertugas dalam bidang yang aku pelajari di Universiti setelah melalui pelbagai cabaran dan mengutip banyak pengalaman sepanjang proses untuk mendapatkan tempat di alam kerjaya.

Sepanjang tempoh pencarian kerja ini, aku telah diberi peluang untuk merasai tugas sebagai seorang pembangci, kemudian menelusuri hari sebagai seorang pembantu penyelidik dan telah diberi peluang untuk mendalami minat yang lama terpendam dalam bidang fotografi yang insyaAllah akan diteruskan selagi hayat dikandungkan badan. Dan yang paling tak dilupakan dan banyak mengajar aku ialah program graduan bersama Bank Negara selama 4 bulan. Walaupun tempoh dalam program itu tidaklah lama, namun amat banyak yang dipelajari dari latihan intensif selama 2 bulan di Institut KWSP dan juga 1 bulan setengah kerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat pemaju di Bangsar. 

Sepanjang tempoh ini, aku banyak berfikir dan bertanya, apakah yang diperlukan dalam dunia kerjaya hari ini sebenarnya? Minat atau tanggungjawab yang perlu utamakan dalam mencari kerja pertama? Alhamdulillah bagi soalan pertama, aku kini jelas dengan apa yang perlu ada dalam kerjaya hari ini, antara yang aku pelajari ialah seorang pekerja yang cemerlang ialah yang sentiasa memikirkan 'bagaimana aku boleh memperbaikkan lagi cara/masalah/isu/cabaran yang diguna dan dihadapi syarikat ataupun diri', kemudian kepentingan 'mind set' yang amat-amat diperlukan untuk membantu kita mengurangi dan mengawal tekanan dalam hidup dan kerja dan banyak lagi perkara dalam hidup.

Bagi persoalan kedua, apa yang aku dapati ialah, tanggungjawab itu perlulah diutamakan daripada minat. Aku melihat, ramai yang mengeluh dan merungut dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Alasan kebanyakkannya, 'ini bukanlah bidang yang aku pelajari', 'aku terpaksa buat kerja ni walaupun aku tak minat tapi aku perlukan duit' dan macam-macam lagi alasan yang menghalalkan keluhan dan rungutan mereka. Sungguh aku juga pernah tergolong dalam kelompok ini. Takut mencuba sesuatu yang baru, hanya mahu buat apa yang aku minat dan sukai, namun realiti kehidupan bukan begitu dan apa yang dipelajari di Universiti dahulu tak semestinya menjanjikan kerja yang kita impikan sepenuhnya.

Apabila aku diberi peluang untuk mengikuti kursus bank negara, aku pernah bertanya kepada jawatankuasa,adakah akan ada sektor kesihatan yang terlibat dalam program ini? dan jawatankuasa mengatakan ada..namun kenyataannya tidak ada, kemudiannya aku diletakkan di bahagian pentadbiran di sebuah syarikat pemaju perumahan. Aku memang telah berazam, apa pun yang berlaku, aku akan cuba pelajari secepat mungkin proses pengurusan di syarikat itu agar aku boleh terus maju dalam kerjaya di kemudian hari. Alhamdulillah, aku mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan baik, dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada supervisor, tiada masalah besar yang perlu ditakuti, bahkan aku memang bersedia untuk menguji diri aku dengan apa-apa cabaran sekalipun asalkan ia dapat membantu aku menjadi insan yang lebih berilmu dan berpengalaman dalam bidang pengurusan pentadbiran.

Semasa aku melakukan tugasan aku, tiada lagi fikiran aku merewang berkenaan bidang yang aku pelajari dulu yang sememangnya bertentangan seratus peratus. Yang aku tumpukan hanya untuk menyiapkan kerja yang diberikan sebaik dan sepenuh tumpuan aku. Itu sahaja yang aku fikirkan dan aku amat resah apabila aku tidak ada seberang tugas untuk dilakukan sehingga aku akan mengganggu staf tetap di situ untuk meminta tugas yang boleh aku bantu.Dari situ aku sedari, aku mampu melakukan apa sahaja tugasan, jika diberi kepercayaan dan waktu. Dan aku tidak terikat dengan bidang pengajian aku sedikit pun. Namun, bagi tidak membazir ilmu dan kemahiran yang aku perolehi dahulu, aku mengikuti aktiviti bersama badan-badan NGO yang berkaitan dengan pengajian ku dahulu. Alhamdulillah sedikit sebanyak aku masih mampu memberi dan menyumbang dalam apa yang aku minati disamping terus mencari peluang pekerjaan dalam bidang yang aku pelajari dan minati di Universiti dulu.

Dan akhirnya, aku mendapat pekerjaan yang dikehendaki oleh ku, walaupun dari segi imbuhan materialnya tidaklah banyak jika nak dibandingkan dengan bidang pengurusan yang aku akan perolehi dalam program bank negara itu, tapi ilmu yang aku perolehi disana aku gunakan di dalam pekerjaan baru ini dan aku akan pastikan sasaran aku dalam hidup ini akan tercapai, insyaAllah.

'Apabila tanggungjawab yang diberikan dilaksana dengan niat yang betul, Allah akan membantu kita mencapai apa yang kita ini'

Blog Biz